Anda di halaman 1dari 9

PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT INDERA NATA

~ SINOPSIS ~ TEMA ~ PERSOALAN

~ WATAK PERWATAKAN
~ NILAI ~ PENGAJARAN

~SINOPSIS...

Indera nata diperintahkan oleh ayahandanya raja rom untuk mencari gajah bergading putih. Dalam perjalanan ,baginda menemui kediaman raksasa yang terletak di atas bukit.Sangat indah mahligai itu. itu ialah tuan puteri cendera kesuma ,tuan puteri cendena kesuma (anak raja mesir) ,puteri norlila (anak raja baghdad) ,puteri indera paksi (anak raja siam) ,puteri ratna cahaya (anak raja kufah) ,puteri ratna bagang (anak raja iraq) dan puteri cendera maha dewi (anak raja peringgi).

Di situ ,raksasa suami isteri mengurung tujuh orang puteri. Puteri-puteri

~SINOPSIS...
Puteri bertujuh itu akan dimakan hatinya apabila mereka besar kelak.

Indera nata disembunyikan oleh puteri bertujuh di dalam peti emas. Puteri bertujuh meminta raksasa mencari gajah bergading emas kalau mahu mereka cepat besar. Raksasa bersetuju.
Setelah menewaskan raja rom dan memperoleh gajah bergading emas

,raksasa pulang. Tetapi ,disuruh pula mencari kijang putih bertanduk emas serta mencuci kain hitam menjadi putih. Ini merupakan helah puteri bertujuh untuk melarikan diri. Indera nata dan puteri bertujuh melarikan diri.
Tiba di pantai ,betara gangga mengarahkan lembur dan naga

menyeberangkan indera nata ,puteri bertujuh ,dan gajah. Indera nata menemui bonda baginda puteri cenderawati. Bonda baginda amat sukacita.

~ T E M A
Tema cerita ini ialah kebijaksanaan. Kebijaksanaaan ditunjukkan semua ,baik indera nata mahupun puteri bertujuh. Mereka berjaya membuat tipu muslihat untuk melarikan diri daripada raksasa suami isteri. Puteri bertujuh juga bijak membuat helah untuk mendapatkan gajah bergading emas sebagaimana yang dikehendaki oleh indera nata dan membuat helah untuk melengah-lengahkan raksasa untuk melarikan diri.

~PERSOALAN
Manusia perlu menggunakan akal fikiran dalam

menyelesaikan masalah.
Kecekalan penting dalam mengharungi cabaran yang

ditempuhi.
Ketenangan diperlukan untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi.

W A T A K P E R W A T A K A N. . . (INDERA NATA)
Indera nata ialah anakanda raja rom dan puteri cenderawati. Baginda

diperintahkan oleh raja rom untuk keluar mencari gajah bergading emas.
Dalam perjalanan itu ,indera nata menunjukkan keberaniannya

dengan memasuki mahligai raksasa yang terkurung tujuh orang puteri yang akan dibunuh raksasa. Apabila besar ,raksasa akan memakan hati mereka. Dengan tipu helah ,puteri bertujuh menyembunyikan indera nata di dalam peti emas.
Indera nata seorang gagah perkasa. Baginda juga mempunyai

kehebatan yang lain iaitu binatang-binatang buas di dalam hutan takut akan baginda.
Kecekalannya melarikan puteri bertujuh amat terpuji. Baginda

selamat tiba di negerinya setelah betara gangga memerintahkan lembur dan naga menyeberangkannya merentasi lautan.

~NILAI ...
KEBERANIAN ~ Indera nata berani berhadapan dengan

binatang buas di belantara.


KEPATUHAN ~ Indera nata patuh kepada ayahanda

baginda untuk keluar mencari gajah bergading emas.


KEBIJAKSANAAN ~ Puteri bertujuh bersikap bijaksana

apabila berjaya menyembunyikan indera nata di dalam peti emas dan berjaya membuat helah memperdayakan raksasa sehingga semuanya selamat melarikan diri.

PENGAJARAN...
KITA HENDAKLAH MEMPUNYAI KECEKALAN

DALAM MELAKUKAN SEMUA PEKERJAAN.


KITA MESTILAH TENANG DALAM MENGHADAPI

SAAT-SAAT YANG GENTING.


KITA HENDAKLAH PANTAS MENCARI AKAL UNTUK

MENGELAKKAN SEBARANG BAHAYA.

THE END !

Anda mungkin juga menyukai