Anda di halaman 1dari 4

KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT)

SOALAN STUKTUR (4 markah)

Burung kekek burung di hutan,


         Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
         Barang baik baru keluar.

Hari Jumaat pergi memukat,


          Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
          Datang menengok, bukan membeli.

1. Berdasarkan rangkap pantun di atas, berikan maksud rangkap 1 dan 2.


(4 markah)

Penakut sungguh rupanya ikan,


         Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
         Makanan baik tidak terbeli!

2. Berdasarkan rangkap pantun di atas, senaraikan dua unsur bunyi beserta contoh.
(4 markah)

Burung kekek burung di hutan,


         Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
         Barang baik baru keluar.

3. Berdasarkan rangkap pantun di atas, nyatakan empat gaya bahasa.


(4 markah)

Dari Medan ke Sibolga,


Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.

4. Terangkan dua ciri puisi dalam rangkap di atas.


(4 markah)

Empat lima kuda di medan,


          Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
         Makanya takut masuk berniaga.

Kuda tengkot menang berlumba,


         Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
         Kurangkah sanggup sifat lelaki.

5. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam rangkap di atas.


(4 markah)

Dari Medan ke Sibolga,


Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
Hati tak dapat dijual beli.

6. Terangkan satu pengajaran dalam rangkap di atas.


(4 markah)

SOALAN ESEI (20 markah)

R1 : Burung kekek burung di hutan,


         Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
         Barang baik baru keluar.

R2 : Hari Jumaat pergi memukat,


          Orang menangguk ikan di kali;
Minta maaf belum berhajat,
          Datang menengok, bukan membeli.

R3 : Empat lima kuda di medan,


          Kuda tengkot ke depan juga;
Bukan panglima rupanya tuan,
         Makanya takut masuk berniaga.

R4 : Kuda tengkot menang berlumba,


         Lompat bertangkup keempat kaki;
Mengapa takut masuk berniaga?
         Kurangkah sanggup sifat lelaki.

R5 : Penakut sungguh rupanya ikan,


         Umpan di kail lari menepi;
Kedekut sungguh tuan nak makan,
         Makanan baik tidak terbeli!

R6 : Kalau mengail ikan tenggiri,


         Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
         Sayang takut duitnya habis!

R7 : Air hangat air bertapis,


           Tuangkan saya agak secawan;
Sayang sangat duitnya habis,
           Kurang tenaga tidak melawan.

R8 : Pasang panjut keliling rumah,


            Bunga api di tengah laman;
Bukan kedekut, bukannya lemah,
            Cuma hati belum berkenan.

R9 : Dari Medan ke Sibolga,


            Padi di Langkat bawa ke Deli;
Kasih bukan barang berniaga,
           Hati tak dapat dijual beli.

a. Berdasarkan puisi di atas, berikan tema puisi tersebut beserta contoh.


(4 markah)

b. Huraikan maksud rangkap 3 dan 4 yang terdapat dalam puisi di atas.


(4 markah)
c. Berdasarkan rangkap pantun di atas, senaraikan empat gaya bahasa beserta contoh.
(8 markah)

d. Berdasarkan rangkap pantun di atas, nyatakan empat nilai beserta contoh.


(8 markah)

e. Berdasarkan rangkap pantun di atas, nyatakan empat ciri puisi tersebut.


(8 markah)

f. Cipta dua rangkap pantun empat kerat bertemakan kasih sayang.


(8 markah)

Anda mungkin juga menyukai