Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati, _____ (Guru Penolong Kanan Pentabdiran)

_______ (Guru Penolong Kanan HEM)


_______ (Guru PEnolong Kanan Kokurikulum)
_______ (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)
Guru-guru,
Serta anak murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada Guru
Perpustakaan dan Media dan Guru Penyelaras Bestari atas pelancaran pembugaran
Program Nilam dan Frog VLE di peringkat sekolah ini.

NILAM merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca’ merupakan salah satu
program Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini wajib dilaksanakan di semua
sekolah mengikut surat pekeliling iktisas bil 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Hasrat,
niat serta matlamatnya begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan amalan
membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan melahirkan murid-
murid yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Dalam Program Nilam, pelajar hanya perlu membaca sebanyak mungkin buku - buku
dalam sebarang genre dan sebarang bahasa asalkan menambahkan pengetahuan ,
sebelum membuat catatan ringkas di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru
akan memastikan bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar.
Buku rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di pejabat sekolah dengan
harga RM 2.00 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh diperoleh pelajar dari
perpustakaan sekolah atau kedai - kedai buku. Buku - buku yang dibaca boleh terdiri
daripada buku ilmiah, fiksyen, atau bukan fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang
bersifat picisan tidak diambil kira. Nilam yang ditambah baik.

1
Kaji selidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2016 menunjukkan rakyat
Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku setahun. Rakyat Jepun dan
Perancis membaca 15 buku, manakala rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan
dengan 17 buku.
Kurangnya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sememangnya
membimbangkan. Ini kerana kini lebih menjerumus ke arah hiburan berasaskan
digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di
waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan
harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan
kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.

Sesungguhnya menerusi pembacaan kita dapat mendekati dunia luar dan menerokai
dunia tanpa sempadan ini. Buku-buku atau ensiklopedia dapat membuka ruang
lingkup kita kepada ilmu yang lebih luas melampaui ilmu yang terkandung dalam
buku-buku sekolah atau buku-buku teks. Sesungguhnya juga, untuk mendapatkan
maklumat dan informasi, bukan hanya buku yang menjadi sumbernya. Surat khabar,
majalah, buletin berkala, jurnal, novel dan kemudahan internet yang dapat menjadi
sumber rujukan buat para pelajar yang menginginkan fakta-fakta dan maklumat
terkini tentang seseuatu perkara. Pokok pangkalnya seseorang itu harus gigih dan
rajin membaca dan mencari maklumat yang dapat menolongnya menerokai hidup ini
dengan lebih yakin dan selesa dan pada akhirnya murid-murid akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan masing-masing.

Guru-guru & murid-murid yang dikasihi sekalian,


Selain daripada itu juga, semua warga _______ perlulah mempersiapkan diri dengan
ilmu Teknologi Maklumat dalam menyahut cabaran FROG VLE juga.

Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu
sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia

2
sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah
maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak
tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak
markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang
telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan
internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui
Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di
mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Dengan
kata yang lebih mudah, FROG-VLE ini boleh digambarkan sebagai BLOG atau laman
web peribadi yang mana semua murid dan guru akan menggunakan ia sebagai
medium perhubungan untuk berinteraksi, menghantar atau menyemak tugasan,
membuat tempahan, takwim dan kalendar dan sebagainya. Murid-murid juga dapat
bermain permainan sambil mengulangkaji pelajaran di dalam FROG PLAY.

Saya yakin dan percaya, dengan Pembugaran Program Nilam dan FROG VLE ini dapat
menarik minat murid-murid dan para guru untuk bersama-sama menggembleng
tenaga dan usaha dalam memastikan Program Nilam dan FROG VLE dapat mencapai
KPI yang telah ditetapkan. Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya dan Lompatlah Keluar
Ke Alam Baru.

Akhir kata, dengan lafaz Bisssmillahhirrahmanirrahim, saya


Merasmikan pelancaran program Pembugaran Program Nilam dan FROG VLE
peringkat ___________ bagi tahun 2018
Sekian, Wabillahhitaufikwalhidayah, wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarokatuh

Anda mungkin juga menyukai