Anda di halaman 1dari 11

BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD.

RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

Nama : _____ 6 OKTOBER 2022


BIMBINGAN BAHASA MELAYU
GURU-GURU BM JOHOR BAHRU
SIRI 1 : KARANGAN
SIRI 2 : RUMUSAN
SIRI 3 : PEMAHAMAN
SIRI 4 : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
Soalan 1 : MORFOLOGI
Kehendak dan tugasan soalan
1. Kenal pasti golongan kata yang diuji
2. Bina ayat
Soalan 2 : SINTAKSIS
Soalan 3 : PENYUNTINGAN
1. Kesalahan ejaan
2. Kesalahan imbuhan
3. Kesalahan istilah
4. Kesalahan tatabahasa
Soalan 4 : KLASIK – MODEN
Soalan 5 : PERIBAHASA

SOALAN 1 : KENAL PASTI ( GOLONGAN KATA ) + BINA AYAT

Kata nama :
kata nama am, kata nama terbitan, kata nama khas

- Kata kerja – SPM2021

- Kata adjektif – ukuran, warna, keadaan,

- Kata tugas – kata sendi,

- Kata hubung
- Kata akronim – KUGIRAN, PAWAGAM

- Kata ganda – penuh, rentak, semu, berirama

1
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

- Kata bilangan –

KATA BILANGAN - kata yang digunakan untuk membilang atau menghitung


sesuatu
Contoh
Satu / dua / tiga /segelintir / para / semua / kebanyakan / seluruh
JENIS KATA BILANGAN
Kata bilangan tentu / kardinal.- sudah pasti/sudah tentu bilangannya
Contoh:
Satu, seratus, seribu, lima
Kata bilangan tak tentu – kata bilangan yang tidak pasti/tentu bilangannya
Contoh:
beberapa, semua, segelintir, sesetengah, para

Kata bilangan himpunan -


Contoh:
- kedua-dua, ketiga-tiga, berhari-hari

Kata bilangan pisahan


Contoh:
- setiap, masing-masing

Kata bilangan pecahan


Contoh: - setengah, satu pertiga

KESALAHAN BAHASA YANG BOLEH DIBUAT berkaitan dengan kata bilangan


….( penyuntingan )
Tip 1. Kata bilangan tentu mesti diikuti oleh penjodoh bilangan apabila menghitung
sesuatu
salah betul
dua lembu Dua ekor lembu
Dua hamster Dua ekor hamster
lima jejawi Lima ekor jejawi
Tiga cincin Tiga bentuk cincin

2
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

Empat komputer riba


Lima tali leher

Tip 2 : kata bilangan himpunan juga mesti diikuti oleh penjodoh bilangan yang sesuai.
salah betul
Kedua-dua anak Pak Ali Kedua-dua orang anak Pak Ali
Ketiga-tiga petugas itu Ketiga-tiga orang petugas itu
Kelapan-lapan peniaga itu….
Kelima-lima penjenayah …..
Keempat-empat penulis novel itu…..
Keenam-enam pegawai penyiasat ……

Tip 3 : Kata bilangan tak tentu tidak perlu diikuti oleh penjodoh bilangan kecuali
“beberapa”.
salah betul
Semua orang guru Semua guru
Segelintir orang penduduk Segelintir penduduk
Kebanyakan orang sukarelawan Kebanyakan sukarelawan
Segelintir penduduk-penduduk Segelintir penduduk
Beberapa guru Beberapa orang guru
Beberapa orang guru-guru Beberapa orang guru
Semua buah kereta

Tip 4 : Bilangan yang melebihi dua ialah bilangan yang banyak. Oleh itu, kata nama yang
mengikuti kata bilangan itu tidak perlu digandakan bagi menunjukkan jamak (bilangan yang
banyak).
salah betul
Dua ekor kambing-kambing Dua ekor kambing
Tujuh butir peluru-peluru Tujuh butir peluru
Lima das tembak-tembakan Lima das tembakan
Ketiga-tiga buah lori-lori kontena
Empat buah kotak-kotak
Tiga orang peminat-peminat……
Keempat-empat orang usahawan-
usahawan…..

Tip 5. Terdapat juga kata nama dan perkataan lain yang membawa maksud jamak
(bilangan yang banyak). Oleh itu, perkataan itu atau kata nama sebelum atau yang
mengikuti perkataan itu tidak boleh digandakan. Perkataan ini dinamai penanda jamak.
Contoh:
salah betul
Penduduk-penduduk kampung Penduduk kampung

3
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

Umat-umat Islam Umat Islam


Deretan kedai-kedai Deretan kedai
Sampah sarap bertaburan Sampah bertaburan/sampah sarap bertabur
Dedaun kering berguguran Daun kering berguguran / dedaun kering
gugur
Barisan pemimpin-pemimpin Barisan pemimpin
Longgokan sampah sarap
Barisan guru-guru kanan ….

Tip 6 : _Kata bilangan segala tidak boleh digunakan untuk manusia,


Contoh
segala orang, segala pelajar, segala penduduk
salah betul
Segala orang Semua orang
Segala pelajar Para pelajar/
semua pelajar
Segala penduduk Semua penduduk
Segala harta-benda Segala harta /
harta-benda
Segala peserta perkhemahan ……

Tip 7 : Kata bilangan tentu dan kata bilangan pecahan tidak boleh ditulis sekali gus.
salah betul
Dua setengah jam Dua jam setengah
Lima suku kilo Lima kilo suku
Dua setengah hari Dua hari setengah
Dia belajar di luar negara selama tiga
setengah tahun
Harga sepasang kasut lebih kurang dua
setengah ratus
Tiga setengah bulan
Empat setengah tahun ….

Tip 8 : Kata bilangan seperti beratus-ratus, kedua-dua, dan berpuluh-puluh tidak boleh
ditulis tanpa ganda sebagai beratus, kedua, atau berpuluh dalam bahasa yang menepati
tatabahasa baku.

salah betul
Beratus guni beras Beratus-ratus guni beras
Kedua lelaki itu Kedua-dua orang lelaki itu
Berbulan lamanya Berbulan-bulan lamanya
Bertahun menghilang Bertahun-tahun menghilang

4
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

Berminggu lamanya dia menunggu….


Beribu kali , Ahmad ….
Ketiga penyanyi itu ditawarkan….

Tip 9 : Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan selepas kata bilangan pisahan ( Tiap )
Dari segi penulisan
Tiap – salah
Setiap-tiap – salah
Tiap-tiap – betul
Setiap – betul

- tak boleh diletakkan penjodoh bilangan jika membilang kata nama


Setiap orang murid - X
Tiap-tiap orang pelawak.. - X
Setiap buah kereta - X
Kata nama tidak boleh digandakan apabila gunakan perkataan setiap
- Setiap rumah-rumah sewa itu… - X
- Setiap pegawai-pegawai … X

salah betul
Tiap hari Tiap-tiap hari
Setiap orang petugas Setiap petugas
Setiap pelajar-pelajar Setiap pelajar
Tiap orang guru-guru Tiap-tiap guru
Kakak mengirimkan wang tiap bulan……
Setiap kata-kata orang tua …..
Tiap minggu , kami pulang….

Tip 10 : kata berbagai-bagai ( Pelbagai )


1. Penulisan yang salah
– berbagai barang .. - X
- Pelbagai-bagai barang - X
- Berbagai-berbagai barang - /
2. Kata nama selepasnya tidak boleh digandakan (jamak)

salah betul
Berbagai jenis barang Berbagai-bagai jenis barang /
pelbagai jenis barang

5
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

pelbagai jenis lauk-pauk Pelbagai jenis lauk /


lauk-pauk
Berbagai-bagai jenis kuih-muih Berbagai-bagai jenis kuih /
kuih-muih
Berbagai-bagai jenis kayu-kayan Berbagai-bagai jenis kayu/
PELBAGAI JENIS KAYU
Berbagai jenis sayur-mayur
Pelbagai jenis tanah-tanih
Pelbagai ragam-ragam manusia….

Tip 11 : perkataan setengah ….


Salah dari segi penulisan
Setengah – betul (utk barangan)
Berbeza dengan sesetengah (orang)
Sesetengah = (setengah-setengah)
salah betul
Setengah orang Sesetengah orang
Setengah-setengah orang
Sesetengah orang pelajar Sesetengah pelajar
Setengah-tengah pelajar Setengah-setengah pelajar/
sesetengah pelajar
Setengah guru suka akan ……
Sesetengah orang petugas pilihan raya ….
Sesetengah jurutera-jurutera….
Setengah pemandu-pemandu bas
ekspres ..

Tip 12 : Perkataan sesetengah …


Sesetengah – tak boleh digandakan kata nama selepasnya (jamak)

salah betul
Sesetengah murid-murid Sesetengah murid
Setengah-tengah pelakon-pelakon Sesetengah pelakon
Setengah-setengah penulis-penulis lirik ..
Sesetengah pendakwah-pendakwah…
Sesetengah peguam-peguam…..
Sesetengah penyelidik-penyelidik ….
Setengah pengawas-pengawas
peperiksaan…

Tip 13 : Perkataan para

6
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

1. Penulisan
Para-para ( rak ) – salah
Para ( semua ) -- betul
2. Penjodoh bilangan
para orang pelajar – para pelajar
3. Kata nama selepasnya tidak boleh digandakan (jamak)
Para pelajar-pelajar - X
Para pelajar /

salah betul
Para guru-guru Para guru
Para-para murid Para murid
Para orang peniaga Para peniaga
Para juruterbang-juruterbang Para juruterbang
Para murid-murid
Para penghantar -penghantar makanan….
Para -para pendakwa kes…..

LATIHAN KATA BILANGAN


A. Pilih kata bilangan yang sesuai dari kurungan untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1 Bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi ( pelbagai , berbagai) langkah


telah dilakukan oleh kerajaan agar ekonomi negara ini pulih seperti sedia kala.

2 Kamus tribahasa yang baru diterbitkan itu sesuai digunakan oleh ( segenap,
segala ) lapisan masyarakat.

3 ( Semua, Beberapa) hartanya musnah akibat banjir yang melanda kampung itu
semalam.

4 Para pekerja syarikat itu hanya bekerja ( setengah, sesetengah ) hari pada
hari ini.

5 ( Kedua, Kedua-dua ) orang pelajar itu terpilih sebagai wakil bagi sekolah ini ke
pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan di
Melaka.
6
Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira ( ketiga, tiga ) kilometer dari sini.
7
( Para , Para-para ) pelajar diseru agar belajar dengan bersungguh-sungguh
demi menjamin masa depan mereka.
8
Haziq memperoleh tempat ( pertama, satu ) dalam pertandingan bercerita di
sekolahnya.
9
( Beberapa, berapa ) orang pegawai polis sedang meronda di kawasan
perumahan itu.
10
( Setiap, Tiap ) hari dia akan menelefon ibu bapanya untuk mengetahui

7
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

perkembangan mereka di kampung.

B. Dalam ayat-ayat berikut mungkian terdapat kesalahan dalam penggunaan kata


bilangannya.Jika ada kesalahan, betulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

1 Berpuluh buah kereta rosak akibat banjir yang melanda bandar itu.

Berpuluh-puluh

2 Dia masih menunggu kepulangan suaminya yang hilang di laut berbulan yang
lalu.

Berbulan-bulan

3 Bagi setengah orang yang berpelajaran tinggi, mereka tidak suka bekerja
sebagai petani.

sesetengah

4 Masa yang diperuntukkan bagi soalan itu hanyalah dua setengah jam sahaja.

Dua jam setengah

5 Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat tahunan tersebut.

Berbagai-bagai / pelbagai

6 Tiap hari dia akan bersarapan bersama dengan keluarganya sebelum ke


sekolah.

Tiap-tiap / setiap

7 Dia amat sayang akan kedua orang anak lelakinya.

Kedua-dua

8 Berbulan lamanya dia menunggu kepulangan anaknya daripada perantauan


namun hingga kini anaknya masih belum pulang.

Berbulan-bulan

9 Terdapat setengah pelajar yang gemar bergentayangan di pusat beli-belah.

sesetengah

10 Para-para guru diseru agar meningkatkan pengetahuan mereka ke arah


melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi.

Para guru

8
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

LATIHAN BERFORMATKAN SOALAN SEBENAR SPM

Baca petikan di bawah dengan teliti, dan senaraikan empat kata bilangan.Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang anda pilih
yang menunjukkan anda fahamkan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau kata nama khas

Obesiti ditakrifkan sebagai kegemukan yang disebabkan oleh lemak yang berlebihan.
Masalah ini telah melanda rakyat Malaysia sejak sekian lama. Obesiti dijangka menjadi
punca kematian kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung. Oleh itu, kita haruslah
mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku kerana mencegah lebih baik daripada
mengubati. Sebahagian daripada masyarakat tidak cakna mengenai obesiti dan enggan
menuruti segala saranan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai gaya hidup sihat.
Sesetengah masyarakat lebih selesa mengamalkan gaya hidup yang diwarisi oleh keluarga
masing-masing.
i. Kedua

Baca petikan di bawah dengan teliti, dan senaraikan empat kata bilangan pecahan
.Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang anda pilih yang menunjukkan anda fahamakan maksud dan penggunaannya.Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas

Baca petikan di bawah dengan teliti, dan senaraikan empat kata bilangan tingkat
.Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang anda pilih yang menunjukkan anda fahamakan maksud dan penggunaannya.Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas

Baca petikan di bawah dengan teliti, dan senaraikan empat kata bilangan pisahan
.Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang anda pilih yang menunjukkan anda fahamakan maksud dan penggunaannya.Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas

9
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

Kata pinjaman
1. Bahasa Arab
2. Bahasa Inggeris – proses, hospital, swasta
3. Sanskrit

Kata kerja pasif.


Kata kerja pasif diri pertama dan kedua

Contoh:
1. Meja itu disusun oleh saya
Saya, aku, patik, beta, hamba, kami, kita (KGND1)
Meja itu saya susun.

2. Meja itu saya akan susun.


Meja itu akan saya susun.

3. Pokok itu ditebang oleh awak?


Pokok itu awak tebang?
Awak, kamu, anda, engkau, kalian, tuanku, tuan hamba, tuan, puan, saudara, saudari,
encik, cik (KGND2)

Kata kerja pasif diri ketiga


Mereka, beliau, dia, Baginda, Puan Aminah, guru itu, Si Comel, pangkat
(ibu,bapa,datuk,nenek) (KGND3)

1. Tarian zapin itu mereka persembahkan.


Tarian zapin itu dipersembahkan oleh mereka.
Tarian zapin itu dipersembahkan mereka.

10
BIMBINGAN TUTOR OLEH CIKGU ABD. RAHMAN BIN NGAH – 012 – 725 7842

11

Anda mungkin juga menyukai