Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS ARTIKEL JURNAL

1.0 Pengenalan
Artikel yang dipilih adalah bertajuk “Peranan Komitmen Organisasi sebagai Pengantara dalam
Hubungan di antara Kepimpinan Transformasi dan Tingkah Laku Kewargaan Organisasi”.
Penyelidik artikel ini ialah Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mila Juliawati dan Nurul-Azza
Abdullah. Nama jurnal arikel ini pula adalah Akademika dan diterbitkan pada Julai 2021.
Artikel ini membincangkan sebuah penyelidikan ke atas 143 orang responden di Kementerian
Kewangan Malaysia dengan mengunakan kaedah persampelan iaitu reka bentuk survei melalui
penggumpulan data menggunakan kaedah soal selidik.

Di samping itu, bagi mengukur persepsi amalan kepimpinan transformasi, affective and
normative penyelidik mengunakan Multifactor Leadership Questionnaire. Manakala bagi
mengukur komitmen organisasi dan mengukur tingkah laku kewargaan organisasi masing-
masing menggunakan Continuance Commitment Scale dan Organizational Citizenship
Behavior Scale. Dalam kajian ini penyelidik menganalisis data yang dikumpul menggunakan
regresi linear dan korelasi Pearson. Hasil daripada analisis, penyelidik mendapati kepimpinan
transformasi, komitmen organisasi dan tingkah laku kewargaan mempunyai hubungan yang
rapat dalam sesebuah organisasi.

2.0 Isu
Setelah meneliti artikel ini, kami mendapati beberapa isu telah diketengahkan oleh penyelidik.
Antara isu tersebut ialah terdapat hubungan yang rapat dan saling mempengaruhi antara satu
sama lain di antara kepimpinan transformasi, komitmen organisasi serta tingkah laku
kewargaan. Ketiga-tiga elemen ini saling memberi kesan antara satu sama lain di dalam
sesebuah organisasi. Selain itu, isu lain yang diketengahkan oleh penyelidik di dalam artikel
ini juga ialah komitmen organisasi dipengaruhi oleh kepimpinan transformasi. Pemimpin yang
mempunyai sifat kepimpinan transformasi di dalam sesebuah organisasi ialah pemimpin yang
sentiasa membuat perubahan visi dan arah tuju organisasi berdasarkan perubahan persekitaran
yang menginginkan perubahan untuk memastikan matlamat dapat di capai.

Kepentingan komitmen organisasi memberi pengaruh terhadap tingkah laku warga dalam
organisasi adalah salah satu isu yang diutarakan di dalam artikel ini. Komitmen organisasi di

1
mana organisasi memberi tumpuan kepada keperluan warganya akan mendorong pekerja di
dalam organisasi tersebut berusaha untuk memenuhi objektif dan matlamat organisasi.
Seterusnya isu peranan komitmen organisasi sebagai medium bagi kepimpinan tranformasi
dengan tingkah laku kewargaan juga dibincangkan di dalam artikel ini. Sebagai organisasi
memainkan peranan dalam memastikan kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan
sentiasa selari dan tidak dikawal.

3.0 Tujuan Kajian


Artikel yang dikaji oleh penyelidik mempunyai tujuan tersendiri iaitu penyelidik ingin
meneroka sejauh manakah komitmen organisasi berperanan dalam mempengaruhi hubungan
di antara kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Penyelidik
menggunakan pendekatan soal selidik multifactor di mana di dalam soal selidik diberikan
soalan berkaitan gaya kepimpinan transformasi. Di dalam gaya kepimpinan ini terbahagi
kepada tiga iaitu kepimpinan transformasi, kepimpinan laissez-faire, kepimpinan transaksi
serta penghasilan kepimpinan. Di dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik hanya
memfokuskan gaya kepimpinan transformasi. Seterusnya dalam gaya kepimpinan transformasi
ini terbahagi kepada empat persepektif utama merangkumi motivasi berinspirasi, stimulasi
intelektual, pengaruh idealistik serta pertimbangan individu. Selain itu, penyelidik juga ingin
mengkaji hubungkait di antara kepimpinan transformasi dan kewargaan organisasi. Penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik yang mana mengetengahkan tiga jenis komitmen organisasi
iaitu normatif, afektif dan berterusan.

Di dalam kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti komitmen afektif dalam warga organisasi
terhadap organisasi dengan mengukur emosi pekerja dan kenalpasti penglibatan pekerja dalam
organisasi. Manakala, komitmen normatif pula dapat dikenalpasti apabila pekerja tersebut
berasa tanggungjawab terhadap organisasi di mana dia bekerja. Komitmen berterusan pula
situasi apabila pekerja dapat mengaitkan kos yang akan dihadapinya apabila meninggalkan
organisasi. Ketiga-tiga komitmen organisasi menggunakan pendekatan soal selidik secara
Affective, Normative and Continuance Commitment Scale. Di samping itu, dalam artikel ini
juga penyelidik ingin meneroka implikasi kepimpinan transformasi terhadap komitmen
organisasi serta kepuasan pekerja. Di dalam kajian ini penyelidik dapat menilai tingkah laku
kewargaan organisasi melalui pendekatan soal selidik Organizational Citizenship Behavior

2
Scale yang terbahagi kepada lima dimensi iaitu altruisme, kesopanan, setiakawan, kehematan
dan kemurnian sivik.

4.0 Sumbangan Artikel


Artikel ini dapat memberi sumbangan terhadap bidang pekerjaan di Malaysia hal ini kerana
tingkah laku kewargaan adalah elemen yang penting dalam sesebuah organisasi. Selain itu,
artikel ini juga mewujudkan kepentingan hubungan tidak formal dalam organisasi meskipun
bukan secara bertulis. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik memberi sumbangan di mana
organisasi dapat memahami bahawa kajian ini dapat diaplikasikan dalam mengenalpasti
perkaitan antara kepuasan pekerja, kepimpinan transformasi, komitmen organisasi serta
tingkah laku kewargaan dalam organisasi.

Di dalam kajian ini juga penyelidik membuktikan bahawa kepuasan pekerja, kepimpinan
transformasi serta komitmen organisasi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
tingkah laku kewargaan dalam organisasi. Di samping itu kajian yang dijalankan oleh
penyelidik mampu membuka ruang kepada pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi
untuk mencari inisiatif bagi meningkatkan tingkah laku yang mendorong pembangunan dari
segi sumber manusia. Justeru itu, organisasi dapat melahirkan pekerja yang tinggi modal insan
dan berdaya saing dalam organisasi atau pun diluar daripada organisasi secara khususnya dapat
mencapai matlamat dan objektif organisasi tersebut.

5.0 Kritikan
Kami mempunyai beberapa kritikan sejurus mengamati artikel ini. Antara kritikan kami adalah
komitmen organisasi memainkan peranan penting sebagai medium di dalam hubungan di
antara kepimpinan transformasi dan tingkah laku kewargaan di dalam organisasi. Hal ini kerana
menurut Yu Bo (2013) dan Atmojo (2012) di dalam kajian mereka menyatakan bahawa
pengaruh daripada kepimpinan transformasi secara langsung telah memberi kepentingan
terhadap komitmen organisasi. Selain itu, apabila pemimpin memberikan memberikan layanan
yang baik mampu memberi rasa bangga dan kepercayaan kepada pekerja hal ini sekaligus dapat
memotivasikan untuk memberikan komitmen yang penuh kepada organisasi di mana mereka

3
bekerja. Justeru itu, pemimpin dan pekerja memainkan peranan yang penting untuk
memastikan organisasi dapat mencapai matlamat mereka.

Di samping itu sebagai seorang pemimpin perlu mempunyai sifat-sifat kepimpinan antaranya
pemimpin yang mempunyai kepimpinan transformasi lebih disenangi dan dihormati oleh
pekerja mereka. Hal ini merujuk kepada Izham et. al (2020) yang menyatakan pemimpin yang
mengamalkan kepimpinan transformasi akan sangat dikagumi, dipercayai dan dihormati. Hal
ini kerana pemimpin tersebut mempunyai matlamat yang mesti dicapai. Sebagai pemimpin
yang mempunyai kepimpinan transformasi akan sentiasa peka dengan persekitaran dan dapat
mengubah hala tuju iaitu visi dan misi organisasi bertepatan dengan matlamat organisasi.

Tambahan kritikan kami terhadap artikel ini di mana sebagai seorang pemimpin seharusnya
dapat mempengaruhi pekerja di dalam organisasi. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang
dilaksanakan oleh Widyarini (2007), Li dan Hung (2009) di mana mereka bersepakat
mengatakan pemimpin yang mempunyai kepimpinan transformasi dapat mempengaruhi
tingkah laku kewargaan organisasi. Hal ini merujuk kepada apabila semakin tinggi kepimpinan
transformasi seorang pemimpin semakin tinggi hasil tahap tingkah laku kewargaan organisasi.
Pemimpin yang sentiasa bersedia terhadap apa jua perubahan akan menjadikan warga dalam
organisasi sentiasa dipengaruhi untuk sentiasa menjaga tingkah laku yang dapat mencapai
kejayaan organisasi tersebut.

Kajian ini dijalankan secara atas talian dan menjadi kekangan di mana sukar untuk mendapat
kerjasama daripada responden dan secara tidak langsung akan menyebabkan kajian kurang
menepati apa yang dikehendaki oleh penyelidik. Hal ini mungkin disebabkan oleh kekangan
pandemik Covid 19 yang sedang melanda dunia. Oleh itu, pada masa akan datang penyelidik
seharusnya menjalankan survei soal selidik secara bersemuka untuk mendapat dapatan kajian
yang lebih tepat dan menepati objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

4
6.0 Rujukan

Atmojo, M. (2012). The influence of transformational leadership on job satisfaction


organizational commitment and emlpoyee performance. International Research
Journal of Business Studies, 5(2): 113-128.

Li, C., & Hung, C. (2009). The influence of transformational leadership on workplace
relationships and job performance. Social Behaviour and Personality: An
International Journal, 37: 1129-1142.

Mohd Izham Mohd Hamzah, Nor Azlin Ibrahim, & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2020).
Kepimpinan Transformasional: Hubungan serta Peramal kepada Amalan Komuniti
Pembelajaran Profesional . Akademika, 90(3): 1-16.

Syahril, N., & Widyarini, N. (2007). Kepribadian kepimpinan transformasional dan perilaku
kewargaorganisasian . Jurnal Psikologi, 1(1): 0- 46.

Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mila Juliawati, & Nurul-Azza Abdullah. (2021). Peranan
komimen organisasi sebagai pengantara dalam hubungan di antara kepimpinan
transformasi dan tingkah laku kewargaan organisasi. Ademika, 91(2): 33-47.

Yu Bo. (2013). The influence study of transformational leadership in university of teachers'


organizational commitment: The construction and verification of a theoritical model.
Canadian Social Study, 9(4):126-137 .

Anda mungkin juga menyukai