Anda di halaman 1dari 21

HURAIAN BAB DEMI BAB

Leftenan Adnan Wira Bangsa

CIKGU AZMAN

Guru BM dan Penulisan Anda


Kenapa e-buku Saya bagus
Bab 1
DARAH PAHLAWAN
Pak Saidi mempunyai tiga anak lelaki iaitu,
Adnan, Ahmad dan Amarullah. Mereka
membesar di Kampung Sungai ramal, Kajang.
Keturunan pak Saidi ada hubungan dengan
darah pahlawan kerana moyangnya pernah
membantu Dol Said di Naning. Pak Saidi enggan
menghebahkan cerita moyangnya kerana British
tidak suka sesiapa yang menentang mereka.
Bab 2
KAMPUNG SUNGAI RAMAL
Adnan bermimpi menjadi adiwira seperti Hang
Tuah yang menyelamatkan penduduk
kampung setelah diserang oleh penyamun.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh
sejak kecil. Selepas tersedar daripada
mimpinya, Adnan ke kebun getah membantu
ayahnya kemudian setelah sembayang Zohor
dia akan ke sawah pula.
Bab 3
HARAPAN SEORANG AYAH
Pak Saidi gembira kerana melihat anaknya berlatih
silat ketika pulang ke rumah. Adnan melayan
ayahnya dengan membawakan minuman
kemudian berlatih bersama-sama adik-adiknya.
Adnan dan adik-adiknya gemar bermain perang
olok-olok. Sejak kecil Adnan sudah mempamerkan
sikap kepahlawanan dan tanggungjawab. Pak Saidi
membuatkan keris dan senapang daripada kayu
apabila diminta oleh Adnan.
Bab 4
DUSUN DURIAN DI TANAH PERKUBURAN
Adnan menemani ayahnya ke dusun durian. Dusun
itu bersebelahan dengan kawasan perkuburan
kerana Pak Saidi mendermakan sebahagian
tanahnya. Apabila musim buah-buahan, Pak Saidi
selalu menyedekahkan buah-buahan kepada
penduduk kampung. Pak Saidi menerangkan
perjuangan orang Melayu menentang British.
Bab 5
HARAPAN SEORANG IBU
Adnan dan adik-adiknya belajar silat waktu siang
dan malan diajar mengaji oleh ayahnya. Adnan
mahu ke sekolah dan Pak Saidi mahu
memasukkannya ke sekolah Inggeris supaya
banyak ilmu pelajarai tetapi maknya Mak Milah
tidak bersetuju. Pak Saidi sedar zaman berubah
dan penentangan zaman sekarang bukan
menggunakan senjata tetapi pengetahuan.
Bab 6
GURU BESAR STEWARD
Pak Saidi menghantar anak-anaknya ke sekolah
Inggeris walaupun ada penduduk kampung tidak
bersetuju. Beliau menghantar dan mengambil
anaknya dari sekolah. Syarat sekolah yang
mengenakan baju dan seluar baharu telah
dipersetujuinya. Pada sebelah malam, Pak Saidi
mengajar anak-anaknya mengaji. Pak Saidi
mahu anak-anaknya ada jati diri yang kukuh dan
tidak lupa asal mereka.
Bab 7
MEREKA TIDAK MENGERTI
Penduduk kampung gempar dengan tindakan
Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah
Inggeris. Salah seorang penduduk bernama Abu
telah meminta Tuk Ketua supaya meminta PAk
Saidi membatalkan tindakannya itu. Sebaliknya
Tuk Ketua meminta Abu menjaga anaknya
Nordin yang suka mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Nordin berasa marah dan
mahu mengenakan Pak Saidi.
Bab 8
SETEGUH KARANG
Karim bertemu Pak Saidi lalu memberitahu tindakan
Abu menghasut Tuk Ketua. Pak Saidi memberitahu
Karim bahawa dia tidak kisah pandangan orang
kerana berpendapat kita perlu belajar daripada
bangsa yang berpengetahuan tinggi. Petang itu
rumah Pak Saidi didatangi Tuk Ketua dan beberapa
orang kampung. Pak Saidi menerangkan kepada
mereka semua tujuan tindakannya dan memberi
jaminan bahawa ada guru melayu di sekolah itu
yang akan memantau murid-murid melayu.
Bab9
ANAK-ANAK KAMPUNG
Mamat menanyakan Adnan tentang sekolah Inggeris
lalu Adnan mengajarnya beberapa patah perkataan
bahasa itu. Mamat memberitahunya ayahnya tidak
benarkan dia ke sekolah Inggeris kerana bimbang dia
lupa agama. Mereka juga berbual tentang cita-cita
dan Adnan mahu menjadi askar. Malam itu rumah Pak
Saidi dimasuki dua lembaga yang cuba
mengerattayar basikal Pak Saidi. Beliau mengesyaki
Nordin kerana pemuda itu kakinya sakit dibaling beluti
oleh Adnan. Di sekolah, Cikgu Anderson memuji sikap
Bab 10
MASUK JAWI BASIKAL BARU
Adnan akan berkhatan. Adnan berasa resah
tetapi Pak Saidi telah berjanji membelikan
basikal kepada Adnan. Dia berasa bersemangat
dan tidak gentar untuk dikhatankan. Selepas
dua minggu kemudian, Pak Saidi membawa
pulang sebuah basikal baharu.
Bab 11
YAKIN BOLEH
Pak Saidi menanyakan persekolahannya lalu
Adnan menjawab dia berasa gembira di sana.
Sekolah Adnan menganjurkan pertandingan
syarahan dalam bahasa Inggeris dan Adnan
sahaja yang bersetuju terlibat lalu Adnan berjaya
memujuk rakan-rakan yang lain menyertainya. Pak
Saidi dan Mak Milah memberi semangat kepada
Adnan sehingga dia berasa lebih bersemangat
dan berjaya menjadi juaran pertandingan itu.
Bab 12
JAGUH KAMPUNG
Pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal
yang diketuai oleh Adnan berjaya menewaskan
pasukan dari Kampung Sungai Merab lalu
mereka tidak berpuas hati dan mencadangkan
perlawanan tinju antara Adnan dan Budin tetapi
pertandingan itu gagal. Beberapa penyokong
pasukan bola sepak telah menyebarkan fitnah
bahawa Adnan dan Budin telah bertinju dan
mencuri buah rambutan penduduk kampung.
Bab 13
DARAH MUDA
Selepas habis persekolahahnya, Adnan dipilih
sebagai guru pelatih di sekolah Sungai Ramal tetapi
dia tidak berminat sangat. Dia bercita-cita untuk
menjadi aslar tetapi ketika itu peluang untuk menjadi
askar Melayu belum ada. Adnan mahu menjadi
askar kerana mahu mempertahankan negaranya.
Pada masa yang sama, sudah ada bertiup
semangat kebangsaan dalam kalangan anak-anak
muda yang bekerja sebagai guru di tanah air.
Bab 14
ASKAR MELAYU DIRAJA
Tersebar berita mengenai penubuhan Askar Melayu.
Adnan semakin bersemangat untuk menjadi askar.
Beberapa anggota tentera Britih mengunjungi
Kampung Sungai Ramal untuk mencari calon askar
dan Adnan ingin mencuba tetapi dihalang oleh
ibunya yang lebih suka Adnan bekerja sebagai guru.
Adnan melahirkan hasrat untuk menjadi askar. Pak
Saidi bersetuju dan Mak Milah juga bersetuju
akhirnya.
Bab 15
BUKU BERTEMU RUAS
Adnan bersama-sama rakannya nekad ke Port
Dickson untuk menjalani latihan. Mereka pergi
berjalan kaki sahaja sebelum menumpang
sebuah lori dari Kajang ke Seremban.
Perjalanan mereka disambung ke Port Dickson.
Adnan kemudiannya telah dimaklumkan
bahawa dia telah berjaya menjadi askar.
Bu lan Ju lai s amb u n g an b ab
16- 35 pada Ju lai n an t i

Cikgu Azman
Bab 15
BUKU BERTEMU RUAS
Adnan bersama-sama rakannya nekad ke Port
Dickson untuk menjalani latihan. Mereka pergi
berjalan kaki sahaja sebelum menumpang
sebuah lori dari Kajang ke Seremban.
Perjalanan mereka disambung ke Port Dickson.
Adnan kemudiannya telah dimaklumkan
bahawa dia telah berjaya menjadi askar.

Anda mungkin juga menyukai