Anda di halaman 1dari 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Semester 1 Tahun 1

SOALAN LATIHAN UJIAN: NOVEMBER 2022

SOALAN STRUKTUR

Jawab semua soalan.

1.

Berdasarkan konsep tiga dimensi utama dalam Pendidikan Kewargenegaraan


Global, bincangkan bagaimana warga dunia dididik berfikiran kritis dan inovatif,
bertanggunjawab, rasional dalam mendepani sesuatu masalah global.
[10 markah]

2. Bincangkan bagaimana Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG) dapat


membantu menangani isu alam sekitar. Apakah Langkah-langkah yang dilakukan?
[10 markah]

3. UNESCO menegaskan kepentingan Pendidikan Kewarganegaraan Global (PKG)


yang dapat melengkapkan pelajar dengan jati diri, nilai, kemahiran, pengetahuan dan
pemikiran global yang terhasil dari rasa hormat terhadap hak manusia, keprihatinan
terhadap isu global, kesaksamaan dan kesamarataan terhadap sosial serta rasa
kasih sayang terhadap masyarakat berbilang budaya. Ban Kimoon, Setiausaha Am
UN, dalam laporan PKG, menegaskan bahawa pendidikan dapat menyatukan
masyarakat menerusi pemahaman bahawa kita terikat antara satu sama lain sebagai
warga global dan memiliki cabaran yang saling berkait.
Berkesankah PKG diterapkan dalam kurikulum? berikan justifikasi anda.
[10 markah]
4. Bincangkan bagaimana seseorang guru boleh berperanan melahirkan warganegara
global yang bertanggunjawab dan aktif diperingkat global agar dunia ini lebih aman
dan saling bertoleransi.

[10 markah]

SOALAN ESEI

5. Salah satu usaha KPM meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti
adalah melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Bincangkan bagaimana
peranan guru meningkatkan kemenjadian murid melalui Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25).

[20 markah]

6. Melalui Pentaksiran Bilik Darjah, guru boleh meningkatkan pengetahuan dan


kemahiran murid melalui kemahiran berfikir aras tinggi. Guru boleh mendapatkan
maklumat pembelajaran, pemikiran dan membantu murid berfikir kehadapan (Black
& William, 1998).
Apakah justifikasi anda terhadap kelebihan berkaitan eplaksanaan Pentaskiran Bilik
Darjah. Bincangkan.

[20 markah]

Anda mungkin juga menyukai