Anda di halaman 1dari 3

KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT)

A. MAKSUD

PANTUN MAKSUD
Burung kekek burung di hutan, Penyajak memberitahu penjual
Terbang naik berlegar-legar; mempelawa pembeli membeli barang
Mari encik marilah tuan, yang baru keluar.
Barang baik baru keluar.
Hari Jumaat pergi memukat, Pembeli memberitahu dia tidak
Orang menangguk ikan di kali; berhajat untuk membeli Cuma datang
Minta maaf belum berhajat, tengok dahulu.
Datang menengok, bukan
membeli.
Empat lima kuda di medan, Penjual memberitahu dia bukanlah
Kuda tengkot ke depan juga; orang yang suka memaksa, dia hanya
Bukan panglima rupanya tuan, menawarkan barang jualan.
Makanya takut masuk berniaga.
Kuda tengkot menang berlumba, Pembeli menyindir penjual yang tidak
Lompat bertangkup keempat kaki; berani untuk membeli dan memerli
Mengapa takut masuk berniaga? pembeli tiada sifat lelaki.
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Penakut sungguh rupanya ikan, Penjual memberitahu pembeli adalah
Umpan di kail lari menepi; seorang yang kedekut untuk membeli
Kedekut sungguh tuan nak makan, walaupun untuk barang yang baik dan
Makanan baik tidak terbeli! berpatutan.
Kalau mengail ikan tenggiri, Pembeli memberitahu kepada penjual
Umpan di taut ikannya bilis; dia seorang yang berjimat-cermat
Makanan baik tidak terbeli, dalam berbelanja.
Sayang takut duitnya habis!
Air hangat air bertapis, Penjual menyindir pembeli yang
Tuangkan saya agak secawan; berkira-kira untuk membeli dan tidak
Sayang sangat duitnya habis, pandai untuk tawar menawar dalam
Kurang tenaga tidak melawan. harga.
Pasang panjut keliling rumah, Pembeli memberitahu secara ikhlas
Bunga api di tengah laman; dia tidak ingin membeli kerana hati
Bukan kedekut, bukannya lemah, belum berkenan
Cuma hati belum berkenan.
Dari Medan ke Sibolga, Penjual memberitahu pembeli bahawa
Padi di Langkat bawa ke Deli; dalam berniaga hati manusia(kasih
Kasih bukan barang berniaga, sayang) sememangnya tidak boleh
Hati tak dapat dijual beli. dijual beli.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
B. TEMA
Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) bertemakan peradaban manusia dalam dunia
perniagaan. Contohnya mereka ada peraturan hidup dalam urusan jual beli.

C. PERSOALAN
1) Sikap bertolak ansur dalam masyarakat. Contohnya; dalam urusan jual beli
penjual dan pembeli saling tawar menawar dengan bermain bahasa, kiasan dan
sindiran.
2) Masyarakat peniaga yang gigih berusaha. Contohnya; Penjual yang sangat
berbakat dalam berkata-kata untuk menarik pembeli memberi barangan yang
mereka jual.
3) Sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat dapat dilihat pada pembeli yang
menyatakan dia hanya datang untuk melihat dan memilih barang dahulu sebelum
membelinya.
4) Sikap ikhlas dan jujur dalam urusan jual beli. Hal ini dapat dilihat apabila penjual
menjual pembeli menolak dengan baik dan sopan, penjual juga ikhlas dan jujur
dalam berkata begitu juga dengan pembeli.
5) Harga diri tidak boleh dijual beli. Nilai harga diri dan kasih sayang diungkapkan
dalam pantun ini untuk meletakkan taraf tertinggi perkara yang sememangnya
bukan mudah dijual beli.
6) Berpendirian. Pembeli adalah orang yang ada pendirianya sendiri dalam membeli
dan memilih barang, walaupun disindir kedekut namun pembeli tidak mudah
tergugat dengan pendiriannya.

D. BENTUK
1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat).
3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris.
4) Puisi ini juga mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris.
5) Rima akhir terikat iaitu abab.

E. GAYA BAHASA
1) Kata ganda – R1B2
2) Personifikasi – R5B1
3) Repetisi – R7B1
4) Sinkope – R9B4
5) Asonansi – R1B1
6) Aliterasi – R1B2

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com
F. NILAI
1) Bertolak ansur. Penjual seorang yang bertolak ansur dengan pembeli contohnya;
penjual menggunakan bahasa sindirian dan mempelawa dengan baik.
2) Kegigihan. Contohya; penjual gigih berusaha untuk mendapatkan keuntungan
dalam urusan jual beli.
3) Kesopanan. Sikap kesopanan dan budi bahasa penjual dan pembeli terserlah
apabila mereka tawar menawar dengan baik dan menggunakan bahasa yang
elok.
4) Keikhlasan. Penjual memberitahu pembeli dia ikhlas dalam melakukan urusan
jual beli.
5) Berjimat-cermat. Pembeli adalah seorang yang berjimat cermat dalam berbelanja
dan membeli.
6) Harga diri. Penjual mengakui bahawa kasih sayang dan harga diri tidak boleh
dijual beli.

G. PENGAJARAN
1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak
ansur dalam urusan jual beli.
2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli
bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik.
3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya
peniaga tidak menipu pembeli
4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual
bersungguh-sungguh untuk menjual ikan yang dijual.
5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat
cermat dalam membeli sesuatu barang.

WADAH KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2019


Telegram : https://t.me/joinchat/GWYICUyt2ngcaVhNEIsHGg Email : izzathakim74@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai