Anda di halaman 1dari 7

Langkah-Langkah Untuk Menangani Kegawatan Ekonomi

Kini, rakyat Malaysia seperti juga rakyat di negara-negara jiran, iaitu Indonesia
dan Thailand telah dikejutkan dengan satu isu yang sukar dileraikan, iaitu
kegawatan ekonomi yang semakin meruncing berikutan kejatuhan nilai ringgit
berbanding dengan dollar AS. Kejatuhan nilai ringgit ini dikatakan akibat
serangan speculator mata wang, iaitu George Soros. Hal ini menyebabkan
mata wang atau ringgit kita jatuh secara mendadak semenjak tahun 1997. Hal
ini terbukti dengan perbezaan yang ketara antara nilai ringgit jika dibandingkan
dengan dollar AS. Dalam pada itu, negara kita dikatakan salah sebuah negara
Asia yang masih boleh mengawal keadaan ini jika dibandingkan dengan
negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Korea Selatan yang terpaksa
meminjam wang dari Tabung Wang Antarabangsa. Keadaan di Malaysia masih
stabil kerana kerajaan menganggarkan RM490 billion masih ada dalam
simpanan kerajaan untuk membiayai projek-projek pembangunan pada tahun
1998 bagi meningkatkan taraf ekonomi negara. Di samping itu, rakyat diseru
supaya menyokong tindakan kerajaan dan membantu kerajaan untuk
mengatasi masalah ini.

Oleh yang demikian, ketika kerajaan giat berusaha menangani masalah ini, rakyat
seharusnya berdiri teguh dan bersama-sama mengembleng tenaga untuk mengatasi
masalah ini. Rakyat juga perlu mengatur langkah dan strategi yang tersusun untuk
membantu kerajaan. Kita mendapati bahawa usaha-usaha itu telah pun
mengeluarkan hasil yang boleh dibanggakan. Rakyat banyak membantu dan
seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia membantu kerajaan dengan tidak boros
ketika berbelanja. Oleh yang demikian, kita harus merancang perbelanjaan sebelum
membeli sesuatu barangan. Contohnya, kita harus memikirkan sama ada hendak
dibeli atau tidak sesuatu barang supaya tidak berlaku pembaziran. Hal ini demikian
kerana, pembaziran merupakan satu punca utama yang boleh mengakibatkan krisis
ini menjadi semakin tenat dan sukar diatasi. Dalam usaha rakyat untuk menangani
isu ini, kaum wanita sebagai suri rumah perlu memainkan peranan ini dengan bijak.
Contohnya, mereka boleh membekalkan anak-anak mereka dengan makanan setiap
hari apabila anak-anak mereka hendak ke sekolah. Kaum wanita juga tidak membeli
barang-barang kemas semasa negara dilanda kegawatan ekonomi. Dengan berjimat
dalam perbelanjaan, kita dapat membantu kerajaan untuk menangani masalah ini.

Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan


mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini,
masyarakat Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka
seharusnya melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk
melancong di luar negara. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan
pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati kerana salah satu penyebab dan
punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak ke negara lain.
Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan mengurangkan
import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya
kepada sektor tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga
memainkan peranan penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum
diusahakan sepenuhnya oleh arus pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau
meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk menggalakkan pelancong asing datang
ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan eksport negara yang dapat
membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah tabungan negara.

Selain itu, rakyat Malaysia yang mempunyai harta atau menyimpan wang di luar
negara perlu menjual harta atau mengeluarkan wang mereka di luar negara dan
melabur di Malaysia. Dengan berbuat demikian, mereka dapat membantu
memulihkan ekonomi negara Contohnya, kita mendapati ramai dalam kalangan
rakyat negara ini yang membeli tanah dan ladang di Australia dan di New Zealand,
dan tidak ketinggalan juga yang menyimpan wang di Switzerland dan di Singapura.
Jadi, jika rakyat mebawa pulang wang mereka yang dilaburkan di negara asing ke
negara ini, maka masalah kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh negara ini dapat
diatasi segera. Seharusnya, rakyat menyedari hakikat ini dan membantu kerajaan
seperti " berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenag-senang kemudian.

Ditinjau kepesatan negara dalam pelbagai aspek, terutamanya aspek pendidikan di


Malaysia dari timur sampai ke barat dan dari Perlis sampai ke Sabah, kita
mempunyai banyak pusat pengajian tinggi, iaitu universiti awam dan universiti
swasta. Oleh yang demikian, untuk menangani krisis ini, pengaliran wang keluar dari
negara ini haruslah dibendung. Ibu bapa memainkan peranan penting untuk
menentukan anak-anak mereka supaya menyambung pendidikan tinggi di dalam
negara sendiri dan tidak menghantar anak-anak mereka belajar di luar negara.
Kerajaan menyarankan supaya rakyat Malaysia belajar di dalam negara dan
bukannya di luar negara. Hal ini demikian kerana dalam era dunia sains dan
teknologi, Malaysia juga tidak ketinggalan dan bukannya sebuah negara yang
mundur. Malaysia diakui sebagai negara yang berkembang pesat dalam pendidikan
tinggi. Rakyat, terutamanya ibu bapa seharusnya sedar bahawa pendidikan di
Malaysia setaraf dengan dunia luar dan menghantar anak-anak mereka belajar di
dalam negara dan bukannya di luar negara untuk mengelakkan pengaliran mata
wang ke luar negara. Oleh itu, pelajar-pelajar kita yang berada di luar negara dalam
semester akhir disarankan supaya pulang ke tanah air dan menyambung pelajaran
di sini. Penghantaran anak-anak ke luar negara ini menelan belanja yang banyak
dan merugikan negara jika kursus atau jurusan yang dipelajari itu ditawarkan di
Malaysia. Oleh yang demikian, seharusnya rakyat peka dengan saranan kerajaan
kerana hal ini dapat membantu bukan sahaja negara, malahan rakyat negara ini.

Akhirnya, rakyat Malaysia perlu bijak berbelanja dan lebih mengutamakan barangan
tempatan. Kesedaran ini wajar disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap rakyat
kerana pembelian barang import akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang
negara kita ke negara pengeksport. Oleh hal yang demikian, media massa
memainkan peranan penting bagi mengatasi krisis ini dengan mengadakan kempen
Belilah Barangan Buatan Malaysia. Sebenarnya, penduduk Malaysia kini lebih
terpengaruh dengan barangan buatan luar negara, iaitu barangan import yang
dikatakan lebih tahan lama. Hal ini merupakan pemikiran yang tidak sihat kerana
telah disalahtafsirkan, terutamanya oleh suri rumah. Sebenarnya, barangan
Malaysia berkualiti seperti barangan import . Rakyat Malaysia juga disarankan
supaya jangan terlalu boros kerana hal ini akan meningkatkan harga barangan dan
perkhidmatan. Rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang tenaga untuk
membantu kerajaan menangani krisis ini. Mereka perlu berpegang pada cogan kata
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh. Sekiranya tidak bersatu, maka keadaan ini akan
menyebabkan berlaku rusuhan seperti yang berlaku di Indonesia. Jadi, saya
berharap agar semua pihak berganding bahu untuk mengatasi masalah ini supaya
kita dapat hidup dalam keadaan yang selesa dan sejahtera.

Pengaruh Kemiskinan dalam Ekonomi Malaysia oleh Siti Syamila

Kemiskinan merupakan suatu isu yang penting kerana ianya melambangkan sejauh
mana pertumbuhan ekonomi negara dinikmati oleh rakyat jelata. Oleh yang demikian
kita mengharapkan kadar kemiskinan akan menurun sejajar dengan peningkatan
ekonomi negara. Di sudut makroekonomi kemiskinan adalah hasil dari pengagihan
kekayaan negara yang tidak sama rata. Dalam pada itu, diperingkat individu,
kemiskinan juga dikaitkan dengan sikap individu (psikologi-sosial). Sebuah isi rumah
dianggap miskin sekiranya pendapatannya berada dibawah garis kemiskinan (PGK).
Garis kemiskinan merujuk kepada pendapatan minimum yang diperlukan oleh isi
rumah untuk keperluan makanan dan juga keperluan asas hidup yang lain. Jika
pendapatan isi rumah berada dibawah PGK bermaksud isi rumah tersebut
kekurangan sumber untuk memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan
bagi setiap ahlinya. Manakala, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar jika
pendapatannya kurang daripada PGK makanannya. PGK bagi setiap isi rumah
adalah berbeza mengikut lokasi (negeri dan strata), saiz isi rumah dan komposisi
demografi. Mengikut ukuran terkini, miskin tegar dirujuk kepada setiap isirumah yang
berpendapatan bulanan di bawah RM760 bagi Semenanjung, RM910 bagi Sarawak,
dan RM1,050 bagi Sabah. Pada keseluruhannya, penemuan Penyiasatan
Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 mendapati pendapatan isi rumah bulanan
purata rakyat Malaysia telah meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada
RM5,000 pada tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak 7.2 peratus
setahun. Dalam pada itu, kadar kemiskinan kebangsaan pada tahun 2012 1
Pandangan yang dikemukakan adalah milik pengarang dan tidak semestinya
mewakili pandangan MIER. adalah 1.7 peratus, berbanding dengan 3.8 peratus
pada tahun 2009. Manakala peratus bagi kemiskinan tegar pula ialah 0.7 peratus
pada tahun 2009 dan 0.2 peratus pada tahun 2012. Namun demikian, insiden
kemiskinan bagi setiap negeri menunjukkan pengurangan yang berbeza-beza pada
tahun 2009 dan 2012. Sabah mencatatkan pengurangan yang paling ketara
daripada 19.7 peratus kepada 8.1 peratus diikuti Perlis daripada 6.0 peratus kepada
1.9 peratus dan Kedah daripada 5.3 peratus kepada 1.7 peratus dalam tempoh yang
sama. W.P. Putrajaya telah mencapai status kemiskinan sifar pada tahun 2012.
Sabah juga menunjukkan pengurangan terhadap insiden kemiskinan tegar iaitu 4.8
peratus pada tahun 2009 kepada 1.6 peratus pada tahun 2012.

Manakala kemiskinan tegar bagi negeri Johor, W.P. Kuala Lumpur dan Negeri
Sembilan tidak berubah iaitu 0.1 peratus pada tahun 2009 dan 2012. Walau
bagaimanapun, insiden kemiskinan bagi negeri-negeri Sabah, Kelantan, Sarawak,
Perlis, Terengganu dan Kedah adalah melebihi peratus insiden kemiskinan
kebangsaan pada tahun 2012. Walaupun perbezaan di antara insiden kemiskinan
kebangsaan dengan negeri-negeri tersebut tidak berapa ketara, namun usaha perlu
ditingkatkan untuk merapatkan lagi jurang tersebut atau menghapuskannya sama
sekali. Ini adalah penting untuk mengagih kekayaan negara secara saksama supaya
kesan pembangunan ekonomi dirasai oleh semua lebih-lebih lagi ke arah mencapai
taraf negara maju menjelang 2020. Sementara itu, kemiskinan bandar semakin
menjadi isu penting sejak kebelakangan ini selari dengan peningkatan peratusan
urbanisasi dikalangan rakyat. Walaupun insiden kemiskinan dikawasan bandar telah
berkurangan dari 1.7 peratus pada tahun 2009 kepada 1.0 peratus pada tahun 2012
dan kadar kemiskinan tegar,penduduk bandar telah mencatat 0.2 peratus pada
tahun 2009 berbanding 0.1 peratus pada tahun 2012, namun rata-rata penduduk
bandar yang berada di atas paras kemiskinan masih merasa tekanan kos sara
hidup. Peningkatan pendapatan adalah tidak selari dengan peningkatan kos sara
hidup. Antara strategi yang perlu ditekankan adalah supaya peningkatan pulangan
kepada fator pengeluaran mestilah setimpal dengan peningkatan produktiviti.
Peningkatan pengeluaran perlulah berlandaskan kepada peningkatan produktiviti.
Maka produktiviti buruh perlulah setimpal dengan kadar upah mereka.

Kesannya, peningkatan pendapatan isi rumah tidak memberi penekanan terhadap


peningkatan harga, seterusnya memberi kelegaan kepada penekanan terhadap kos
sara hidup. Disamping itu, pelbagai bantuan dan subsidi yang diberikan bagi
mengurangkan bebanan kepada penduduk termasuk pemberian BRIM. Walaupun
bantuan sebegini mampu menampung kos sara hidup penduduk namun kesannya
terhadap pengurangan kadar kemiskinan adalah dijangka minimal. Ianya cuma
mampu memberi kesan pengganda yang kecil di dalam ekonomi dan juga tidak
mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran. Perbelanjaan kerajaan kearah
meningkatkan produktiviti golongan pekerja adalah dijangka memberi kesan yang
lebih ketara bukan sahaja terhadap pertumbuhan ekonomi, malahan yang lebih
penting adalah kesannya terhadap peningkatan pendapatan pekerja. Satu lagi isu
yang perlu diberi perhatian adalah kesan persaingan global terhadap daya saing
ekonomi negara. Semakin terbuka ekonomi kita diperingkat antarabangsa, semakin
mencabar untuk mengekalkan daya saing. Pengurangan kos pengeluaran adalah
penting untuk produk kita bersaing diperingkat antarabangsa. Namun, pengurangan
kos ini tidak boleh berasaskan pengurangan upah kerana ianya akan memberi
kesan terhadap pendapatan isi rumah. Maka pendekatan jangka panjang perlu di
ambil dengan penumpuan terhadap peningkatan daya saing pengeluaran melalui
peningkatan produktiviti total.

Karangan SPM Langkah-langkah untuk Memajukan Mutu


Sukan Negara Malaysia

Mutu sukan negara sudah jauh berubah berbanding dengan era 60an atau
70an.Pelbagai pihak mula mempamerkan rasa tidak senang mereka dengan situasi
sebegini.

Huraikan tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk memajukan sukan di negara


ini.

Sukan di negara ini mengalami zaman kemelesetan yang begitu ketara kerana tiada
lagi kejayaan yang diraih seperti awa tahun 50-an, 60-an atau 80-an. Keadaan ini
telah menimbulkan rungutan pelbagai pihak terutama peminat sukan di negara ini.
Media massa pula asyik mengeluarkan pelbagai teori dan langkah untuk menangani
masalah sukan di negara ini tanpa hasil jua. Jelaslah, ada pelbagai tindakan drastik
yang boleh dilakukan oleh semua pihak.

Sudah pasti perubahan minda masyarakat harus berlaku terutama persepsi mereka
terhadap sukan. Anggapan bahawa sukan tidak memberi apa-apa kesan atau tiada
prospek ekonomi harus dikikis dengan segera. Sukan sama juga seperti kerjaya lain
jika dilakukan dengan betul, sistematik dan tabah berupaya menyumbangkan
sumber kewangan yang lumayan kepada penggamalnya. Oleh itu, perubahan
paradigma masyarakat hendaklah berubah selaras dengan perubahan zaman yang
mengutamakan sukan di peringkat global.

Selain itu, kerajaan harus memberikan ganjaran yang setimpal kepada ahli sukan
yang berjaya di dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik
semangat baru kepada ahli sukan untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih
baik lagi. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golongan muda
terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima
ganjaran itu. Jadi, ganjaran kepada ahli sukan perlulah wujud dan usahlah kita
menganggap pemberian ganjaran ini tidak penting dalam pembangunan sukan
negara.

Jika kita mahu memiliki kelompok ahli sukan yang ramai dan baik, sudah pasti
pembinaan kemudahan sukan ditingkatkan. Pembinaan stadium, gelanggang dan
padang menjadikan acara sukan lebih mudah dan murah untuk disertai oleh
masyarakat di negara ini. Keadaan ini menyebabkan kemahiran asas dalam sesuatu
asas sukan itu sudah dimiliki oleh masyarakat di negara ini dan hanya perlu digilap
sahaja oleh jurulatih negara apabila tiba masanya. Sesungguhnya, pembinaan
kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang
berwibawa.
Tambahan pula, negara boleh menganjurkan kejohanan sukan bertaraf dunia di
negara ini. Penganjuran sukan sebegini memberi peluang kepada ahli sukan negara
untuk bersaing dengan ahli-ahli sukan dunia yang sememangnya lebih baik.
Persaingan yang hebat ini menjadikan ahli sukan kita lebih fokus dan menyedari
kelemahan serta mampu meningkatkan kualiti diri mereka sejajar dengan
pengalaman yang diperoleh. Maka, lebih banyak penganjuran acara sukan dunia di
negara ini, semakin bertambahlah mutu ahli sukan kita.

Bagaimana dengan juruatih? Sudah pasti pengambilan jurulatih berpengalaman


terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan
kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan
mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka
berpengalaman. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program
untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk
merangka satu sistem latihan yang baik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa
perubahan drastik terhadap mutu sukan kita.

Konklusinya, mutu sukan di negara ini boleh berubah. Cuma kegagalan persatuan-
persatuan sukan untuk melihat secara positif dan masalah konflik dalaman
persatuan yang menyebabkan mutu sukan kita terus menjunam. Masyarakat sudah
muak dengan alasan demi alasan yang diberikan setiap kali ahli sukan kita
mengalami kekalahan. Sikap 'menuding jari' membuktikan betapa kita banyak
menyalahkan orang lain tanpa mahu berubah.

Anda mungkin juga menyukai