Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS PENGALAMAN

Anda telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari sekolah.
Ceritakan pengalaman anda menyelamatkan mangsa kemalangan itu. Panjang karangan
mestilah melebihi 150 patah perkataan.

**guna kata ganti nama diri orang  aku


Pendahuluan:
 semasa aku pulang dari sekolah ... hujan turun renyai-renyai
 memcepatkan langkah ... sempat sampai
 terdengar bunyi dentuman yang kuat

Isi-isi Penting:
 terbabas lalu melanggar sebatang pokok
 terkejut ... kali pertama menyaksikan kemalangan jalan raya
 memberanikan diri ... tempat kejadian itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 kereta yang terlibat dalam kemalangan itu ________________
 pemandu kereta... pengsan dan kepalanya berlumuran darah ... terhantuk pada stereng
kereta
 mencari pondok telefon ... mendail nombor balai polis dan ambulans
 pergi semula ke tempat kejadian
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 seorang pemuda melalui kawasan itu
 meminta bantuannya ... mengeluarkan mangsa kemalangan ... dari kereta
 pihak polis dan ambulans pun tiba
 mengangkat mangsa kemalangan ... ambulans ... hospital
 memberi maklumat ... kepada pihak polis

Penutup:
 meneruskan perjalanan pulang
 gembira ... membantu mangsa kemalangan itu
 pengalaman ini ... ingatsampai bila-bila
KARANGAN CONTOH:

Pada suatu hari, sewaktu aku pulang dari sekolah , hujan turun renyai-renyai. Aku
memcepatkan langkah agar sempat sampai ke rumah sebelum hujan turun dengan lebat.
Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat di belakangku.
Rupa-rupanya, sebuah kereta Proton Waja telah terbabas lalu melanggar sebatang
pokok di tepi jalan. Aku berasa sangat terkejut apabila melihat kejadian itu kerana kali
pertama aku menyaksikan kemalangan jalan raya di depan mata aku.Aku memberanikan diri
untuk pergi ke tempat kejadian itu.

Aku mendapati kereta yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk dan remuk.
Pemandu kereta yang ditimpa kemalangan itu pengsan dan kepalanya berlumuran darah
kerana terhantuk pada stereng kereta.Aku berlari untuk mencari pondok telefon dan mendail
nombor balai polis dan ambulans.Kemudian, aku pergi semula ke tempat kejadian.

Selepas itu, ada seorang pemuda melalui kawasan itu. Aku meminta bantuannya
untuk mengeluarkan mangsa kemalangan itu dari kereta. Beberapa minit kemudian, pihak
polis dan ambulans pun tiba. Mereka mengangkat mangsa kemalangan itu ke dalam
ambulans dan menghantar dia ke hospital. Aku memberi maklumat tentang kemalangan itu
kepada pihak polis.
Setelah itu, aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Aku berasa gembira
kerana dapat membantu mangsa kemalangan itu. Pengalaman ini akan aku ingat sampai
bila-bila.

Anda mungkin juga menyukai