Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP


Lafaz Bismillah pembuka bicara,
1. Salutation
Salam dihulur mohon sejahtera.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera, salam Perak Excellence dan salam sehati sejiwa.
1. Yang Berusaha, _________, Tuan Guru Besar ____________ merangkap penasihat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru _______________.

2. Yang dihormati, Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ________; Encik
___________.

3. Yang dihormati, Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru _________

4. Yang dihormati, ___________, mantan Guru Besar _________

5. Yang dihormati, _________________


Penghulu Mukim _________________.

6. Yang dihormati, _________________


Ketua Kampung, ________________.

1
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

7. _________, guru penolong kanan pentadbiran SK Bukit Balai


8. ______________, guru penolong kanan hal ehwal murid,
9. ___________, guru penolong kanan kokurikulum,
10. Barisan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru ____________.
11. Barisan guru _________, warga kerja ____________.
12. Ibu bapa dan penjaga dan seterusnya
13. Para hadirin sekalian.
2 Kata-kata
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita bersama-
aluan
sama berkumpul pada petang ini, bagi menjayakan Mesyuarat AGUNG Persatuan Ibu Bapa
dan Guru _______ kali ke ___ bagi tahun 2018. Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah,
penuh cemerlang dan membawa makna kepada kita semua.
3 Bacaan doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan penuh
keinsafan, semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya untuk kelancaran majlis ini.
Untuk itu majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz __________ bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
2
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana
modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting
dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang cemerlang.
4 Ucapan YDP Bukan keris tanpa ulunya. Bukan majlis tanpa ucapannya.

Hadirin yang dimuliakan,


Seterusnya majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang dihormati, Yang diPertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru _____________.
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
[ucapan YDP]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
_____________ atas ucapan itu tadi.

Sidang dewan yang dimuliakan...


5 Ucapan GB
Majlis kita pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang _____________
merangkap penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sek. Keb. Bukit Balai untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan... [ucapan GB]
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada _____________ atas ucapan yang diberikan.
3
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

6
Mesyuarat Hadirin yang dimuliakan sekalian,
PIBG – Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru ________ kali ke
serah
pada _____ bagi tahun 2018. Untuk itu, saya serahkan majlis kepada Yang Dipertua PIBG,
YDP _________ untuk meneruskan acara kita pada hari ini. Dipersilakan.

SELESAI MESYUARAT – UCAPAN PERASMIAN PENUTUP


7 Ucapan Kalau dilipat sebesar kuku
Perasmi
Kalau dibentang seluas alam
an
Penutup Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Sidang dewan yang dimuliakan..


Seterusnya majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan __________ bagi
menyampaikan ucapan dan seterusya menyempurnakan perasmian penutup Mesyuarat
AGUNG Persatuan Ibu Bapa dan Guru ______ kali ke _________.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....
4
[ucapan]
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Bunga Selasih Di Jambangan Puan,


Harum Melati Penyeri Intan
Terima Kasih Ucapan Tuan
Kekal Bersemi Dalam Ingatan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
___________ kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada
hari ini.

Pemberian Seterusnya, majlis dengan penuh suka cita dan berbesar hati memberikan cenderamata
cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan junjungan kasih terhadap Yang Berhormat Dato’.
Dipersilakan.
8 Madah Di Ungkap Santun Bicara,
Pantun Di Lantun Mengusik Hati
Salah Dan Silap Tutur Bicara
Pohon Di Ampun Seikhlas Hati

Kain Yang Carik Cuma Dihujung


Dibuat Alas Mengelap Kendi
Budi Yang Baik Tetap Dijunjung
Tahun Hadapan Berjumpa Lagi
5
TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2018

Sekalung penghargaan semua yang sudi bersama-sama menjayakan acara ini samada yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung pada petang ini. Semoga kita berjumpa lagi…

Hadirin semua dijemput ke kantu untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……..

Anda mungkin juga menyukai