Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL M12

NUR AIDA FATIHA BT ZAKARIA (RBTSM) 960725036036

"Sekiranya pelajar hari ini mahu bersaing dalam masyarakat


global, mereka mesti mahir berkomunikasi, mahir dalam
mencipta, kritis pemikiran dan mahir dalam kolaborasi. Mereka
memerlukan kemahiran Abad ke-21 untuk berkembang sebagai
seorang pemikir, penyelesai masalah, dan pemimpin.
Sumber: National Education Association (NEA), Oktober 30, 2019

Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru


bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu,
memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak
mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang,
mengendalikan bengkel dan sebagainya.

Bincangkan peranan guru dalam mempraktikan Pembelajaran Bermakna (6C)


dalam bilik darjah untuk memastikan kemanjadian murid menghadapi keperluan
global.
Pembelajaran bermakna ialah satu proses pembelajaran bagi murid supaya mereka memahami
apa yang dipelajari sehingga ia mencapai objektif. Pembelajaran bermakna 6C dalam bilik darjah
melibatkan beberapa kemahiran seperti pemikiran kritis, kreatif, kolabrasi, komunikasi,
perwatakan dan kenegaraan.
Untuk memastikan kemanjadian murid menghadapi keperluan global, guru mestilah mahir dalam
penggunaan teknologi supaya segala maklumat yang hendak diajar sampai kepada murid.
Dengan usaha ini ia dapat melahirkan murid yang berfikiran lebih kritis. Sumber yang meluas
merujuk kepada maklumat yang diperoleh oleh murid-murid. Pemikiran krits yang berkesan boleh
terhasil sekiranya guru tidak mengehadkan idea dan pendapat murid-muridnya. Guru juga perlu
memberi galakan kepada murid-murid lain untuk membehas idea tersebut supaya mereka dapat
menjana pelbagai pandangan dan pengetahuan. Oleh yang demikian, elemen pemikiran kritis
berjaya diterapkan dalam diri murid-murid melalui PDP yang dilaksanakan oleh guru.
Seterusnya, Kolaboratif dalam dunia pendidikan pula adalah kerjasama yang wujud antara guru
dan murid atau murid dan murid di mana ia melibatkan pertukaran idea, dapat atau pengetahuan
antara murid-murid. Bagi elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran muridnya. Melalui
kolaborasi, guru boleh menerapkan beberapa nilai positif dalam diri murid itu sendiri, seperti
bertanggungjawab terhadap tugasan dalam kumpulan, penglibatan aktif atau seimbang, bersikap
terbuka untuk menerima idea dan indangan rakan-rakan lain sera mengeratkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan mereka. Jadi, guru adalah insan yang paling sesuai untuk
melakukan sesuatu perkara alam memancing emosi dan perhatian murid-muridnya.
Guru haruslah memainkan peranannya sebagai fasilitator kepada muridnya dengan memantau
cara penyampaian murid-muridnya supaya pembelajaran yang berkesan serta dapat
memberikan maklumat yang berkualiti kepada murid lain. Sebagai contoh, guru ingin
mewujudkan komunikasi dua hala dalam kalangan murid-muridnya melalui pembentangan
mengenai tajuk yang diberi dan meminta murid- murid untuk berbincang di dalam kumpulan
masing-masing sebelum memulakan pembentangan di hadapan kelas.
Watak adalah ditakrifkan sebagai tingkah laku yang baik. Dalam dunia pendidikan, elemen ini
amat penting untuk diterapkan dalam diri murid-murid supaya ia dapat membentuk jati diri yang
tinggi. Guru merupakan insan paling rapat dengan murid ketika mereka berada di sekolah. Oleh
itu, guru seharusnya berusaha untuk menerapkan nilai-nilai yang positif dalam diri murid-murid
semasa pembelajaran berlangsung. Jika mereka memahami nilai murni tersebut, guru perlu
melihat pula dari segi kelakuannya. Di sini, guru memainkan peranan yang amat penting dalam
mendidik murid-murid untuk sentiasa berkelakuan sopan.
Akhir sekali, kewarganegaraan merujuk kepada sikap patriotism dalam diri iaitu cinta akan
negara dan mempunyai identiti nasional. Prinsip kewarganegaraan pula adalah berfikir seperti
warga global, mengingati isu-isu global berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-
nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, dan dengan minat serta keupayaan yang asli untuk
menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit dan mampu memberi kesan kepada manusia
dan alam sekitar.
Kesimpulannya konsep 6C ini amat sesuai dilaksanakan kerana murid-murid akan dilatih untuk
memiliki kemahiran yang boleh digunakan pada masa akan datang. Selain itu ia member banyak
kesan yang positif dalam diri murid itu sendiri, sekolah dan juga negara, seiring dengan hasrat
untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang bertaraf dunia.

Anda mungkin juga menyukai