Anda di halaman 1dari 3

KEBAIKAN BERSUKAN

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Tuan Guru
Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Tajuk
syarahan saya ialah Faedah Bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang dilakukan di luar
bilik darjah seperti bermain bola sepak, bola jarring dan sebagainya, Hadirin yang dihormati,
Apabila kita bersukan, badan kita akan menjadi sihat. Dengan gerakan yang banyak
dilakukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. Peluh yang dikeluarkan itu mengandungi
bahan kumuhan yang tidak diperlukan oleh badan.
Selain mendapat badan yang
sihat , kita dapat juga mencerdaskan otak. Dengan bersukan, oksigen lebih banyak sampai
ke otak. Otak yang cerdas membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Hadiri yang dihormati,
Selain itu, kita dapat mengenali lebih ramai kawan atau
merapatkan hubungan dengan kawan. Apabila mendapat ramai kawan, kita tidaklah kekok
untuk berinteraksi dengan orang lain. Ini menjadikan kita seorang yang aktif.
Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang dengan bersukan. Aktiviti bersukan banyak
memberi faedah kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak berlalu dengan sia-sia apabila
kita bersukan.
Saya menyeru kepada hadirin agar menyertai kegiatan sukan yang
ternyata banyak memberi faedah kepada kita. Sekian saya syaraha saya kali ini, terima
kasih.
KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang
nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif
termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.
Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal
termasuk kebersihan diri.Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan
sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan
taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit
seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.
Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan
penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering
menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu
bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam
kehidupannya.
Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan
merupakan cabang iman.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana
kebersihan lambing ketamadunan seseorang.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun,
kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur
yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai
pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang
keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika
semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya
sudah pasti dapat ditingkatkan.
Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling
menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa
diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara
malahan nyawa dapat diselamatkan.
Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik
pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua
pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu,
berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita. Sekian, terima kasih.
FAEDAH MENABUNG
Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap
orang? Orang-orang tua ada menyatakan, Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Maksudnya jika hari ini kita berjimat
cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.
Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang
diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang
disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu
bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.
Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan
secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah
tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman
pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.
Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah
kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata
orang sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Sekian, terima kasih.
KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan
makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang
adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh
badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.
Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil
makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan
pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi
dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan


berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika
di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang
tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di
dalam kelas.
Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa
pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan
penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan
secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.
KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah
dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan
permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.
Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah
kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling
bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar
berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu,
para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan
cerdas sepanjang masa.
Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa
senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah,
berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan
tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.
Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama
kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan
tahu nilai faedahnya!
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai

  • Rentas Desa
    Rentas Desa
    Dokumen16 halaman
    Rentas Desa
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • 0101 Rabu
    0101 Rabu
    Dokumen4 halaman
    0101 Rabu
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Pat PJ 3
    Pat PJ 3
    Dokumen7 halaman
    Pat PJ 3
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Mate Book
    Mate Book
    Dokumen1 halaman
    Mate Book
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Pijay
    Pijay
    Dokumen5 halaman
    Pijay
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • SEOCAMP
    SEOCAMP
    Dokumen5 halaman
    SEOCAMP
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Mate Book
    Mate Book
    Dokumen1 halaman
    Mate Book
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • 1H
    1H
    Dokumen1 halaman
    1H
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • SEOCAMP
    SEOCAMP
    Dokumen5 halaman
    SEOCAMP
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Skema K1
    Skema K1
    Dokumen2 halaman
    Skema K1
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Resume Template BM
    Resume Template BM
    Dokumen4 halaman
    Resume Template BM
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • 08 Isi Pelajaran Interaksi 2
    08 Isi Pelajaran Interaksi 2
    Dokumen25 halaman
    08 Isi Pelajaran Interaksi 2
    Nordin Hamdi
    Belum ada peringkat
  • RPH PJ
    RPH PJ
    Dokumen1 halaman
    RPH PJ
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Busana
    Busana
    Dokumen1 halaman
    Busana
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Majlis Perkahwinan Anak Pak Long
    Majlis Perkahwinan Anak Pak Long
    Dokumen1 halaman
    Majlis Perkahwinan Anak Pak Long
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Nombor Dan Operasi
    Nombor Dan Operasi
    Dokumen2 halaman
    Nombor Dan Operasi
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • RPH BM
    RPH BM
    Dokumen3 halaman
    RPH BM
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • BM Pbs 2
    BM Pbs 2
    Dokumen1 halaman
    BM Pbs 2
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Penulisan Sinopsis
    Penulisan Sinopsis
    Dokumen3 halaman
    Penulisan Sinopsis
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Soalan Ulangkaji
    Soalan Ulangkaji
    Dokumen4 halaman
    Soalan Ulangkaji
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Refleksi BM
    Refleksi BM
    Dokumen1 halaman
    Refleksi BM
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • BM Pbs 1
    BM Pbs 1
    Dokumen1 halaman
    BM Pbs 1
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Kata Tanya
    Kata Tanya
    Dokumen1 halaman
    Kata Tanya
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • RPH BM
    RPH BM
    Dokumen3 halaman
    RPH BM
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Penilaian Darab
    Penilaian Darab
    Dokumen1 halaman
    Penilaian Darab
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Sudut Terapi Konsep Asas Matlamat Objektif
    Sudut Terapi Konsep Asas Matlamat Objektif
    Dokumen3 halaman
    Sudut Terapi Konsep Asas Matlamat Objektif
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Hoki Hntaran
    Hoki Hntaran
    Dokumen7 halaman
    Hoki Hntaran
    Carl Kulus
    Belum ada peringkat
  • Hoki Mudah
    Hoki Mudah
    Dokumen3 halaman
    Hoki Mudah
    miss danna
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pelajaran Harian2
    Rancangan Pelajaran Harian2
    Dokumen4 halaman
    Rancangan Pelajaran Harian2
    Gabriella William
    Belum ada peringkat