Anda di halaman 1dari 4

Hikayat Indera Nata

Sinopsis
Indera Jenaka memberitahu bondanya, Si Batu Kembar bahawa Si Piatu itu Indera Nata boleh berkomunikasi dengan binatang. Indera Nata mengembara kerana mencari gajah bergading emas untuk Raja Rom. Dalam pengembaraan itu, Indera Nata menyelamatkan 7 orang puteri daripada dimakan oleh raksasa. Indera Nata diburu oleh raksasa sehingga ke tepi laut. Betara Gangga telah membantu mereka dengan menyuruh lembur dan naga menyeberangkan mereka(termasuk gajah) dan membunuh raksasa tersebut. Indera Nata pulang menemui ibunya. Ketujuh-tujuh orang puteri itu tinggal bersama-sama dengan Tuan Puteri Cenderawati (bonda Indera Nata).

Tema
Pengembaraan Anak Raja Menempuh Pelbagai Cabaran. Indera Nata mengembara mencari gajah bergading emas atas perintah ayahandanya, Raja Rom. Pelbagai cabaran dihadapi dalam pengembaraan tersebut antaranya menemui binatang buas di dalam hutan, mendaki bukit yang terlalu tinggi, menyelamatkan 7 orang puteri daripada tawanan raksasa, serta hampir ditangkap dan dibunuh oleh raksasa.

Persoalan
1. Keberanian anak raja menempuh cabaran -Indera Nata seorang yang sangat berani kerana binatang buas (mergastua)dapat ditewaskannya sehingga Indera Jenaka selamat daripada dimakan oleh binatang buas. 2. Kesanggupan rakyat menunaikan perintah raja -Indera Nata meninggalkan bonda yang tercinta kerana mencari seekor gajah bergading emas untuk Raja Rom. 3. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah -Tuan Puteri Cendera Kesuma meminta raksasa mencari gajah bergading emas, kijang putih bergading emas dan mencuci kain hitam sehingga putih kerana mahu melarikan diri. 4. Kasih sayang dan restu ibu -Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar sangat gembira apabila anak masingmasing pulang ke rumah . 5. Ketentuan takdir - Raja Rom mangkat akibat dibunuh raksasa yg ingin merampas gajah bergading emas tunggangannya. Raja Romlah yg menyuruh anakandanya mencarikannya gajah itu. Takdir menentukan Indera Nata bertemu dgn Tuan Puteri Cendera Kesuma yg menolongnya menyruh raksasa itu mencarikan gajah tersebut.

Teknik Plot
Ayat Panjang : Adapun Indera Nata itu sudahlah ia menyeberang lautan dibawa oleh lembur kehendaknya ke negeri Pattani, ya Tuanku Syah Alam. Adapun Indera Nata itu terlalu beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada member bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang. (halaman 59) Dialog : Maka ia pun mendengar bunyi seperti ribut. Maka kata Indera Nata, Hai adinda, bunyi apatah gemuruh itu? Maka kata tuan puteri, Hai kakanda, itulah alamat raksasa akan datang! (halaman 63) Pemerian : Syahadan maka tersebutlah perkataannya Indera Nata berjalan itu. Maka ia pun bertemulah dengan sebuah bukit terlalu amat tinggi daripada segala bukit yang lain itu. Maka ia pun naiklah ke atas gunung itu. Maka Indera Nata pun melihat sebuah rumah terlalu tingginya itu. (halaman 60)

Monolog Dalaman : Maka ia pun fikir di dalam hatinya, Rumah apakah gerangan ini yang terlalu tingginya dan besarnya. Entah rumah jinkah atau rumah syaitankah atau rumah raksasakah itu? (halaman 61)

Watak dan Perwatakan


Indera Nata Digelar Si Piatu ; anak kepada Raja Rom dan Tuan Puteri Cenderawati Sangat disayangi oleh ibunya - Bonda Indera Nata iaitu sangat bimbang dan bersedih ketika menunggu kepulangan anaknya itu daripada mengembara. Mempunyai kesaktian Indera Jenaka hairan melihat kelakuan Indera Nata yang boleh bercakap dengan binatang. Berani Menyelamatkan Indera Jenaka daripada serangan binatang buas. Baik hati - Menyelamatkan tujuh orang puteri daripada tawanan raksasa. Tuan Puteri Cendera Kesuma Anak Raja Mesir ; memiliki rupa paras yang cantik Petah berkata-kata -Tuan Puteri bukan sahaja cantik malah pandai berkata-kata dan berpantun. Bijaksana pandai membuat helah untuk membantu Indera Nata dan untuk menyelamatkan diri daripada raksasa(Tuan Puteri mencadangkan supaya raksasa mencari gajah bergadingkan emas supaya hatinya cepat membesar) Raksasa suami isteri Tinggal di mahligai di atas sebuah bukit yang tinggi. Kejam menawan tujuh orang puteri untuk dijadikan makanan. Besar, kuat dan gagah. gerakan mereka berbunyi seperti rebut Pemarah dan ganas membunuh semua rombongan Raja Rom yang pergi berburu untuk mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom Mudah diperdaya percaya helah yang dibuat oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma Indera Jenaka Anak Tuanku Syah Alam dan Si Batu Kembar Menghargai jasa Indera Jenaka menghargai Indera Nata dengan menceritakan kebaikan dan kelebihan Indera Nata kepada kedua-dua ibu bapanya. Seorang yang berterus terang - Memberitahu kedua-dua ibu bapanya siapa sebenarnya Si Piatu iaitu Indera Nata.

Latar
Latar Tempat i. Negeri Rom (rumah Si Batu Kembar) - Indera Jenaka menceritakan kepada ibu bapanya siapa Si Piatu dan darihal Indera Nata ii. Negeri Pattani - Indera Nata menentang haiwan buas dan menyelamatkan Indera Jenaka dan Indera Nata boleh bercakap dengan haiwan. iii. Sebuah bukit yang tinggi - Tempat tinggal sepasang raksasa suami isteri di sebuah mahligai yang indah bersama-sama tujuh orang puteri yang ditawan. iv. Sebuah peti emas -Tempat Indera Nata disembunyikan oleh Tuan Puteri Cendera Kesuma semasa raksasa balik. v. Tepi Laut / Pantai - Tempat isteri raksasa mencuci kain hitam supaya menjadi putih & pertemburan raksasa dengan Indera Nata. vi. Rumah Bonda Indera Nata (Tuan Puteri Cenderawati) -Kepulangan Indera Nata bersama tujuh puteri & tempat mereka menetap.

Latar Masa i. Waktu pagi raksasa keluar mencari kijang putih bertanduk emas. ii. Waktu petang raksasa tidur. iii. Waktu siang raksasa keluar mencari gajah bergading emas. iv. Tujuh hari tujuh malam perjalanan Indera Nata pulang ke rumah bondanya bersama 7 puteri. v. Waktu tengah malam Indera Nata tiba di rumah bondanya bersam tujuh puteri. Latar Masyarakat i. Golongan bangsawan Raja Rom, Tuanku Alam Syah, Tuan Puteri Cenderawati, Tuan Puteri Cendera Kesuma ii. Masyarakat taat kepada perintah Indera Nata mengikut perintah Raja Rom mengembara mencari gajah bergading emas iii. Masyarakat yang memiliki kesaktian dan hikmat- Indera Nata boleh berinteraksi dan bercakap dengan haiwan, mempunyai gemala hikmat yang boleh menyeru dan meminta bantuan Betara Gangga. iv. Masyarakat raksasa sepasang suami isteri raksasa yang tinggal di atas sebuah bukit. v. Masyarakat haiwan gajah bergading emas, ular sakti (lembur) dan naga

Gaya Bahasa
Bahasa Klasik sebermula, hatta, cetera, margastua, mencita, alamat, bicara, lembur Bahasa istana - tuanku , kakanda , anakanda . Simile maka ia mendengar bunyi seperti ribut , ia berani dengan segala binatang itu adalah ia berkata-kata seperti ia berkata dengan manusia juga. Puisi Ikan pari bertelur beribu, Bertelur sejengkal juga; Hujan arah ke langit biru, Tawakalku dapat juga. Bahasa Arab Allah Hiperbola gajah bergadingkan emas , kijang putih bertandukkan emas , parasnya gilang-gemilang, cahayanya kilau-kilauan. Personikasi Maka lembur dan naga itu datanglah bersegera kepadanya bermohon kepada Bentara Gangga itu seraya mendapatkan Indera Nata.

Nilai Murni
1. Taat akan perintah : -Indera Nata sanggup mencari gajah bergading emas untuk Raja Rom sungguhpun pekerjaan itu amat sukar dilakukan.Lembur dan naga juga taat pada Indera Nata dan Bentara Gangga. 2. Kebijaksanaan :-Tuan Puteri Kesuma meminta raksasa mencari kijang putih berkaki emas dan mencuci kain hitam sehingga putih kerana mereka mahu melarikan diri. 3. Bekerjasama :-Tuan Puteri memujuk raksasa mencari gajah bergading emas untuk memenuhi hajat Indera Nata dan Indera Nata pula berjanji membawa mereka pulang ke Negeri Rom 4. Kasih sayang :-Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar mengharapkan anak masing-masing pulang ke rumah. Akhirnya mereka kembali dengan selamat.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani dan tabah melaksanakan sesuatu tugas walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran. Contohnya, Indera Nata dapat mencari gajah bergading emas dan menyelamatkan tujuh orang puteri yang disembunyikan oleh raksasa kerana beliau ikhlas mahu berbakti kepada raja.

2. Kita hendaklah berfikir dengan bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, tuan puteri menyorokkan Indera Nata di dalam peti emas dan meminta raksasa mencari gajah bergading emas dan kijang putih bergading emas sebelum melarikan diri. 3. Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan. Contohnya Indera Nata membawa tujuh orang puteri menaiki gajah meninggalkan mahligai supaya mereka tidak dimakan oleh raksasa 4. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa kerana mereka sentiasa menyayangi kita walaupun di mana kita berada. Contohnya, Tuan Puteri Cenderawati dan Si Batu Kembar menanti kepulangan anak masing-masing dengan penuh harapan.

Anda mungkin juga menyukai