Anda di halaman 1dari 1

LATIHAN PEMAHAMAN

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang untuk
menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami sampai sejurus
majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar dan
Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk bergotongroyong di rumah Pak Long. Ada yang sedang memasang khemah,
membuat pelamin dan juga menyediakan bahan untuk memasak lauk-pauk
di penanggah
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu mengupas
bawang dan ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah dan abang pula
membantu menyiang ayam. Aku lihat abang nyaris-nyaris muntah kerana
tidak tertahan dengan bau hanyir ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam. Selesai
sahaja akad nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu pula dijemput
makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada pukul 2.00
petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar serta paluan kompang.
Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di atas pelamin. Cantik sungguh
Kak Sarah, bisikku kepada emak. Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah
dijemput menepung tawar pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu
yang menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur.
Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para tetamu
makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami sekeluarga
juga ingin pulang awal kerana abang akan menduduki peperiksaan SPM
pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak Long Jaafar sempat
mengucapkan terima kasih kepada kami kerana sudi menghadiri majlis
perkahwinan anaknya. Mak Long Kiah pula menghulurkan bungkusan yang
berisi nasi dan lauk-pauk sebagai buah tangan untuk kami.

1.

Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?


A. Hari Sabtu
B. Hari Ahad
C. Hari Isnin
D. Hari Jumaat

2.

Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?


A. Kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
B. Kerana ayam sudah berbau busuk.
C. Kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D. Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.

3.

Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan, kecuali


A. menepung tawar
B. bersanding.
C. berarak
D. akad nikah

4.
Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung tawar
pengantin ?
A. Sekuntum bunga mawar.
B. Sekuntum bunga telur
C. Sebiji telur.
D. Sepotong kek.
5.

Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?


A. Adik-beradik
B. Sepupu
C. Besan
D. Anak Saudara

Anda mungkin juga menyukai