Anda di halaman 1dari 3

PIDATO KEGEMILANGAN MELAKA oleh SAUDARA BADRUL SANI

Bismillahirahmanirrahim... Melaka, Melaka, Melaka, satu saat..satu ketika..dirimu tersohoooor... namamu harum..bumimu terkenal.. dengan kisah-kisah aguuuuung Empayar Melayu Islam Melaka. Rakyat mu hidup aman..sejahtera..kaaaaaya raaaaaya.. Bahasa Melayu diangkat menjadi Lingua Franca membasahi lisaaaan masyarakat Asia dan para pedaganag dari Timur dan Baraaaat, Selatan, Utara. Jong-jong melayu pada itu jauuuuuuh meninggalkan kehebatan kapal-kapal Portugis sehingga ada yang sudah puuun berlaaaaaabuh di Madagascar.. Undang-undangmu ditunjangi syariat, dijelmakan menerusi Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka Mantapnya peribadimu wahai Melaka, sehinggakan sarjana barat pernah mendakwa, barang siapa menguasai melaka, maka dia menguasai Venice kehebatanmu tidak tertanding sukar ditanding mustahil dibanding-banding.. Namun... 1511 dunia menyaksikan sebuah Empayar Melaka tumbang.. dimamah dan diraaatah oleh kerakusan tentera-tentera kejam serangan demi serangan dilakukan.. generasi demi generasi dihancurkan, dihancurkan mindanya, dihancurkan identitinya dihancuuuuurkan maruahnya... Hari ini Melayu lebih mengagungkan teori peperangan Tsun Zu berbanding prinsip Tun Perak.. Melaaayu lebih gemaaar memetik bicara Winston Churcill daripada belajar kepimpinan Sultan Alaudin Riayat Shah.. Hari ini melayu lupa, hari ini melayu alpa, ramai yang kejarkan dunia.. sedangkan maruah bangsa dirobek dan dihina!

Siapa juara mendabik dada??! Melayu! Siapa juara membuang bayi?? Melayu! merempit, berjudi, berzina, rasuah, gay, lesbian, sumbang mahram Siapa juaranya kalau bukan Melayu!!

Hari ini kita tidak perlu meredah belantara untuk mencari musuh.. kerana musuuuuuh sudah pun berada bersama kita! mereka juga berbangsa Melayu! berbahasa Melayu, Tetapi merekalah pengkhianat melayu, pengkhianat negara! pengkhianat agamaaaaaaaa! Bangunlah wahai Anakku, bangun! kita hadir disini bukan untuk menangisi kekalahan! kita juga hadir bukan untuk dibuai sejarah kegemilangan! ya!!! 500 tahun dahulu memang kita tersungkur dibumi, Tetapi, adakah kita memerlukan 500 tahun lagi untuk bangun??

Usah berjalan diatas bumi sendiri seperti lembu dicucuk hidung! hiduuuuuup bak melukut ditepi gantang.. Kita bangkit bersama, berjuang bersama, gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni, beraaaaaat sama kita pikul, ringan sama kita jinjing haaaati kuman sama kita cecah, haaaaaaati gajah sama kita lapah. Biar seribu musuh dihadapan, kita serbu bak badai menggila! kita genggam bara apiiiiii sampai jadi arang! alaaaaang-alaaaaaang menyeluk pekasam biaaaar sampai ke pangkal lengan!

Bangun wahai Melayu, bangun! jangan persiakan pengorbanan nenek moyang mu! jangan dimalukan asal keturunan mu!

Bangun Melayu, bangun! dayung sudah hilang, perahu sudah hilang, apa yang kita tunggu lagi wahai Melayu??

mara kedepan!

Biar kita mati sebagai PEJUANG Jangan hidup bernafas sebagai PETUALANG!

Anda mungkin juga menyukai