Anda di halaman 1dari 2

Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)

Burung kekek burung di hutan, Penakut sungguh rupanya ikan,


Terbang naik berlegar-legar, Umpan di kail lari menepi,
Mari encik marilah tuan, Kedekut sungguh tuan nak makan,
Barang baik baru keluar. Makanan baik tidak terbeli.

Kalau mengail ikan tenggiri,


Hari Jumaat pergi memukat,
Umpan di taut ikannya bilis,
Orang menangguk ikan di kali,
Makanan baik tidak terbeli,
Minta maaf belum berhajat,
Sayang takut duitnya habis.
Datang menengok, bulan membeli.
Air hangat air bertapis,
Empat lima kuda di medan, Tuangkan saya agak secawan,
Kuda tengkot ke depan juga, Sayang sangat duitnya habis,
Bukan panglima rupanya tuan, Kurang tenaga tidak melawan?
Makanya takut masuk berniaga.
Pasang panjut keliling rumah,
Kuda tengkot menang berlumba, Bunga api di tengah laman,
Lompat bertangkup keempat kaki, Bukan kedekut, bukannya lemah,
Mengapa takut masuk berniaga, Cumanya hati belum berkenan.
Kurangkah sanggup sifat lelaki.
Dari Medan ke Sibolga,
Padi di Langkat bawa ke Deli,
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.

Rangkap 1 Peniaga mengalu-alukan kedatangan pelanggan kerana terdapat barangan/produk baharu dikedainya.
Rangkap 2 Pembeli menolak kerana belum berniat untuk mendapatkan barangan tersebut.
Rangkap 3 Penjual mengatakan pelanggan bukan seorang yang berani kerana takut membeli barang jualannya.
Rangkap 4 Peniaga bertanya sama ada pelanggan takut membeli barangan kerana kurang sifat kelelakian/keberanian.
Rangkap 5 Peniaga mencabar pembeli supaya membeli makanan jualannya dengan mengatakannya kedekut.
Rangkap 6 Peniaga mencabar pembeli dgn mengatakan pembeli bimbang wangnya akan habis sedangkan barangnya baik.
Rangkap 7 Peniaga mencabar pembeli kerana berdiam diri dan mungkin bimbang kehabisan wang jika membeli
barangnya.
Rangkap 8 Pembeli menyatakan ia bukan kedekut atau lemah tetapi belum berhajat kepada barangan yang dijual.
Rangkap 9 Pembeli menjelaskan bahawa keinginan dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa oleh peniaga.

a) Analisis bentuk puisi/ Huraikan bentuk pantun.


Puisi ini berangkap. Puisi ini terdiri daripada 9 rangkap. Bilangan baris setiap rangkap adalah sama. Terdapat 4
baris serangkap. Jumlah patah perkataan setiap baris tidak sama. Terdapat 3 hingga 6 patah perkataan setiap
baris. Bilangan suku kata setiap baris adalah tidak sama. Terdapat 8 hingga 11 suku kata setiap baris. Terdapat
jeda di tengah baris. Cth : Mari encik/marilah tuan. Rima akhir puisi adalah berselang. Rima akhir pantun ialah
abab. Puisi berbentuk terikat kerana rima akhir berselang abab. Puisi ini mempunyai pembayang dan maksud.
Baris pertama dan kedua adalah pembayang manakala baris ketiga dan keempat adalah maksud.
b) Huraikan pengajaran/mesej.
Kita hendaklah berbudi bahasa/menggunakan kata sapaan yang sesuai kepada pelanggan/menghormati pelanggan.
orang lain. Cth: Mari encik marilah tuan. Penjual/Kita janganlah biadab/bercakap kasar/mencabar pelanggan.
Cth : Bukan panglima rupanya tuan. Penjual/Kita janganlah memaksa pelanggan untuk membeli/menghina
pelanggan. Cth : Kedekut sungguh tuan nak makan. Penjual/Kita hendaklah mengambil hati/memujuk pelanggan
dengan baik. Cth: Hati tak dapat dijual beli.
c) Terangkan nilai kemanusiaan/murni.
Nilai kesopanan. Cth : Mari encik marilah tuan. Nilai hormat-menghormati. Cth : Minta maaf belum berhajat. Nilai
kasih sayang. Cth: Kasih bukan barang berniaga. Nilai keberanian. Cth : Mengapa takut masuk berniaga.
d) Huraikan tema dan persoalan.
Tema – Adab dalam perniagaan. Penulis menggambarkan adab penjual kepada pelanggan. Cth : Mari encik, marilah
tuan, Barang baik baru keluar. Persoalan – Persoalan sikap negatif penjual dalam mendapatkan jualan. Cth:
Kedekut sungguh tuan nak makan, Makanan baik tidak terbeli. Persoalan kesabaran dalam menghadapi sikap buruk
orang lain. Cth : Bukan kedekut, bukannya lemah, Cuma hati belum berkenan.

Anda mungkin juga menyukai