Anda di halaman 1dari 3

Teks Juruacara :

Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk
menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta
bersedia.

( lagu dimainkan PA System )

1. KATA ALU-ALUAN.

Yang Berusaha,
En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,

Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,


Encik Mohd Yasin bin Mohd Fadzir Penolong Kanan Pentadbiran.
Encik Mohd Akhir bin Mohd Jaafar Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Puan Rodziana binti Ibrahim - Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru, Barisan Kepimpinan Pengawas dan


seterusnya putera dan puteri yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Perak Excellent

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan
58 Tahun Sehati Sejiwa.
Malaysia merdeka penuh keamanan.

Selamat datang ke Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SK Bukit Balai 2015. Sama-samalah
kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan
penuh kedamaian dan keamanan. Sesungguhnya dengan bertemakan Sehati Sejiwa,
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini
dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar
dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

2. DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

1
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Hafizi bin Suhaimi
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

DOA

Terima kasih kepada Ustaz Hafizi bin Suhaimi atas bacaan doa sebentar tadi.

3. NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

Hadirin yang dihormati,

Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang gemilang ini, marilah kita sama-sama
menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang dan Sehati
Sejiwa.

Terima kasih kepada semua atas nyanyian lagu patriotik. Kita sebenarnya terhutang budi
kepada tokoh-tokoh kemerdekaan yg telah menempuh pahit getir untuk membebaskan
negara daripada belenggu penjajah. Kemerdekaan yg dikecapi mesti dipelihara dan
dipertahankan.

4. UCAPAN GB

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,


Musuh datang habis dibasmi,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , En. Fauzi bin Mohd Noor
Tuan Guru Besar SK Bukit Balai,

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari


Kemerdekaan yang ke 58 bagi tahun 2015. Dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi.

5. PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih kepada ______________________ atas pengendalian pertandingan kuiz


itu tadi. Kini tibalah saat yang dinanti2kan oleh semua murid. Majlis menjemput
____________________________ diiringi oleh
____________________________ untuk menyampikan hadiah kepada para
pemenang.

2
(Rujuk AJK HADIAH)

6. NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK

Hadirin yang dihormati,

Pujangga Melayu berbicara,


Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya

Mengakhiri majlis kita, pada pagi yang gemilang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan
rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia
dan Malaysiaku Berdaulat

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai