Anda di halaman 1dari 2

Contoh Karangan Gambaran/Keperihalan

Kakak anda telah melangsungkan majlis perkahwinannya pada cuti sekolah barubaru ini.
Perihal peristiwa tersebut. Panjang karangan anda itu hendaklah lebih daripada
180 patah
perkataan.

Majlis perkahwinan kakak sulungku berlangsung pada hari Sabtu, 28 Mei


2015, iaitu pada
musim cuti persekolahan penggal pertengahan tahun yang lalu. Aku tidak sabarsabar
menunggu hari tersebut
Sangkaanku memang
tepat. Dua minggu
menghantar barang-

kerana

sebelum

pasti

tarikh

banyak

saudaraku

perkahwinan,

mereka

yang

dating.

telah

datang

barang mentah seperti beras, pulut, tepung, dan minyak masak. Mereka
mengatakan bahawa
barang-barang tersebut adalah untuk meringankan perbelanjaan yang akan
ditanggung oleh
ibu bapaku.
Tiga hari sebelum majlis
kampungku telah datang ke

perkahwinan,

beberapa

orang

pemuda

rumahku. Mereka mendirikan khemah untuk memasak dan khemah tetamu. Jiran
tetanggaku
terutama kaum wanita menghiasi bilik pengantin dan pelamin. Mereka sangat
kreatif
menyusun bunga, mengatur perabot, dan memadankan corak langsir, alas meja,
dan pelamin
supaya kelihatan menarik.
Sehari sebelum kenduri, kaum wanitalah yang paling sibuk kerana mereka
ditugaskan untuk
menyediakan rempah ratus untuk memasak manakala kaum lelaki memotong
daging lembu
dan daging ayam. Kerja-kerja untuk kaum lelaki bermula pada pukul 2.00 petang.
Dagingdaging itu dimasukkan ke dalam peti sejuk sebelum dimasak.
Pada hari kenduri suasana di rumahku riuh-rendah. Jiran-jiran datang
sebelum pukul lima
pagi. Mereka meminta tuan rumah melonggokkan semua bahan mentah seperti
rempah, gula,
kunyit, asam, belacan, halia, garam, daging, dan sayur di bawah khemah
memasak agar

memudahkan mereka untuk memasak. Dari atas rumah aku telah dapat
menghidu bau
masakan yang sungguh enak. Maklumlah mereka memang handal memasak dan
sering
memasak untuk majlis perkahwinan yang diadakan di kampungku.
Kira-kira pukul 2.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba. Mereka
disambut dengan
paluan kompang. Selepas itu, raja sehari diarak ke pelamin. Pasangan pengantin
kelihatan
sama cantik sama padan, bak kata pepatah seperti pinang dibelah dua. Mereka
kemudian
ditepung tawar oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak. Selepas upacara
persandingan,
pasangan menjamu selera bersama-sama rombongan pengantin lelaki dan dan
tetamu yang
lain.
Menjelang jam 5.00 petang, majlis kenduri selesai. Walaupun aku letih
tetapi aku puas kerana
dapat menjayakan majlis perkahwinan kakak sulungku. Aku juga gembira kerana
mendapat
seorang abang ipar yang sangat peramah.

Anda mungkin juga menyukai