Anda di halaman 1dari 3

Persiapan Menyambut Bayi Baru

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi
ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang
tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan
kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar
mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang
sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.
Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli,
pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar
membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah
bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli
pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz
sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil,
tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden.
Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar,
mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih
selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif. Pada masa yang sama, lampin kain
moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan,
seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu
membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga
menyediakan lampin pakai buang bersaiz S sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang
lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan
yang perlu disediakan.
Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
Tisu basah
Alas atau pelapik untuk menukar lampin
Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)


Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka.
Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat
kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek
yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
Besen mandi bayi
Tuala mandi
Tuala muka
Cecair mandian
Syampu
Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan
kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
Losen bayi
Minyak bayi
Bedak bayi
Sikat atau berus rambut
Minyak telon
Alat pemotong kuku
Kapas muka
Krim ruam lampin
Termometer digital
Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu
terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi
sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi
mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
Tilam
Bantal kepala
Bantal peluk
Cadar
Selimut
Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama
mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan
kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
Bekas penyimpanan susu ibu
Beg pendingin
Nursing cover

Penyusuan susu formula:
Botol susu bebas BPA
Puting botol susu
Berus botol
Bekas untuk menyimpan susu formula
Bekas menyimpan air panas
Bekas menyimpan air kosong
Alat steril botol susu
Penyimpanan Darah Tali Pusat
Atas kesedaran tentang pentingnya darah tali pusat dan kemampuannya menyelamatkan nyawa
manusia, ramai ibu bapa turut memasukkan proses penyimpanan darah tali pusat bayi baru
lahir mereka dalam senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Tetapi kosnya mungkin
tinggi bagi sesetengah pihak.

Anda mungkin juga menyukai