Anda di halaman 1dari 7

KATA BILANGAN

Kata
Bilangan

kata
kata kata kata kata kata kata
bilangan
bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan bilangan
tak
tentu pecahan pisahan himpunan tingkat tanya
tentu

Kata Bilangan Contoh


K.B. tentu satu, sebelas, dua puluh lima, seratus, seribu…
K.B. tak tentu beberapa, para, segala, sekalian, seluruh, semua, sesuatu, segenap, segelintir,
sebilangan, sebahagian, sesetengah/ setengah-setengah…
K.B. pecahan dua pertiga, satu setengah, setengah, seperdua, seperlapan, dua pertiga, empat
perlapan, separuh, suku
K.B. pisahan masing-masing dan setiap / tiap-tiap
K.B. himpunan berbagai-bagai (=pelbagai=perbagai=perbagai-bagai), berbulan-bulan,
berjenis-jenis, berkotak-kotak, beribu-ribu, kedua-dua, puluhan, ratusan,
ribuan, berminggu-minggu, berjam-jam
K.B. tingkat pertama, kedua, ketiga, keempat, ke-2, ke-88…
K.B. tanya berapa

Kata Frasa
Bilangan Bilangan Penjodoh Bilangan Inti
dua orang calon
tentu sepuluh buah rumah
dua ratus dua belas - kilometer
segala - perkakas
semua - guru
para - tetamu
beberapa ekor binatang
tak tentu beberapa* - tajuk penting
sekalian - hadirin
seluruh - penduduk
segelintir - penduduk
sekawan - burung
1
berpuluh-puluh - tahun
beratus-ratus orang -
himpunan beribu-ribu / ribuan - penonton
berjuta-juta - ringgit
berjam-jam - -
setiap / tiap-tiap - pelajar
pecahan setengah-setengah / orang -
sesetengah/
setengah-setengah / - pelajar
sesetengah/

Kesalahan Umum Tatabahasa

1) Kata Bilangan Tentu

1.1 lima batang pensel (✓)


lima pensel (✗)
lima batang pensel-pensel (✗)

1.2 tiga buah kereta (✓)


tiga kereta (✗)
tiga buah kereta-kereta (✗)

1.3 Seratus dua puluh penumpang meninggal dalam nahas pesawat di Caracas semalam. (✗)
Seratus dua puluh orang … (✓)

1.4 Salah seorang daripada pelumba itu mengalami kekajangan otot. (✗)
Salah seorang pelumba … (✓)
Seorang daripada pelumba … (✓)

2) Kata Bilangan Tak Tentu

2.1 Seluruh penduduk kampung telah bermesyuarat di balai raya itu. (✓)
Seluruh orang penduduk … (✗)
Seluruh penduduk-penduduk … (✗) (*penduduk tidak boleh digandakan)

2.2 Beberapa orang penghuni … (✓)


Beberapa penghuni … (✗)

Beberapa tajuk penting akan dibincangkan dalam seminar tersebut. (✓)

… mengail beberapa ekor ikan … (✓)


… mengail beberapa ikan … (✗)

2.3 Segala persiapan telah dibuat. (✓)


Segala persiapan-persiapan … (✗)
2
2.4 Projek itu melibatkan para guru sekolah rendah. (✓)
… guru-guru … (✓)
… para-para guru … (✗) para-para = rak
… para guru-guru … (✗)

2.5 Semua pegawai tidak dibenarkan bercuti esok. (✓)


Semua pegawai-pegawai … (✗)

Semua pelajar … (✓)


Semua pelajar-pelajar … (✗)

Semua kanak-kanak … (✓)


Semua anai-anai/ kura-kura/ rama-rama/ kupu-kupu/ jentik-jentik/ biri-biri… (✓)

2.6 Sesetengah pelajar lebih suka berjalan kaki ke sekolah. (✓)


Setengah-setengah pelajar … (✓)
Setengah pelajar … (✗)
Sesetengah orang pelajar … (✗)
Setengah orang pelajar… (✗)
Setengah-tengah orang pelajar… (✗)

2.7 Setengah orang berpendapat perubatan tradisional tidak mampu mengubati penyakit. (✗)
Setengah-setengah orang … (✓)
Sesetengah orang … (✓)

Aminah memberi setengah-setengah keknya kepada Lee Lian. (✗)


… sesetengah … (✗)
… setengah … (✓)

2.8 Di kedai ini dijual berbagai-bagai jenis barangan kegunaan harian. (✓)
… pelbagai jensi barangan … (✓)
… berbagai jenis barang … (✗)
… berbagai-bagai jenis barang-barang … (✗)

… pelbagai jenis lauk … (✓)


… berbagai-bagai jenis lauk … (✓)
… pelbagai / berbagai-bagai jenis lauk pauk … (✗)

… pelbagai/ berbagai-bagai jenis sayuran … (✓)


… pelbagai/ berbagai-bagai jenis sayur-sayuran … (✗)

3) Kata Bilangan Pecahan

3.1 Dia mengambil masa selama dua setengah jam untuk menyiapkan lukisan itu. (✗)
… dua jam setengah … (✓)

3.2 Mei Mei menantinya selama dua suku jam. (✗)


… dua jam suku … (✓)

3
3.3 Harga barang itu lima setengah ringgit. (✗)
… lima ringgit setengah … (✓) (=RM2.50)

3.4 Separuh daripada kek itu akan diberikan kepada Mak Long. (✓)

3.5 Suku daripada wang gajinya disimpan di bank. (✓)

3.6 Ah Hock mendapat satu pertiga (=sepertiga) daripada harta ayahnya. (✓)

3.7 Seperdua daripada pendapatan saya di simpan di bank. (✓)

3.8 Saya diberi setengah markah untuk jawapan ini. (✓)


Saya diberi sesetengah / setengah-setengah markah untuk jawapan ini. (✗)

3.9 Kursus itu memakan masa satu setengah bulan sahaja. (✓)

4) Kata Bilangan Pisahan

4.1 “Semua pelajar diminta duduk di tempat masing-masing,” arah Cikgu Lim. (✓)
… masing … (✗)

Masing-masing tidak mahu mengalah. (✓)


Masing … (✗)

Pelajar-pelajar membuat kerja sekolah masing-masing di kelas. (✓)


… masing … (✗)

4.2 Setiap pelajar perlu hadir ke kelas tambahan pada petang ini. (✓)
Tiap-tiap pelajar … (✓)
Setiap pelajar-pelajar … (✗)
Tiap-tiap pelajar-pelajar … (✗)
Tiap pelajar … (✗)
Setiap orang pelajar… (✗)
Tiap-tiap orang pelajar … (✗)

5) Kata Bilangan Himpunan

5.1 Kedua-dua orang pelajar itu rajin sekali. (✓)


Kedua-dua pelajar … (✗)
Kedua pelajar … (✗)
Kedua-dua orang pelajar-pelajar … (✗)

4
ketiga-tiga buah kereta… (✓)
ketiga-tiga buah kereta-kereta… (✗)
ketiga buah kereta… (✗)

keenam-enam kasutnya … (✗)


keenam-enam pasang kasutnya… (✓)

5.2 Berguni-guni beras telah diimport dari negara Thailand. (✓)


Berguni … (✗)

- berjenis-jenis
berpuluh-puluh tahun… (✓)
- berjuta-juta
berpuluh tahun… (✗)
- berbungkus-bungkus

beribu-ribu penonton… (✓) - bermacam-macam


ribuan penonton… (✓)
beribu penonton… (✗)

Beratus-ratus orang telah kehilangan rumah akibat kebakaran itu. (✓)


Beratus orang … (✗)

5.3 Sudah berbulan-bulan lamanya … (✓)


… berbulan … (✗)

… menunggu di sana berjam-jam … (✓)


… berjam … (✗)

6) Kata Bilangan Tingkat

6.1 Aminah mendapat tempat ke2 dalam pertandingan melukis itu. (✗)
… tempat ke-2… (✓)

6.2 Li Meng mendapat tempat kesatu dalam kelas. (✗)


… tempat pertama … (✓)
6.3 Lai Meng merupakan anak kedua dalam keluarganya. (✓)
… anak dua … (✗)
… anak kedua-dua … (✗)
… anak berdua … (✗)

5
… tempat ketiga … (✓)
… tempat tiga … (✗)
… tempat ketiga-tiga … (✗)
… tempat bertiga … (✗)

6.4 Peserta yang keseratus akan mendapat hadiah daripada pihak penganjur. (✓)

Kata bilangan yang membawa maksud jamak tidak boleh diikuti kata nama am yang diulang atau digandakan.
Misalnya:

(✗) (✓)
semua guru-guru semua guru
lima orang pengakap-pengakap lima orang pengakap
ribuan penonton-penonton ribuan penonton
para tetamu-tetamu para tetamu
seluruh daerah-daerah seluruh daerah
sebuah sumbangan satu sumbangan
sebuah fikiran satu fikiran
sebuah pendapat satu pendapat
sebuah masalah satu masalah
sebuah penyelesaian satu penyelesaian

Perhatian:

(✗) (✓)

setiap orang peserta setiap peserta


semua buah negara semua negara
sekalian orang pelajar sekalian pelajar
sebahagian orang penduduk sebahagian penduduk
para orang pandu puteri para pandu puteri
sebilangan orang peserta sebilangan peserta
semua orang askar semua askar
sebahagian daripada orang penduduk sebahagian daripada penduduk
setiap ekor lembu setiap lembu
para orang perajurit para perajurit

Penggunaan:

6
berdua-duaan bertiga-tiga berempat-empatan

berdua-dua kunci pendua tempat kedua


𝟏
𝟐 RM 2.50

anak kedua satu perdua / seperdua dua ringgit setengah

Anda mungkin juga menyukai