Anda di halaman 1dari 1

Hikayat Parang Puting (Sastera Hikayat)

a) Jelaskan tema dan persoalan cerita.


Tema – Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara boleh membawa kebaikan kepada diri dan keluarga.
Hubungan baik antara anak naga dengan budak miskin membawa tuah. Syahbandar dan orang ramai memberi hadiah
seperti beras, buah-buahan dan baju kepada budak miskin. Persoalan ketaatan kepada pemimpin. Budak miskin
pergi ke rumah Syahbandar kerana Syahbandar ingin melihat anak naga. Persoalan kasih sayang manusia terhadap
haiwan. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Persoalan sikap bertanggungjawab
terhadap keluarga. Bonda budak miskin sentiasa menyediakan makanan untuknya. Persoalan sikap mengenang jasa
orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya.
b) Huraikan nilai murni/kemanusiaan.
Nilai ketaatan. Budak miskin ke istana kerana raja ingin melihat anak naga. Nilai kasih sayang. Budak miskin
menyayangi anak naga, anak helang dan anak tikus. Nilai murah hati. Budak miskin menjamu makan pemilik parang
puting. Nilai setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, sentiasa bersama ke mana-mana.
Nilai kegigihan. Budak miskin mencari anak naga yg lari ke hutan. Nilai kebijaksanaan. Budak miskin bijak mencari
helah untuk mendapatkan tongkat sakti drp hulubalang naga.
c) Jelaskan pengajaran.
Kita hendaklah taat kepada raja. Budak miskin ke istana kerana raja ingin melihat anak naga. Kita hendaklah sayang
terhadap haiwan. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Kita hendaklah mengenang
jasa orang lain. Nenda anak naga memberikan cincin sakti kepada budak miskin kerana telah menjaga cucunya. Kita
hendaklah bersikap setiakawan dalam persahabatan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik,
bersama-sama menghadapi cabaran dalam pengembaraan.
d) Buktikan cerita ini ialah sastera hikayat.
Latar tempat yang luas. Di darat,tasik dan laut. Budak miskin mengembara di banyak latar tempat seperti hutan,
dan Tasik Hijau. Raja Indera Mahadewa juga belayar ke laut dan Pulau Cahaya Purnama. Watak-watak terdiri
daripada manusia biasa, raja-raja, dewa dan binatang. Watak-watak cerita ialah Budak miskin, raja, Betara Kala,
anak ular naga, dan anak helang. Unsur pengembaraan. Budak miskin, anak helang dan anak tikus mengembara
mencari anak ular naga yang telah menghilangkan diri. Unsur kesaktian. Budak miskin mendapat cincin hikmat yg
dapat menyediakan pelbagai jenis makanan/Parang puting dapat menebang pokok dengan sendirinya.
d) Buktikan cerita ini ialah prosa tradisional.
Latar masyarakat istana. Raja Indera Maha Dewa, Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan. Unsur pengembaraan.
Budak miskin, anak helang dan anak tikus mengembara mencari anak ular naga. Unsur kesaktian. Cincin hikmat
dapat menyediakan pelbagai jenis makanan/Parang puting dapat menebang pokok dengan sendirinya. Cerita
berakhir dengan kegembiraan. Raja Indera Maha Dewa memperoleh anak, iaitu Tuan Puteri Mengindera Sehari
Bulan. Bahasa Melayu klasik – bonda, jagat, azamat.
e) Huraikan perwatakan Budak miskin.
Seorang yg taat pada raja. Budak miskin taat perintah raja datang ke istana menunjukkan anak ular naga. Seorang
yg penyayang. Budak miskin menyayangi anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Seorang perahsia. Dia
menyimpan rahsia memiliki cincin hikmat daripada diketahui orang ramai. patriotik. Seorang yg suka menolong.
Budak miskin pernah menolong anak ular naga daripada dibunuh orang. Seorang yg setiakawan. Budak miskin
berkawan baik dengan anak ular naga, mencarinya apabila menghilangkan diri. Seorang yg bijaksana. Budak miskin
bijak mencari helah untuk mendapatkan tongkat sakti drp hulubalang naga. Seorang yg pemurah. Budak miskin
menjamu makan pemilik parang puting.
f) Huraikan latar tempat.
Rumah budak miskin. Budak miskin dan ibunya tinggal bersama di rumah mereka. Istana raja. Budak miskin dan
anak ular naga membuat persembahan di istana raja. Tasik Hijau. Anak ular naga pulang ke Tasik Hijau, tempat
tinggal datuknya. Hutan rimba. Budak miskin mencari anak naga yg hilang sehingga ke hutan rimba. Kolam.
Hulubalang naga berendam di dalam kolam apabila badannya terasa panas. Pulau Cahaya Purnama. Raja Indera Maha
Dewa pergi berkaul ke Pulau Cahaya Purnama bersama isterinya.
g) Huraikan latar masyarakat.
Masyarakat istana. Raja Indera Maha Dewa, Permaisuri dan Tuan Puteri Mengindera Sehari Bulan. Masyarakat
yang saling menyayangi. Budak miskin, anak ular naga, anak helang dan anak tikus saling menyayangi satu sama lain.
Masyarakat yang taat pada raja. Budak miskin dan anak ular naga taat perintah raja datang ke istana. Masyarakat
yang setiakawan. Budak miskin, anak tikus dan anak helang berkawan baik, bersama-sama menghadapi cabaran
dalam pengembaraan. Masyarakat yang pemurah. Orang kampung Syahbandar memberi pelbagai hadiah seperti
beras, baju dan buah-buahan kepada budak miskin.
.

Anda mungkin juga menyukai