Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

MESYUARAT AGONG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SKBB


12 FEBRUARI 2014

DISEDIAKAN OLEH:
ANIS LISA

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014

BIL

PERISTIWA
Pengumuman

TEKS/SKRIP
(jika beliau sampai awal) Mengumumkan ketibaan Yang

PENGACARA

Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru Besar SK
Bukit Balai ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Persatuan Ibu
Bapa dan Guru kali ke ___ 2014.
Lafaz Bismillah pembuka bicara,
1.

Salutation

Salam dihulur mohon sejahtera.


Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
1.

Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan


Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai.

2.

Yang Berusaha, Puan Nor Hashimah bt Othman, Guru Besar


Sek. Keb. Bukit Balai merangkap penasihat Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai

3. Yang berbahagia, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan


Guru Sek. Keb. Bukit Balai; Encik Hassan bin Saadan.
2

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


4. Yang dihormati, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sek. Keb. Bukit Balai _______________________
Serta kepimpinan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SKBB
5. Barisan guru penolong kanan, guru-guru SKBB.
6. Ibu bapa dan penjaga dan seterusnya
7. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian..
2

Kata-kata aluan

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada petang ini,
bagi menjayakan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sek. Keb. Bukit Balai kali ke _____ bagi tahun 2014. Semoga
majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan
membawa makna kepada kita semua.
Tidak lupa menzahirkan rasa bangga kepada semua ibu bapa yang
berkesempatan hadir pada hari ini. Pastinya pertemuan pada hari

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


ini bertujuan bertukar pandangan dan pemikiran membina ke arah
membantu pihak sekolah dalam meningkatkan potensi anak-anak
kita dalam bidang akademik, ko kurikulum mahupun sahsiah murid.
Untuk makluman hadirin sekalian, selain daripada pihak sekolah
melaksanakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu dan Guru, majlis
juga akan menyempurnakan pemberian bantuan khas awal
persekolahan 1malaysia.
3

Bacaan doa

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan


kehambaan dengan penuh keinsafan , semoga Allah melimpahkan
rahmat dan hidayahnya untuk kelancaran majlis ini. Untuk itu majlis
mempersilakan al-fadhil Ustaz Bajuri bin __________ bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas
bacaan doa itu tadi.

Ucapan YDP

Bukan keris tanpa ulunya,


Bukan majlis tanpa ucapannya.
4

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


Sidang Hadirin yang dimuliakan,
Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
berbahagia, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek.
Keb. Bukit Balai; Encik Hassan bin Saadan.
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
[ucapan YDP]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Encik Hassan bin Saadan atas ucapan itu tadi.
Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar dan hadirin yang dimuliakan...
5

Ucapan GB
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang
Berusaha Puan Nor Hashimah bt Othman, Guru Besar Sek. Keb.
Bukit Balai merangkap penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sek. Keb. Bukit Balai untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...
[ucapan GB]
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Nor

Perasmian

Hashimah bt Othman atas ucapan yang diberikan.


Hadirin yang dimuliakan..
Seterusnya majlis dengan sukacita dan penuh takzim
mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa,

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


Mantan Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai bagi menyampaikan
ucapan dan seterusya menyempurnakan perasmian Mesyuarat
Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke
____ 2014.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....
[ucapan Cikgu Mokhtar]
Bunga Selasih Di Jambangan Puan,
Harum Melati Penyeri Intan
Terima Kasih Ucapan Tuan
Kekal Bersemi Dalam Ingatan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa
kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
7

Cenderamata

majlis pada hari ini.


Hadirin yang dimuliakan sekalian,
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan ini mempersilakan
Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. Bukit Balai diiringi Puan Nor
6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


Hashimah bt Othman, Guru Besar Sek. Keb. Bukit Balai untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada
Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru
Besar Sek. Keb. Bukit Balai. Majlis dengan takzim
mempersilakan.....
Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar menerima cenderamata
daripada pihak sekolah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan
dan puan menyempurnakan penyampaian cenderamata itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan sekalian,
8

Penutup Majlis
Perasmian

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Persatuan


Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai kali ke ___ 2013.
Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Yang Berusaha
Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, Mantan Guru Besar Sek. Keb.
Bukit Balai dan para hadirin sekalian atas kesudian menghadiri
majlis pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi.

MESYUARAT

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


10

Cabutan bertuah

Majlis diteruskan pada petang ini dengan acara yang ditunggutunggu iaitu acara cabutan bertuah. Untuk itu, dipersilakan

11

Penutup

____________________________ untuk menyempurnakan acara.


Madah Di Ungkap Santun Bicara,
Pantun Di Lantun Mengusik Hati
Salah Dan Silap Tutur Bicara
Pohon Di Ampun Seikhlas Hati
Kain Yang Carik Cuma Dihujung
Dibuat Alas Mengelap Kendi
Budi Yang Baik Tetap Dijunjung
Tahun Hadapan Berjumpa Lagi
Sekalung penghargaan semua yang sudi bersama-sama
menjayakan acara ini samada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung pada petang ini. Semoga kita berjumpa lagi
Hadirin semua dijemput ke ______________________ untuk
menikmati jamuan yang disediakan.
8

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SKBB 2014


Sekian.wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum..

Anda mungkin juga menyukai