Anda di halaman 1dari 3

NAMA PROGRAM:

Sambutan Hari Guru 2018 Peringkat Sekolah

TARIKH:
16/05/2018

TEMPAT:
Dewan Sekolah SKBB

PERASMI:
Tuan Haji Mohd Tajol Aurus bin Idris, Tuan Guru Besar SK Bukit Balai

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Menghargai jasa guru mendidik selama ini.
2. Meningkatkan profesionalisme keguruan
3. Memberi penghargaan kepada guru-guru atas sumbangan sepanjang berkhidmat.

LAPORAN / CATATAN:
1. Program bermula pada jam 11.00 pagi kerana murid-murid menduduki Peperiksaan
Pertengahan Tahun pada sebelah pagi (sebelum rehat).
2. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu; Negaraku, Lagu Kebesaran Negeri Perak
dan Perak Excellent.
3. Bacaan doa oleh Chairil Mikail bin Ahmad
4. Ucapan wakil murid oleh Ibnu Hamka bin Azizi
5. Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Tajol Aurus bin Idris, Tuan Guru Besar SK
Bukit Balai
6. Pembacaan perutusan oleh Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar (Penolong Kanan
Pentadbiran).
7. Bacaan ikrar diketuai oleh Encik Mohd Anwar bin Ahmad (Penolong Kanan
Kokurikulum)
8. Guru-guru menyanyikan lagu tema Hari Guru “Kami Guru Malaysia”, “Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan” dan “Biarku Menjadi Lilin”
9. Persembahan guru dan murid.
10. Majlis penyampaian hadiah.
11. Program berakhir pada jam 1.15 tengahari.

BROSUR / BUKU PROGRAM:


Seperti lampiran
GAMBAR PROGRAM:
Seperti lampiran

KELEMAHAN PROGRAM
1. Tiada senarai ahli jawatankuasa majlis menyebabkan tidak semua guru terlibat
untuk menjadi ahli jawatankuasa.
2. Pada awalnya majlis sambutan dirancang pada selepas rehat dan setelah selesai
murid menduduki peperiksaan. Tetapi majlis telah ditukar pada selepas rehat dan
menyebabkan murid-murid tidak bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan
kerana teruja untuk menyambut Hari Guru.

KEKUATAN PROGRAM
1. Kerjasama dan komitmen guru-guru melancarkan perjalanan program meskipun
tanpa ahli jawatankuasa disediakan untuk menyelaras perjalanan program.
2. Guru Besar yang memainkan peranan utama menjadi pendokong kekuatan program
dan kelancaran perjalanan program.
3. Sambutan yang menggalakkan dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan murid
murid.
4. Guru-guru yang berpengalaman serta murid-murid yang sentiasa bersedia telah
berjaya menghidupkan perjalanan persembahan pada sambutan hari guru 2018.

PENUTUP
Program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 SKBB telah Berjaya dilaksanakan
dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada semua semua yang terlibat secara langsung
dan tidang langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu
mengeratkan perhubungan dan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu
dari semua pihak.

DILAPORKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:

Anis Suhaidalisa binti Ahmad


Guru Penyelaras Bestari
SK Bukit Balai
GAMBAR-GAMBAR SAMBUTAN HARI GURU 2018

Anda mungkin juga menyukai