Anda di halaman 1dari 16

CSL2014

Antologi Harga Remaja 1


Prosa Tradisional



ANTOLOGI HARGA REMAJA
(PROSA TRADISIONAL)

TINGKATAN 4


CIKGU SAZALI BIN IBRAHIM
M.A (Bahasa Melayu)
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK LALOH, KUALA KRAI,
KELANTAN.






CSL2014
Antologi Harga Remaja 2
Prosa Tradisional
PROSA TRADISIONAL
HIKAYAT INDERA NATA
TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2013
Sinopsis

Indera Jenaka tiba ke negeri Rom setelah sekian lama mengembara dan sampai ke
rumah bondanya Si Batu Kembar.
Bondanya bertanyak tentang Si Piatu. Indera Jenaka memberitahu bahawa Si Piatu itu
sebenarnya ialah Indera Nata yang berani dengan segala binatang buas dan boleh
bercakap dengan segala binatang.
Indera Nata telah menyeberangi lautan dengan bantuan ular sakti ke negeri Pattani.
Indera Nata juga telah menyelamatkan Indera Jenaka daripada dibaham binatang
buas. Tuanku Syah Alam mengagumi Indera Nata apabila mendengar cerita daripada
Indera Jenaka.
Seterusnya, Indera Nata pergi mengembara dan ternampak sebuah bukit yang terlalu
tinggi dan terdapat sebuah rumah di situ. Di sebelah rumah tersebut terdapat sebuah
mahligai dan dia melihat tujuh orang puteri di dalamnya.
Indera Nata memperkenalkan dirinya sebagai anak Raja Rom dan memberitahu
tujuannya datang atas perintah ayahandanya mencari gajah bergadingkan emas.
Puteri-puteri itu gembira dengan kedatangan Indera Nata dan memperkenalkan diri
mereka yang berasal dari negara yang berlainan.
Salah seorang puteri tersebut iaitu Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu
mereka telah ditawan oleh sepasang suami isteri raksasa untuk dimakan apabila
mereka dewasa. Puteri Cendera Kesuma bercadang meminta pertolongan raksasa
untuk mencari gajah bergading emas bagi membantu Indera Nata mendapatkan gajah
itu segera.
Apabila raksasa pulang, Indera Nata disembunyikan di dalam peti emas dan puteri-
puteri itu membuat helah kepada raksasa dengan mengatakan jika hendakkan mereka
cepat dewasa dan boleh dimakan hati mereka, perlulah mencari gajah bergading
emas.
Raksasa pergi ke hutan dan mencari gajah bergading emas dan secara kebetulan
terserempak dengan Raja Rom yang menaiki gajah bergading emas dan pengikut-
pengikutnya pergi berburu. Raksasa berasa gembira dan telah membunuh mereka
semua dan membawa balik gajah bergading emas.
Sekali lagi Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah supaya raksasa mencari
kijang putih bertanduk emas dan memberikan kain hitam untuk dicuci sampai putih
sebagai tanda sayang raksasa kepada mereka.
Raksasa lelaki keluar mencari kijang putih bertanduk emas sementara raksasa
perempuan pergi mencuci kain hitam supaya menjadi putih. Pada masa itulah, Indera
Nata membawa ketujuh-tujuh puteri melarikan diri dengan menaiki gajah bergading
emas bersama semua harta dalam mahligai itu.
Kedua-dua raksasa itu gagal mencari kijang putih bertanduk emas dan memutihkan
kain yang hitam, mereka kembali ke mahligai dan mendapati gajah bergading emas
dan ketujuh-tujuh puteri telah hilang.

CSL2014
Antologi Harga Remaja 3
Prosa Tradisional
Kedua-dua raksasa terlalu marah dan segera mengikut kesan tapak kaki gajah dan
akhirnya ternampak ketujuh-tujuh puteri bersama Indera Nata di atas gajah. Indera
Nata dan ketujuh-tujuh puteri menangis ketakutan apabila mendengar suara raksasa
sehingga sampai ke tepi pantai.
Indera Nata meminta Betara Gangga dengan menggunakan gemala hikmat dan
Betara Gangga mengarahkan ular sakti dan naga membawa Indera Nata dan ketujuh-
tujuh puteri menyeberangi lautan. Ular sakti dan naga tersebut membawa mereka
semua ke seberang.
Raksasa yang tiba di tepi pantai cuba menarik Indera Nata dan ketujuh-tujuh puteri di
seberang tetapi ular sakti dan naga telah menarik raksasa ke tengah laut
menyebabkan kedua-dua raksasa itu mati.
Indera Nata bersama-sama ketujuh-tujuh puteri telah berjalan selama tujuh hari tujuh
malam sehingga sampai ke rumah bondanya, Tuan Puteri Cenderawati. Bondanya
sangat gembira melihat kedatangan mereka.
Indera Nata menceritakan semua peristiwa yang berlaku dan ketujuh-tujuh puteri
bercerita tentang diri mereka kepada Tuan Puteri Cenderawati. Mereka semua tinggal
bersama Tuan Puteri Cenderawati.

Tema

Pengembaraan anak raja menempuh pelbagai cabaran.
Contoh;
Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya,
Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya
menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi,
menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa dan hampir ditangkap
dan dibunuh raksasa.

Persoalan

Keberanian dan kehebatan anak raja.
Contoh:
Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh orang puteri.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
Contoh:
Si Batu Kembar memeluk dan mencium anaknya Indera Jenaka yang baru balik
daripada mengembara.

Kebijaksanaan untuk mendapatkan sesuatu dan menyelamatkan diri.
Contoh:
Tuan Puteri Cendera Kesuma membuat helah dengan menyuruh raksasa mencari
gajah bergading emas sekiranya raksasa mahukan mereka cepat besar, tetapi
sebenarnya dia bertujuan untuk membantu Indera Nata mendapatkan gajah bergading
emas.

CSL2014
Antologi Harga Remaja 4
Prosa Tradisional
Tolong-menolong sesama manusia.
Contoh:
Indera Nata membantu menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang
buas di hutan.

Nilai

Bijaksana.
Contoh:
Tuan Puteri membuat helah untuk melepaskan diri.

Keberanian.
Contoh:
Indera Nata berani masuk ke mahligai raksasa dan menyelamatkan tujuh puteri.

Kasih sayang.
Contoh;
Tuan Puteri Cenderawati amat menyayangi Indera Nata.

Tolong-menolong.
Contoh:
Indera Nata menolong menyelamatkan tujuh puteri daripada tawanan raksasa.

Pengajaran

Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain supaya dapat hidup harmoni.
Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah yang timbul.
Kita mestilah menghargai budi yang diterima dan membalas dengan sebaik-baiknya.
Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
















CSL2014
Antologi Harga Remaja 5
Prosa Tradisional
PROSA TRADISIONAL
HIKAYAT KHOJA MAIMUN
TELAH KELUAR DALAM SPM JUN 2013
Sinopsis

Bab 1

Khoja Maimun yang berasal dari negeri Ajam, mempunyai seorang isteri yang cantik
bernama Bibi Zainab. Pada suatu hari, mereka pergi ke pekan lalu membeli seekor
burung bayan jantan dengan harga seribu dinar. Burung itu sungguh istimewa kerana
boleh membuat ramalan. Menurut ramalannya, dalam masa tiga hari lagi Khoja
Maimun akan mendapat keuntungan hasil daripada menjual sanbal (wangi-wangian).
Hasil keuntungan tersebut, Khoja Maimun turut membeli seekor burung tiung betina.
Khoja Maimun keluar berniaga dan meninggalkan isteri tercintanya di rumah.
Pemergiannya menyebabkan Bibi Zainab berasa sunyi lalu duduk di tepi jendela.
Pada ketika itu, dia terpandang anak raja negeri yang sangat kacak dan mereka saling
jatuh hati. Bibi Zainab ingin berjumpa dengan anak raja itu lalu meminta nasihat
burung tiung. Namun tiung melarangnya dengan memberi nasihat bahawa perbuatan
tersebut bertentangan dengan hukum Allah. Bibi Zainab amat marah mendengar
nasihat itu, lantas menghempas tiung sehingga mati. Seterunya dia meminta
pandangan daripada Bayan pula. Bayan berusaha melalaikan Bibi Zainab dengan
bercerita kepadanya.

Bab 2 : Cetera Pertama

Mengisahkan Bayan yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar. Isteri saudagar
berbuat demikian kerana mengesyaki Bayan telah membocorkan rahsia dia telah
bermukah dengan seorang fakir kepada suaminya. Bayan menyembunyikan dirinya di
dalam saluran tempat membuang air beras menyebabkan isteri saudagar tersebut
menganggap Bayan telah mati.
Isteri saudagar memberitahu kepada suaminya bahawa Bayan telah mati akibat
dimakan oleh kucing. Namun, helah itu diketahui suaminya menyebabkan saudagar
tersebut marah dan menghalau isterinya. Isteri saudagar telah pergi ke kubur Tuan
Sheikh Wali Allah untuk memohon doa agar suaminya menerimanya kembali.
Setelah bulu bayan tumbuh kembali, dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu
terbang ke kubur Tuan Sheikh Wali Allah untuk menyuruh isteri saudagar bertaubat.
Bayan menyuruh isteri saudagar mencukur rambut dan bulu kening kerana ingin
membalas dendam. Bayan menyatakan hasrat untuk membantu isteri saudagar agar
dapat kembali ke pangkuan suaminya. Bayan menemui saudagar dan menjelaskan
bahawa bukan isterinya yang membunuh Bayan, menyebabkan isterinya diterima
kembali.
Bayan menyuruh Bibi Zainab menemui anak raja yang dicintainya, malangnya hari
telah siang. Pada hari yang lain, Bibi Zainab sekali lagi ingin keluar menemui anak raja
itu, namun Bayan telah bercerita tentang Hikayat Taif untuk melalaikannya.


CSL2014
Antologi Harga Remaja 6
Prosa Tradisional
Bab 3 : Cetera Kedua

Taif menemui Raja Tabristan kerana Raja Arab tidak menghargai jasa yang
dicurahkannya selama ini. Kehadirannya dialu-alukan dan Raja Tabristan
menganugerahinya emas, perak dan tempat penginapan. Dalam suatu majlis
keramaian, Taif telah menyatakan hasrat untuk melawan isteri Syah Alam sehingga
menyebabkan rajanya murka.
Suatu malam ketika Taif sedang berkawal, Raja Tabristan terdengar suara
perempuan. Raja menitahkan Taif untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut
perempuan itu, jika Taif inginkan daulat Raja Tabristan bertambah dan umur baginda
dipanjangkan, dia harus membunuh anaknya sendiri. Taif begitu setia dan rela
melakukan perkara tersebut, namun dihalang oleh perempuan itu kerana dia
sebenarnya hanya ingin menguji Taif.
Peristiwa itu sebenarnya diintip oleh Raja Tabristan. Ketaatan Taif menyebabkan dia
dianugerahkan sebuah negeri dan harta yang banyak. Cerita itu sekali lagi melalaikan
Bibi Zainab menyebabkan dia tidak berkesempatan untuk bertemu kekasihnya. Malam
berikutnya, Bayan bercerita lagi.

Bab 4 : Cetera Ketiga

Terdapat seorang sumi yang begitu mencemburui isterinya menyebabkan segala
tindak tanduk isterinya dikawal. Isterina telah bercerita tentang seorang suami yang
terlalu memahami isterinya dan tidak akan marah walaupun isterinya berlaku sumbang
terhadapnya.
Hal ini demikian kerana dia pernah melihat suami yang cemburu turut diduakan oleh
isterinya. Akibat terlalu cemburu si suami sanggup menjadikan dirinya seekor gajah
untuk membawanya berjalan-jalan, kerana bimbang isterinya akan bersenda gurau
dengan lelaki lain.
Isteri kepada suami yang cemburu itu selalu menegaskan kepada suaminya bahawa
dia setia, namun kesetiaannya diragui. Oleh sebab itu, dia membekalkan bunga dan
sehelai kain kesumba ketika suaminya pergi belayar. Jika isterinya curang, bunga itu
akan layu dan kain itu akan luntur.
Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim
kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan
saudagar itu menceritakan hal sebenar. Kebijaksanaan isteri saudagar itu
menyebabkan Raja ingin menguji kesetiaannya iateri saudagar dengan menghantar
seorang hamba raja menemuinya namun gagal. Seterunya, tiga orang hamba dihantar
untuk menguji kesetiaan isteri saudagar tadi namun turut mengalami kegagalan.
Akhirnya Raja sendiri yang pergi untuk menguji isteri saudagar tadi. Isteri saudagar
menasihati Raja agar takut akan azab Allah dan segera bertaubat.
Sekali lagi Bibi Zainab gagal menemui kekasihnya. Hajatnya masih tidak kesampaian
apabila Bayan bercerita pula kisah Hikayat Serimala dengan Pandai Emas. Akhirnya
Bibi Zainab insaf dan sedar bahawa seorang perempuan mestilah taat kepada
suaminya.


CSL2014
Antologi Harga Remaja 7
Prosa Tradisional
Tema

Nilai etika yang harus diutamakan oleh golongan wanita terutamanya para isteri.
Contoh:
Cerita-cerita yang disampaikan oleh Bayan berkisar tentang pentingnya kesetiaan
seseorang isteri dan perlu memiliki etika yang murni untuk menghindarkan daripada
berlaku curang.

Persoalan

Kebijaksanaan melaksanakan sesuatu tindakan.
Contoh:
Apabila melihat Bibi Zainab menghempas burung tiung sehingga mati, Bayan berpura-
pura tidur.

Kecurangan seorang isteri.
Contoh:
Semasa ketiadaan suami, Bibi Zainab jatuh hati dengan anak raja.

Kewajipan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh:
Khoja Maimun keluar berniaga untuk mencari rezeki.

Kejujuran dalam sebuah perhubungan.
Contoh:
Isteri saudagar jujur terhadap suaminya walaupun banyak lelaki cuba mendekatinya.

Nilai

Kasih sayang terhadap pasangan.
Contoh:
Khoja Maimun menyayangi isterinya Bibi Zainab sepenuh hati.

Ketaatan kepada ketua.
Contoh:
Taif begitu taat akan perintah Raja Tabristan sehingga rela membunuh anaknya.

Prihatin terhadap keluarga.
Contoh:
Khoja Maimun dan saudagar prihatin dengan tanggungjawab untuk mencari nafkah
buat keluarga.

Keinsafan atas kesalahan yang dilakukan.
Contoh:
Bibi Zainab insaf akan kesalahan yang dilakukan kerana cuba menduakan suaminya.

CSL2014
Antologi Harga Remaja 8
Prosa Tradisional
Pengajaran

Kita mestilah patuh kepada perintah Allah agar dapat menghindarkan diri daripada
kemungkaran.
Kita haruslah berusaha untuk mencari rezeki buat keluarga agar kehidupan lebih
sejahtera.
Kita perlulah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati agar memperoleh
kebahagiaan yang berkekalan.
Kita mestilah bijak menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi agar tidak
mendatangkan kemudaratan.




































CSL2014
Antologi Harga Remaja 9
Prosa Tradisional
PROSA TRADISIONAL
MERAH SILU
TELAH KELUAR DALAM SPM NOV 2012
Sinopsis

Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah
dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya
Merah Gajah tidak mengetahui isterinya mempunyai sehelai rambut berwarna
keemasan di tengah kepala sehingga beliau terpandang isterinya menyikat rambut.
Merah Gajah mahu mencabut rambut tersebut tetapi dihalang oleh isterinya. Sewaktu
Puteri Betong tidur, Merah Gajah telah mencabut rambut tersebut menyebabkan
keluar darah dari liang-liang rambut sehingga menyebabkan kematiannya.
Berita kematian Puteri Betong telah menimbulkan kemarahan ayahandanya Raja
Muhammad dan mengambil tindakan membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah
Gajah iaitu Raja Ahmad telah bertindak balas menyerang Raja Muhammad sehingga
berlaku peperangan sengit menyebabkan kedua-duanya terbunuh termasuk
sebilangan besar rakyat. Hanya yang tinggal Merah Silu dan Merah Hasum serta
beberapa rakyat yang masih hidup dan mengaku taat setia kepada kedua-duanya
untuk terus tinggal di negeri Semerlanga itu.
Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat meninggalkan negeri itu kerana tidak
ada sesiapa lagi kaum kerabatnya yang tinggal. Mereka berdua keluar meninggalkan
negeri Semerlanga menuju ke sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka
perkampungan di tepi sungai. Suatu hari ketika di sungai, Merah Silu terlihat banyak
ikan dan dia pergi ke hulu sungai menahan bubu. Beberapa kali bubu ditahannya
dipenuhi dengan cacing gelang-gelang. Akhirnya dia mengambil keputusan membawa
balik cacing gelang-gelang itu dan merebusnya di dalam kawah. Cacing itu telah
bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak menyebabkan Merah Silu menjadi
kaya.
Merah Hasum hanya diam apabila mendengar berita Merah Silu menjadi kaya. Pada
suatu hari, Merah Silu menangkap kerbau liar tetapi tindakannya itu tidak disenangi
oleh Merah Hasum kerana pada pendapatnya kerja itu tidak berfaedah dan hanya
memalukan dirinya sebagai saudara kepada Merah Silu. Merah Hasum telah meminta
Merah Silu menghentikan perbuatan tersebut dan menyuruh Merah Silu keluar dari
negeri itu jika tidak mahu mendengar katanya. Akhirnya Merah Silu mencari
petempatan baru dengan membawa segala harta dan kerbaunya. Merah Silu tiba di
hulu Karang dan menetap di situ tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh penduduk
kampung kerana kerbau-kerbau itu memakan tanaman mereka.
Merah silu berpindah lagi ke sebuah negeri bernama Buluh Telang. Di sini beliau
bertemu dengan Megat Iskandar dan menyatakan hasratnya untuk tinggal di negeri
tersebut dan menganggap Megat Iskandar sebagai bapanya. Megat Iskandar setuju
membenarkan Merah Silu tinggal di situ dan boleh memelihara kerbau kerana ada
ladang yang luas. Merah Silu suka menyabung ayam dan selalu memberi kerbau
sebagai hadiah kepada sesiapa yang menyabung ayam dan menontonnya. Megat
Iskandar dengan persetujuan pembesar dan rakyat telah melantik Merah Silu menjadi
raja di Rimba Jerun. Sultan Malikul Nasar tidak bersetuju dan menyerang Merah Silu.
CSL2014
Antologi Harga Remaja 10
Prosa Tradisional
Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Malikul Nasar
dan akhirnya sultan tewas dan Merah Silu menjadi raja di Rimba Jerun.
Tema

Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup.

Persoalan

Perselisihan antara adik-beradik.
Contoh:
Perselisihan faham antara Merah Silu dengan Merah Hasum kerana tindakan Merah
Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap
memalukan.

Perkara di luar logik akal.
Contoh:
Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh
misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas
dan buihnya menjadi perak.

Keberanian anak raja.
Contoh:
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul-Nasar sehingga
dia dirajakan di Rimba Jerun.

Sikap pemurah dalam kalangan masyarakat.
Contoh:
Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang
yang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yanghanya datang melihat sahaja
malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah.

Kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat.
Contoh:
Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang pertaruhan.

Nilai

Taat setia
Contoh;
Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak
kehilangan nyawa.

Murah hati
Contoh:
Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke
gelanggang sabung ayam.
CSL2014
Antologi Harga Remaja 11
Prosa Tradisional


Keberanian
Contoh:
Merah Silu berani berperang menentang Sultan Malikul-Nasar untuk menjadi raja di
Rimba Jerun.

Berdikari
Contoh:
Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah
Hasum.


Pengajaran

Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul melalui rundingan bukannya
peperangan.
Kita hendaklah berani mempertahankan maruah supaya hak kita tidak diganggu
gugat.
Kita hendaklah menghormati tetamu.
Kita janganlah menganiayai binatang.
Kita hendaklah menyelidik dahulu sesuatu perkhabaran sebelum mengambil sebarang
tindakan.























CSL2014
Antologi Harga Remaja 12
Prosa Tradisional


PROSA TRADISIONAL
PELAYARAN YANG PENUH PERISTIWA

Sinopsis

Kisah bermula apabila Awang Sulung mengikuti pelayaran Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dengan menaiki geliung (kapal) dari negeri Bandar Mengkalih menunuju ke
negeri Semarang di Tanah Jawa. Geliung itu bergerak terlalu laju menyebabkan
semua anak kapal mabuk-mabuk dan muntah-muntah lalu tidak sedarkan diri kecuali
tiga orang iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menggantikan jurumudi kapal, Si
Kembang Cina, dan Awang Sulung Merah Muda yang menyamar sebagai budak
comot dan hitam. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa meminta Si Kembang Cina
memanggil Awang Sulung menggantikannya sebagai jurumudi dengan memberi
alasan bahawa dia sudah keletihan. Pada mulanya Awang Sulung tidak bersetuju
tetapi setelah dipujuk dengan lembut akhirnya Awang Sulung mengambil alih tugas
sebagai jurumudi. Anehnya, Awang Sulung tidak memegang kemudi sebaliknya
menyeru geliung itu supaya belayar mengikut tiupan angin.

Setelah tiga hari belayar, geliung itu hendak berlabuh di Pulau Tapai untuk mengambil
kayu api dan air tetapi gagal kerana laut bergelora.Sekali lagi Awang Sulung
menggunakan kesaktiannya dengan mencampakkan tulang pelanduk putih
menyebabkan air menjadi tenang. Setelah beberapa lama berlabuh barulah penghuni
geliung tersedar daripada pengsan. Sebaik sedar, jurumudi menikam seekor ayam
dengan kerisnya lalu pergi berjumpa Tuanku Nakhoda Tua dan menyatakan bahawa
dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada serangan Tuan Puteri Dayang
Nuramah. Tuanku Nakhoda Tua percaya kata-kata jurumudi kerana sewaktu kejadian
baginda juga pengsan. Geliung itu berlabuh selama tiga hari tiga malam di Pulau
Tapai. Tuanku Nakhoda Tua telah berjanji akan mengahwinkan sesiapa sahaja yang
berjaya membawa geliung itu selamat sampai ke Tanah Jawa dengan puteri baginda
iaitu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.


Jurumudi menunjukkan rasa tidak senangnya terhadap Awang Sulung kepada Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa sebaliknya dia dimarahi oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa cuba menguji kehebatan Awang Sulung dengan
menyuruhnya mengambil air dan mencari kayu api. Perkara pelik dilakukan oleh
Awang Sulung kerana dia mengambil air di tengah laut di tempat arus yang deras.
Awang Sulung tidak mengambil kayu bakau dan temu laut seperti yang diminta oleh
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, sebaliknya mengambil batang nipah. Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa memarahi Si Kembang Cina yang mengikut arahan jurumudi
kerana memberikan sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung
sebaliknya Tuan Puteri Dayang Seri Jawa memerintahkan Si Kembang Cina
menyiapkan hidangan istimewa kepada Awang Sulung. Berlaku satu lagi keanehan
CSL2014
Antologi Harga Remaja 13
Prosa Tradisional
apabila air masin yang diambil oleh Awang Sulung yang dimasukkan ke dalam buyung
suasa bertukar menjadi air manis.




Semasa hendak meneruskan pelayaran, Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua
anak kapal memaklumkan mereka akan melalui kawasan Laut Sekona Lingga yang
banyak lanun. Tuanku Nakhoda Tua berjanji sesiapa yang dapat menyelamatkan
baginda dan puterinya daripada serangan lanun, dia akan dikahwinkan dengan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa. Semua anak kapal berasa takut, namun jurumudi telah
mengambil kesempatan dengan menonjolkan diri bahawa dia yang akan melawan
lanun-lanun itu. Semasa melintasi perairan Pulau Salah Nama, lanun menyerang.
Anak-anak kapal termasuk jurumudi lari menyelamatkan diri. Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa meminta Awang Sulung menentang lanun tetapi Awang Sulung membuat helah
mengatakan beliau tidak layak kerana kaki dan tangannya sakit. Apabila mendengar
alasan itu, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyuruh Si Kembang Cina memberikan
limau selimpat pagar dan sabun wangi untuk Awang Sulung mandi. Selepas mandi
dan memakai persalinan pakaian pusaka tua warisan boda dan menyisip keris serta
menyarung pedang sakti, terserlahlah ketampanan Awang Sulung.

Semasa lanun-lanun cuba menaiki geliung, Awang Sulung melaungkan nama-nama
ketua lanun dan menyindir mereka supaya menawan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.
Mendengar suara Awang Sulung, lanun-lanun itu ketakutan kerana mereka mengenali
Awang Sulung dan berjanji untuk menyelesaikan hutang Awang Sulung kepada Datuk
Batin Alam dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung itu telah dipenuhi dengan
wang batu dan wang emas. Setelah menyelesaikan semua hutang, Awang Sulung
berhasrat untuk pulang ke bandar Mengkalih menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa berasa sedih dan mengambil tindakan untuk terjun ke laut tetapi sempat
dihalang oleh hulubalang yang ada di situ. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pengsan
tetapi sedar apabila mendengar Awang Sulung berpantun dengan Si Kembang Cina
lalu tuan puteri berbalas pantun pula dengan Awang Sulung. Setelah dijamu makan
dan minum serta memenuhkan geliung dengan wang, lanun-lanun itu kembali ke
bahtera masing-masing. Selepas lanun-lanun itu pergi, jurumudi membuat helah sekali
lagi dengan mengaku dirinyalah yang menyelamatkan geliung itu daripada serangan
lanun kepada Tuanku Nakhoda Tua. Dia menunjukkan kerisnya yang berdarah
selepas dia menikam seekor ayam. Tuanku Nakhoda Tua percaya penipuan jurumudi
dan memerintahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa begitu geram akan tindakan ayahandanya yang tidak usul
periksa. Apabila mengetahu perkara sebenar, Tuanku Nakhoda Tua memohon maaf
kepada Awang Sulung yang juga berketurunan raja dan mengahwinkannya dengan
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

Beberapa hari selepas mereka berkahwin, geliung meneruskan pelayaran merentasi
beberapa pulau sehinggalah sampai ke Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung
dijemput naik ke darat oleh raja negeri tersebut. Semasa naik ke darat, Awang Sulung
CSL2014
Antologi Harga Remaja 14
Prosa Tradisional
ditemani oleh jurubatu dan Bujang Selamat. Mereka membawa bersama ayam Awang
Sulung yang bernama Kinantan Suci. Kedatangan Awang Sulung ke Negeri Pati Talak
menimbulkan kehairanan rakyat negeri tersebut apabila segala alat kebesaran dan
seluruh isi alam berbunyi. Awang Sulung meminta kebenaran daripada raja untuk
menyabung ayam. Pada peringkat awal pertarungan, Kinantan Suci hampir tewas
tetapi setelah diseru oleh Awang Sulung, ayam itu berjaya menaji ayam lawan
sehingga terputus kepala. Selesai menyabung ayam, barulah Awang Sulung naik ke
balairung seri, disambut oleh pembesar dan rakyat negeri itu.
Tema

Kelebihan dan kehebatan anak raja.
Contohnya;
Awang Sulung Merah Muda digambarkan memiliki kelebihan dan kehebatan seperti
boleh menggerakkan geliung tanpa memegang kemudi, menenangkan air laut dengan
mencampakkan tulang pelanduk putih, menukarkan air laut yang masin menjadi
manis, semasa ketibaan Awang Sulung ke negeri Pati Talak Terengganu, akat-alat
kebesaran dan seluruh isi alam berbunyi seolah-olah menyambutnya. Satu lagi
kelebihannya, ketika ia menyeru ayamnya Kinantan Suci yang hampir tewas semasa
menyabung sehingga akhirnya dapat mengalahkan lawannya, Si Jalak.

Persoalan

Cinta tidak mengenal rupa paras
Contoh:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa jatuh hati kepada Awang Sulung kerana melihat
kelebihan yang dimiliki oleh Awang Sulung walaupun ketika itu Awang Sulung comot
dan hitam.

Perasaan dengki dan iri hati
Contoh:
Jurumudi sangat dengki kepada Awang Sulung yang mendapat layanan yang baik
daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa sehingga sanggup menyuruh Si Kembang
Cina memberi sisa-sisa nasi di dalam tempurung berbulu kepada Awang Sulung.

Kewibawaan dan pengaruh yang kuat
Contoh:
Lanun-lanun tidak berani menyerang geliung yang dinaiki Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa apabila mendengar suara Awang Sulung Merah Muda.

Menipu untuk mencapai sesuatu tujuan
Contoh:
Jurumudi menipu Tuanku Nakhoda Tua dengan menyatakan dialah yang
menyelamatkan geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan
daripada serangan lanun dengan menunjukkan keris yang berdarah ayam. Tujuannya
supaya dia dapat berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

CSL2014
Antologi Harga Remaja 15
Prosa Tradisional



Menghormati tetamu
Contoh:
Awang Sulung disambut oleh pembesar istana dan rakyat Negeri Pati Talak
Terengganu semasa naik ke balairung seri.

Nilai

Merendah diri
Contoh:
Awang Sulung yang berketurunan raja sanggup menyamar sebagai budak hitam dan
comot.

Keyakinan
Contoh:
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan yakin mengambil alih mengemudi kapal
sewaktu jurumudi pengsan.

Berani
Contoh:
Awang Sulung berani menentang lanun yang cuba menyerang geliung kenaikan Tuan
Puteri Dayang Seri Jawa.

Kasih sayang
Contoh:
Awang Sulung dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa saling menyayangi selepas
berkahwin.

Keinsafan
Contoh:
Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf atas kesalahan kepada Awang
Sulung.

Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa merendah diri di mana-mana sahaja kita berada supaya kita
akan dihormati.
Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai rintangan demi mencapai matlamat.
Kita hendaklah bijak agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.
Kita hendaklah bersedia memberi bantuan terhadap orang yang memerlukan
pertolongan.
Kita hendaklah berani mengaku kesalahan yang dilakukan agar tidak menimbulkan
kekesalan pada masa hadapan.

CSL2014
Antologi Harga Remaja 16
Prosa Tradisional

Anda mungkin juga menyukai