Anda di halaman 1dari 13

牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM

SKOR A+

FORM 4 NOVEL
Leftenan Adnan
Wira Bangsa

1
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

Prepared By :Ms Kelly & 邱老师


PLOT
Permulaan Cerita ini dimulakan dengan watak Adnan yang bermain-main
dengan keris kayu buatan ayahnya.Adnan bercita-cita menjadi
pahlawan seperti Hang Tuah. Ayahnya bangga dengan
semangat yang dimiliki oleh Adnan.
Perkembanga Adnan mula bersekolah dan menjadi pelajar yang
n cemerlang .Dia menerima tawaran menjadi guru pelatih. Dia
berjaya mengajar selama setahun setengah sebelum menjalani
latihan ketenteraan bersama-sama Mamat. Adnan menjadi
rekrut terbaik dan diserap ke dalam askar Melayu. Dia
dinaikkan pangkat sehingga mejadi leftenan. Dia mendirikan
rumah tangga dengan gadis pilihan keluarganya,iaitu Sophia
dan memiliki dua orang anak lelaki.
Konflik Berita mengenai Jepun akan menyerang Tanah Melayu kian
tersebar. Adnan terpaksa berpisah sementara dengan isteri dan
anak-anaknya. Askar Melayu melakukan persiapan dan
menguatkan pertahanan daripada serangan tentera Jepun.
Tentera Jepun semakin mara dan banyak nyawa yang
terkorban sepanjang pertempuran.
Klimaks Leftenan Adnan ditawan, diseksa dan dibunuh secara kejam
oleh tentera Jepun. Jepun terus membalas dendam terhadap
keluarga Leftenan Adnan dengan membunuh Pak Saidi.
Peleraian Setelah Amerika Syarikat mengebom Hiroshima dan
Nagasaki,Jepun menyerah kalah. Penduduk kembali menjalani
kehidupan secara normal. Sophia mengahwini Ustaz Ridwan
dan dikurniakan tiga orang anak. Dia disahkan menghidap
leukemia dan akhirnya meninggal dunia.

TEMA

2
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa memaparkan tema semangat


kepahlawan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada
dijajah oleh orang asing.

PERSOALAN
1. Semangat kepahlawan yang mengalir dalam diri orang Melayu.
-Leftenan Adnan sanggup menjadi askar dan melepaskan jawatan guru pelatih
kerana cintanya yang mendalam terhadap negara.
2. Kebijaksanaan pemimpin dalam mempertahankan tanah air.
-Leftenan Adnan sangat bijak mengenali musuh yang menyamar.Dia berjaya
mengecam dan menembak tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera Sikh.
3. Tanggungjawab seseorang terhadap generasi muda.
-Leftenan Adnan bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat kepada
anak buahnya dalam medan pertempuran walaupun bilangan mereka sedikit dan
mereka telah kehabisan peluru.
-Pak Saidi bertanggungjawab memberikan didikan yang terbaik kepada anak-
anak dengan memasukkan ke sekolah Inggeris agar dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan diri.
4. Kasih sayang seseorang terhadap ahli keluarga.
-Sophia amat menyayangi suaminya,Adnan sehingga mengalami tekanan emosi
apabila mengetahui kematian suaminya di Singapura.
-Pak Saidi amat menyayangi isterinya, Mak Milah dan anak-anak.Dia sanggup
bekerja keras untuk menanggung persekolahan anak-anak di sekolah Inggeris.
5. Semangat juang yang tinggi dalam kalangan anggota tentera.

-Semua anggota Rejimen Askar Melayu sanggup berkorban nyawa demi


mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan kuasa

3
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

asing.Walaupun strategi menghadapi musuh telah gagal,mereka tidak berundur


malahan terus mara ke medan perjuangan.

WATAK DAN PERWATAKAN


 Watak utama-Leftenan Adnan
PERWATAKAN BUKTI/CONTOH
Rajin Adnan banyak membantu ayahnya menoreh getah, bersawah padi,
dan memungut buah durian di dusun duriannya.
Cinta akan negara Buktinya,Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang tentera kerana
sayangnya kepada negara.Untuk mencapai cita-citanya,Adnan
menolak jawatan guru pelatih dan memohon jawatan askar.
Bertanggungjawab Buktinya,Adnan bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi baginya
menjadi kewajipan seorang anggota tentera untuk menjalankan
tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin.
Berani Buktinya,Jepun menghantar wakilnya untuk meminta Leftenan
Adnan dan anak-anak buahnya agar menyerah kalah,namun
permintaan itu ditolak oleh Leftenan Adnan.

 Watak sampingan-Pak Saidi


PERWATAKAN BUKTI/CONTOH
Mementingkan Buktinya,Pak Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah
pelajaran anak- aliran Inggeris kerana beliau sedar anak-anaknya akan banyak
anaknya memperoleh ilmu pengetahuan di sana.
Tekun Buktinya,setiap hari Pak Saidi menjalankan rutin hariannya dengan
tekun.Beliau tidak suka berborak kosong dan membuang masa di
kedai kopi.
Berpandanga Buktinya,Pak Saidi mampu menilai perkara yang betul dengan yang
n jauh salah.Beliau yakin tindakan menghantar anak-anaknya ke sekolah
aliran Inggeris merupakan langkah yang tepat.
Berani Buktinya,Pak Saidi sempat membunuh beberapa askar Jepun yang
mengiringinya hanya dengan menggunakan keris sebelum beliau
ditembak mati.Keberanian Pak Saidi mendapat pujian daripada
penduduk Sungai Ramal.Mereka menganggap Pak Saidi sebagai
wira.

 Watak sampingan-Sophia
PERWATAKAN BUKTI/CONTOH

4
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

Taat Buktinya,Sophia taat akan perintah suaminya yang mahukan


dia dan anak-anak pulang ke kampung apabila mendapat berita
bahawa Jepun akan menyerang Singapura.
Tabah Buktinya,Sophia terpaksa membesarkan anak-anak
bersendirian tanpa suaminya.

 Jeneral A.E.Percival
-Pemimpin angkatan Tentera British di Singapura.
-Seorang yang mementingkan keselamatan anak-anak buahnya.
 Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita
-Pemimpin Angkatan Tentera Laut Jepun yang mengetuai tentera Jepun menakluki
Tanah Melayu.
-Seorang yang bijak mengatur strategi peperangan.
-seorang yang pendendam.
-Seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Latar tempat
1. Kampung Sungai Ramal, Kajang
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.

2. Sekolah Melayu Sungai Ramal-Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan diarah
mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

3. Port Dickson dan Kem Haig Lines


Contoh : Leftenan Adnan bersama-sama dengan empat orang rakannya menjalani proses
temu duga untuk menjadi askar di situ. Beliau juga menerima latihan ketenteraan di situ.

4. Singapura-Adnan berkhidmat di Singapura selepas menamatkan latihan ketenterannya


dan membawa keluarganya berpindah ke sana.
5. Bukit Candu
Contoh : Leftenan Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang terletak di
kawasan berbukit di sebelah timur menghadap ke laut. Leftenan Adnan terkorban semasa
mempertahankan Bukit Candu. Mayatnya digantung di dahan pokok ceri dengan kepala ke
bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun. (Mayatnya disemadikan di sana.)

6. Bandar Hiroshima dan Nagasaki, Jepun

5
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

Contoh : Penduduk Tanah Melayu dikejutkan dengan berita Amerika Syarikat


menggugurkan bom atom di Hiroshima dan di Nagasaki. Jepun akhirnya menyerah kalah
dan Tanah Melayu diperintah oleh British semula.

7. Pasir Panjang
Contoh : Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat
terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

Latar masa

1. Sekitar awal tahun 40-an-Semasa permulaan berlakunya Perang Dunia Kedua dan
sehingga tamat Perang Dunia Kedua.
2. Pagi 4 Disember 1941-Jeneral Yamashita mengetuai bala tentera Jepun yang berjumlah
25,000 orang pegawai dan anggota berlepas dari Pelabuhan Samah di Pulau Hainan
menuju keThailand dengan lapan belas buah kapal pengangkut.
3. Tengah malam 8 Disember 1941 - Jepun telah berlabuh di Pantai Kuala Pak
Amat,Kelantan.Tarikh ini merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Timur Jauh dan
Pasifik.Pertahanan di sepanjang pantai agak rapuh kerana musuh melepaskan tembakan
bertubi-tubi ke arah kubu di tepi pantai.
4. Tahun 1937 - Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang
sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.

Latar masyarakat

1. Masyarakat yang cinta akan negara.


Contohnya, Leftenan Adnan sanggup menjadi askar kerana cintanya yang mendalam
terhadap negara.
2. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
Contohnya, Pak Saidi banyak membaca dan membuat kajian.Beliau mengagumi tokoh-tokoh
tanah air seperti Syed Syeikh al Hadi yang banyak menulis tentang perkembangan tanah air
dan menjadi pelopor semangat kebangsaan Melayu.
3. Masyarakat yang sanggup berkorban demi negara.
Contohnya, Rejimen Askar Melayu telah berkorban hingga titisan darah yang terakhir untuk
mempertahankan negara.
4. Masyarakat yang menerima ketentuan takdir
Contohnya,Pak Saidi pasrah akan ketentuan takdir,iaitu anaknya yang bernama Ahamad dan
Adnan terkorban dalam peperangan menentang penjajahan tentera Jepun.

6
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

5. Masyarakat yang bertanggungjawab melakukan sesuatu perkara.


Contohnya, Leftenan Adnan bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi sudah menjadi
kewajipan baginya sebagai anggota tentera untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah
sebaik-baik mungkin.
6. Masyarakat kampung.
Contohnya, Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai
Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
7. Masyarakat yang berani.
Contohnya, Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke
titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
8. Masyarakat yang bijaksana.
Contohnya, Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Contoh senjata jenis Bayonet

Nilai & Pengajaran

Nilai Pengajaran Huraian/Contoh


Nilai ketaatan Kita perlulah taat kepada Adnan merupakan anak yang
perintah ibu bapa agar hidup taat kepada ibu dan bapanya.
kita lebih diberkati.
Nilai Sebagai ibu bapa kita perlulah Pak Saidi memberikan ilmu
bertanggungjawa memberikan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat kepada
b yang secukupnya kepada anak- anak-anaknya.
anak.
Nilai baik hati Kita perlulah bersedekah kerana Pak Saidi suka bersedekah
amalan tersebut amat mulia dan kepada penduduk
dituntut oleh agama. kampung,terutamanya
apabila tiba musim buah.
Nilai keberanian Kita perlulah berani berjuang Adnan berani berjuang dan
demi mempertahankan tanah sanggup berkorban
air. meninggalkan anak-anak dan
isterinya demi
mempertahankan tanah air.
7
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

Nilai hemah tinggi Kita perlulah mematuhi Adnan dan rakan-rakan


peraturan yang telah ditetapkan mematuhi peraturan ketika
agar kita menjadi lebih disiplin. menjalani latihan
ketenteraan,iaitu rambut
mereka perlu digunting.

Nilai ketabahan Kita perlulah tabah semasa Walaupun Adnan


menghadapi kesukaran. menghadapi kesukaran untuk
membalas serangan pihak
musuh,tetapi dia tetap tabah
dan tidak menyerah kalah.

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA(5 NOTA DALAM 1)

PERSOALAN/NILAI/ BUKTI /HURAIAN


PENGAJARAN/ LATAR
MASYARAKAT/
WATAK PERWATAKAN
 CINTA AKAN NEGARA  Leftenan Adnan sanggup menjadi
1. Persoalan semangat patriotisme yang askar dan melepaskan jawatan guru
tinggi untuk mempertahankan negara. pelatih kerana cintanya yang
2. Nilai cinta akan negara. mendalam terhadap negara.
3. Kita harus mempunyai semangat
patriotisme yang tinggi untuk  Perjuangan Leftenan Adnan dan askar
mempertahankan negara. Melayu sehingga ke titisan darah yang
4. Masyarakat yang cinta akan negara. terakhir membuktikan bahawa mereka
5. _____________seorang yang memiliki semangat cinta akan negara
mempunyai semangat patriotisme yang yang tinggi.
tinggi.

 KEBIJAKSANAAN a) Leftenan Adnan sangat bijak


1. Persoalan kebijaksanaan menggunakan mengenali musuh yang menyamar.Dia
taktik dalam peperangan. berjaya mengecam dan menembak
2. Nilai kebijaksanaan. tentera Jepun yang menyamar sebagai
3. Kita harus bijak menggunakan taktik tentera Sikh.
dalam peperangan.
4. Masyarakat yang bijak menggunakan
taktik dalam peperangan.
5. ____________seorang yang bijak
8
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

menggunakan taktik dalam


peperangan.

 TANGGUNGJAWAB a) Leftenan Adnan bertanggungjawab


1. Persoalan amanah dalam menggalas memberikan kata-kata semangat
tanggungjawab. kepada anak buahnya dalam medan
2. Nilai bertanggungjawab. pertempuran walaupun bilangan
3. Kita harus menjalankan mereka sedikit dan mereka telah
tanggungjawab yang diamanahkan. kehabisan peluru.
4. Masyarakat yang memiliki sifat b) Pak Saidi bertanggungjawab
amanah dan bertanggungjawab. memberikan didikan yang terbaik
5. ___________seorang yang amanah kepada anak-anak dengan
dan bertanggungjawab. memasukkan ke sekolah Inggeris agar
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
diri.
 KASIH SAYANG a) Sophia amat menyayangi
1. Persoalan kasih sayang terhadap ahli suaminya,Adnan sehingga mengalami
keluarga. tekanan emosi apabila mengetahui
2. Nilai kasih sayang. kematian suaminya di Singapura.
3. Kita harus menyayangi ahli keluarga
kita. b) Pak Saidi amat menyayangi isterinya,
4. Masyarakat yang penyayang. Mak Milah dan anak-anak.Dia
5. ____________seorang yang sanggup bekerja keras untuk
penyayang. menanggung persekolahan anak-anak
di sekolah Inggeris.
c) Mak Milah meraung apabila mendapat
perkhabaran tentang anaknya,Ahmad
terkorban akibat kapal yang dinaikinya
diserang oleh tentera Jepun.

 RASIONAL a) Pak Saidi mampu menilai perkara


1. Persoalan berfikiran secara rasional yang betul dengan yang salah.Beliau
sebelum melakukan sesuatu yakin tindakan menghantar anak-
keputusan. anaknya ke sekolah aliran Inggeris
2. Nilai rasional. merupakan langkah yang tepat.
3. Kita hendaklah berfikiran rasional
dalam melakukan sesuatu keputusan.
4. Masyarakat yang rasional.
5. ___________seorang yang rasional.

9
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tema novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa. (Seremban Jaya)
2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa. (Seremban Jaya)
3. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan persoalan novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa. (Chan Wa)

*xx Novel yang saya kaji dalam Tingkatan Empat ialah Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. → 一定要写!!*

10
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

NOTA
(a) Jelaskan dua perwatakan watak utama yang dapat memberikan teladan
kepada pembaca berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
(7 markah)

JAWAPAN:
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan Empat ialah Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama novel ini ialah
Adnan. Novel ini telah memaparkan beberapa perwatakan watak utama.
Adnan seorang yang berani. Contohnya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali
menyerah kalah walau apa-apa pun yang terjadi sewaktu dia bersama-sama
dengan askar Melayu mempertahankan kubu mereka daripada serangan tentera
Jepun di Bukit Candu,Singapura.
Selain isu, Adnan juga seorang yang bijak dalam pelajaran. Contohnya,Adnan
berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang di sekolah beraliran
Inggeris sebelum berkhidmat sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai
Ramal, Kajang.

11
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

(b) Setiap novel mengandungi nilai kemanusiaan yang dapat dicontohi pembaca.
Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terkandung dalam sebuah novel yang
telah anda pelajari. (7markah)

JAWAPAN:
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan Empat ialah Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama novel ini ialah
Adnan. Novel ini telah mengandungi beberapa nilai kemanusiaan.
Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai keberanian. Contohnya,Leftenan
Adnan merupakan seorang anggota tentera yang memiliki keberanian yang luar
biasa apabila beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya hingga titisan darah
yang terakhir.
Nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Leftenan
Adan amat menyayangi isterinya, Sophia dan dua orang anaknya, iaitu Mokhtar
dan Zainuddin.

(c) Konflik merupakan satu daripada teknik penceritaan yang dapat


mengembangkan sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda
pelajari, jelaskan dua konflik yang dihadapi oleh watak utamanya. (7markah)
JAWAPAN :
Novel yang saya kaji dalam Tingkatan Empat ialah Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama novel ini ialah
Adnan. Novel ini mengandungi dua konflik yang dihadapi oleh watak utama.
Konflik pertama berkaitan dengan minat yang mendalam dalam bidang
ketenteraan berbanding dengan bidang keguruan.Walaupun Adnan telah dilantik
sebagai guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal, Kajang dan menerima
ejekan serta cemuhan daripada beberapa orang pemuda kampungnya, namun
disebabkan mintanya yang mendalam untuk menjadi seorang askar, dia telah
12
牛顿教育补习学院 SPM F4 BM Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa BM
SKOR A+

berangkat ke Kem Haig Lines, Port Dickson untuk menjalani temu duga bagi
membolehkannya terpilih sebagai askar.
Konflik kedua pula merupakan keresahan jiwa Adnan kerana terpaksa
berpisah dengan insan tersayang .Berita yang mengejutkan diterima oleh Adnan
tentang ura-ura mengatakan bahawa Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan
Singapura.Bagi menjamin keselamatan isterinya, Sophia dan anak-anaknya,
Mokhtar dan Zainudin, Adnan telah menghantar mereka pulang ke kampung
walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan mereka.

13

Anda mungkin juga menyukai