Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 59 SK BUKIT BALAI


BIL ACARA SKRIP CATATAN
1 Aluan Assalamualaikum w.b.t.h.. Salam Sejahtera, salam Perak Excellent, Salam 1
Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Yang Dihormati, En. Othman bin Said, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Bukit Balai,

Yang Berusaha, Tuan Guru Besar SK Bukit Balai, Encik Fauzi bin Mohd Noor

En. Mohd Yasin b. Mohd Fadzir, Penolong.Kanan Pentadbiran,

En. Mohd Akhir b. Mohd Jaafar, P. Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn. Rodziana bt Ibrahim, P.Kanan Ko-Kurikulum selaku Pengerusi Kejohanan


Balapan dan Padang kali ke 59,

Ajk-ajk PIBG,

guru-guru, para waris, warga kerja dan seterusnya murid-murid SK Bukit Balai
yang dikasihi sekalian.

2 Aluan 2 Selamat Datang / ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 59 / SK Bukit Balai


bagi Tahun 2016.

Terlebih dahulu / marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur / ke


hadrat Ilahi / kerana dengan limpah dan kurniaNya / dapat kita bersama-sama
sekali lagi / pada hari yang gilang gemilang ini / untuk menjayakan /
kejohanan sukan tahunan kali ke 59.

1
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi / ucapan terima kasih kepada tetamu


kehormat kita, En. Othman bin Said, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
Bukit Balai, / kerana sudi hadir / dalam majlis kita pada hari ini.

Rakaman jutaan terima kasih juga diucapkan / atas kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan / wakil-wakil PIBG dan para waris / yang turut hadir / bagi
menyerikan lagi kejohanan / pada tahun ini.

Pada kejohanan ini / kita akan menyaksikan kehebatan pertarungan / dan


semangat juang yang tinggi / antara rumah-rumah sukan / yang mengambil
bahagian / selain mempertaruhkan kreativiti dan kemahiran masing-masing /
dalam pertandingan perarakan kontingen rumah sukan.
3 Perarakan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
kontigen – Lintas
Hormat Majlis akan dimulakan / dengan perarakan kontigen rumah sukan / sebagai
pembukaan rasmi kejohanan.

Bagi menyempurnakan acara ini / Majlis menjemput / Tuan Guru Besar SK


Bukit Balai / Encik Fauzi bin Mohd Noor / untuk mempersila dan mengiringi
En. Othman bin Said, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Balai,
untuk menerima lintas hormat / daripada kontingen-kontingen yang
mengambil bahagian / Dengan segala hormatnya / dipersilakan.

4 Pasukan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang
pengawas diketuai oleh adik Wan Muhammad Khairulannas bin Wan Abd Fatah diiringi
adik Nur Syaima’ bt Mohd Noor.

2
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

5 Rumah Kuning Menyusul di belakang adalah kontigen Rumah Putra (Kuning) iaitu seramai 41
anggota. Kuning Naungan Duli Tuanku.

Kontigen ini diketuai oleh Adik _____________________________

Pasukan Rumah Kuning ini dibimbing oleh


1. Pn. Zalefah bt Mohd Ramli
2. Pn. Sulawati bt Zulkifli
3. Pn. Norhazimah binti Hamzah
4. Pn. Salamiah bt Ibrahim
5. En. Mohd Yusni bin Mohd Bakri, dan
6. En. Mohd Noorifaizal bin Mohd Noor

Pembawa sepanduk ialah Adik Wan Nur Aqilah Amni bt Wan Abdul Fatah
Kontigen ini bernaung di bawah motto “Putra Mengaum”
6 Rumah Merah Seterusnya, kontigen kedua ialah Kontigen Rumah Waja (Merah) dengan
kekuatan 42 orang anggota. Merah membara semangat juara.

Kontigen ini diketuai oleh Adik Muhammad Haikal bin Khairuddinbendera


ialah Adik Muhd Azim b Abdul Raman.
Pasukan Rumah Merah ini dibimbing oleh
1. Cik Ermawati bt Ahmad Senawi
2. Pn. Nor Aziah bt Abdul Karim
3. Pn. Ainon Fauziah bt Baharin
4. Pn. Asmah bt Harun
5. Pn. Rogayah bt Abd. Karim
6. Pn. Rosmah bt Abd. Hamid dan
7. En. Hafizi bin Suhaimi
Pembawa sepanduk ialah / Adik Siti Aisyah Alwani bt Ismail.
Kontigen ini terus mara dengan motto ”Waja Mara Menjadi Juara”
3
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

7 Rumah Hijau Seterusnya, kontigen ketiga yang berarak masuk ialah Pasukan Rumah
Satria yang mengunakan warna hijau sebagai simbol perjuangan seramai 41
orang anggota. Hijau segar sentiasa mekar....

Kontigen ini diketuai oleh Adik Muhammad Danial Khuwarizmi bin Mohd Safri

Pasukan Rumah Hijau ini dibimbing oleh


1. Pn. Muniratul Azlin bt Osman
2. Pn. Norzita bt Ahmad
3. Pn. Nor Haslina bt Ismail
4. Pn. Nur Azzyati bt Che Seman,
5. Pn. Ummi Kalthum bt Mahkama,
6. En. Mohd Aiman bin Mohd Feisal, dan
7. Pn. Anis Suhaidalisa bt Ahmad

Pembawa sepanduk ialah Adik Nur Munirah bt Kamarul Azhar

Kontigen ini terus mara dengan motto mereka ”Mantap, Berentap, Satria,
Juara”

8 Rumah Biru Kontigen ke empat dan terakhir ialah Kontigen Rumah Wira iaitu seramai 38
anggota. Biru berombak pantang berganjak.

Kontigen ini diketuai oleh Adam bin Anuar Idris

Pasukan Rumah Biru ini dibimbing oleh


1. Pn. Ruzaimah bt Mustapa
2. Cik Fatimah bt Ghazali
3. Pn. Norhashimah bt Harun
4. Pn. Ruzita bt Abd. Rahman
5. Pn. Norhazwani bt Azman @ Azaman
6. Pn. Zuraini bt Yosni, dan

4
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

7. En. Muhammad Safwan bin Mohd Noor Azmi

Pembawa sepanduk / ialah Adik Az Zahra bt Abd Rani

”Wira: We fight, We conquer, We win” adalah motto kebanggaan bagi


kontigen ini.

9 Menaikkan Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk
bendera
itu, dipersilakan pembawa-pembawa bendera untuk menyempurnakan
upacara menaikkan bendera kejohanan.

NAIK BENDERA

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Bukit Balai kali ke-
59 bagi tahun 2016.

10 Bacaan doa Hadirin yang dihormati sekalian / untuk memberkati temasya sukan tahunan
ini / majlis dengan rendah hati / menjemput al fadhil ustaz Hafizi bin Suhaimi /
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya /
mempersilakan…

…..doa….

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Hafizi bin Suhaimi. Semoga
dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta
diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

5
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

11 Lagu Negaraku Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu NEGARAKU. Diminta para hadirin
berdiri untuk bersama-sama menyanyikannya.

12 Lafaz Ikrar Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju


ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
diketuai oleh adik Wan Muhammad Khairulannas bin Wan Abd Fatah.
Dipersilakan.

IKRAR

Terima kasih Adik Adik Wan Muhammad Khairulannas. Begitulah tadi /


acara pembacaan ikrar kejohanan / sebagai tanda komitmen / para atlet
dalam kejohanan ini.
.
12 Ucapan Alu-aluan Sudilah tuan jalan berlapan,
GB Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Ucapan aluan pemanis kalam

Tirai ucapan pada pagi ini / dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar SK
Bukit Balai, Encik Fauzi bin Mohd Noor /
Majlis dengan sukacitanya / mempersilakan.

….ucapan GB….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih / kepada Tuan Guru Besar Encik
Fauzi bin Mohd Noor / atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

6
MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN

13 Ucapan Hadirin yang dihormati,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Maka majlis dengan penuh takzimnya / mempersilakan En. Othman bin Said,
YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Balai,
untuk menyampaikan ucaptama / dan seterusnya merasmikan kejohanan
balapan dan padang SK Bukit Balai kali ke 59 bagi tahun 2016.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

…..ucapan Perasmi…

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Bakti ditabur akan kami
kenang.
14 Perarakan keluar Hadirin yang dihormati,
padang
Demikian tadi / selesainya upacara perasmian / Kejohanan balapan dan
padang SK Bukit Balai pada tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak /
yang telah menjayakan majlis perasmian kejohanan sebentar tadi.
Dengan ini, diumumkan perarakan keluar / kontigen rumah sukan.
Dipersilakan.

15 Selesai perarakan Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk
/ pengumuman bersedia kerana acara akan dimulakan sebentar saja lagi.

Anda mungkin juga menyukai