Anda di halaman 1dari 3

NOVEL:

PERISTIWA YANG DAPAT MEMBERIKAN PENGAJARAN KEPADA PEMBACA


Novel yang telah saya kaji iala novel Leftenan Adnan Wira Bangsa hasil karya
Abdul Latip Talib.Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang memberikan
pengajaran.Antaranya ialah peristiwa Pak Saidi yang menghantar Adnan belajar
di sekolah Inggeris. Dia mahu memberikan pendidikan Inggeris kepada anak-
anaknya. Peristiwa ini memberikan pengajaran bahawa kita haruslah mementingkan
pendidikan. Sikap Pak Saidi yang ingin memberikan pendidikan terbaik kepada
anak-anak harus dijadikan pengajaran.

Seterusnya peristiwa yang memberikan pengajaran ialah peristiwa Adnan


yang telah berlatih bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan
syarahan dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada
kita bahawa kita haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
memperoleh kejayaan.Sikap Adnan yang rajin dan gigih berusaha perlu dijadikan
pengajaran.

Selain itu, peristiwa yang memberikan pengajaran ialah peristiwa Adnan


yang sanggup berhenti kerja untuk mengejar cita-citanya menjadi askar.Dia
bertegas dengan pendiriannya walaupun ibunya melarang dia menyertai latihan
ketenteraan di Port Dickson. Peristiwa ini memberikan pengajaran bahawa kita
mestilah berpendirian tegas dalam mencapai cita-cita kita. Sikap Adnan yang
bertindak tegas dalam mengejar cita-citanya harus dijadikan pengajaran.

PERISTIWA YANG MEMAPARKAN UNSUR KASIH SAYANG


Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya
Abdul Latip bin Talib.Terdapat beberapa peristiwa yang memaparkan unsur/nilai
kasih sayang. Antaranya ialah kasih sayang seorang ayah kepada anaknya.
Contohnya, Pak Saidi sanggup berbasikal ke pekan setiap pagi untuk menghantar
Adnan ke sekolah Inggeris.Dia ingin memberikan pendidikan yang baik demi masa
depan anaknya.

Selain itu terdapat peristiwa yang menggambarkan kasih sayang seorang


suami kepada anak dan isterinya. Contohnya, Leftenan Adnan menghantar anak
dan isterinya pulang ke kampung apabila mendapat berita tentang Jepun yang akan
menyerang Tanah Melayu/Singapura. Dia berbuat demikian demi keselamatan anak
dan isterinya.

Seterusnya ialah peristiwa yang menunjukkan kasih sayang seorang ibu


kepada anaknya. Contohnya, Mak Milah kurang bersetuju dengan tindakan anaknya
yang ingin menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson.Dia lebih suka anaknya
bekerja sebagai guru. Dia berbuat demikian kerana dia amat risau akan
keselamatan anaknya.

PERISTIWA YANG DAPAT MENUNJUKKAN NILAI KEGIGIHAN.


Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul
Latip Talib.Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang memaparkan unsur
kegigihan. Antaranya ialah peristiwa Adnan yang gigih berlatih untuk
memenangi pertandingan syarahan dalam bahasa Inggeris. Kegigihan yang
ditunjukkan oleh Adnan telah menyebabkan dia menjadi juara dalam pertandingan
tersebut.

Selain itu peristiwa yang menggambarkan nilai kegigihan ialah peristiwa


Leftenan Adnan dan pasukannya yang gigih mempertahankan Bukit Candu
daripada serangan tentera –tentera Jepun. Mereka gigih bertempur hingga ke
titisan darah yang terrakhir. Kegigihan mereka menyebabkan tentera-tentera Jepun
sukar mengalahkan mereka.

Seterusnya peristiwa yang menunjukkan nilai kegigihan ialah peristiwa


Leftenan Adnan yang gigih menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson.Dia
gigih menjalani pelbagai latihan yang lasak. Berkat kegigihannya dia telah dipilih
sebagai pelatih terbaik.

Anda mungkin juga menyukai