Anda di halaman 1dari 2

DUA GELIGA HIKMAT

SINOPSIS
Inderaputera yang suka mengembara telah sampai ke Tasik Semendera Jin.Di tasik
itu,Inderaputera telah bertemu dengan peri yang keluar dari dalam tasik.Peri ingin
membunuhnya,tetapi Inderaputera sempat menarik rambut peri sebelum menghempap
dirinya.Untuk melepaskan diri,peri telah berjanji untuk memberikan geliga Mayan Bedi
kepada Inderaputera serta mengakui Inderaputera sebagai cucunya.Inderaputera telah
memberitahu peri bahawa dia ingin ke Berma Sakti.Inderaputera menanyakan pemilik tasik
ini.Menurut peri,tasik ini adalah tempat anak raja peri,iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala
Nehran datang bermain-main pada setiap hari jumaat.Peri memberitahu Inderaputera
tentang gemala hikmat yang dimiliki oleh tuan puteri dan cara untuk mendapatkan gemala
hikmat milik tuan puteri.Setelah tiba hari Jumaat,Inderaputera pun ke tasik dengan
bersembunyi di dalam lubang.Ketika tuan puteri dan bidadari sedang mandi,Inderaputera
telah menyembunyikan pakaian mereka.Tuan puteri yang menyedari bahwa pakaian mereka
diambil oleh Inderaputera telah menyuruh bidadari mendapatkan pakaian mereka semula
tetapi Inderaputera tidak mengendahkannya.Akhirnya,tuan puteri sendiri yang berjumpa
dengan Inderaputera.Tuan puteri berjanji akan memberi apa-apa sahaja yang diminta oleh
Inderaputera sekiranya dia memulangkan pakaian mereka.Inderaputera meminta gemala
hikmat milik tuan puteri.Tuan puteri pun bersetuju dan berjanji untuk memberikan gemala
hikmat itu.Inderaputera kemudiannya mengikut tuan puteri pulang ke mahligainya.Setibanya
di mahligai,tuan puteri dan bidadari ghaib.Inderaputera berjalan masuk ke mahligai dengan
menempuh pelbagai dugaan.Pada pintu pertama,Inderaputera berhadapan dengan gajah
besar.Di pintu kedua,Inderaputera telah berhadapan dengan seekor harimau.Di pintu
ketiga,Inderaputera berhadapan pula dengan seekor singa yang terantai di pohon
anggur.Setelah itu,Inderaputera masuk ke pintu keempat dan di situ,dia berahdapan dengan
seekor badak.Seterusnya,Inderaputera masuk ke pintu kelima dan bertemu dengan seekor
naga berkepala tujuh.Di pintu keenam,Inderaputera berhadapan dengan seekor geruda dan
di pintu ketujuh,Inderaputera berhadapan dengan raksasa.Tuan puteri hairan melihat
kegagahan dan keperkasaan Inderaputera menewaskan semua binatang hikmat dan raksasa
itu.Setelah Berjaya menempuh cabaran,Inderaputera masuk ke taman mahligai yang dihias
dengan cantik.Pada keesokan harinya,selepas Inderaputera makan bersama dengan tuan
puteri,Inderaputera telah diberi gemala hikmat yang diminta itu.

TEMA
Tema prosa klasik Dua Geliga Hikmat ialah kegagahan dan keperkasaan seorang lelaki
yang tiada tolak bandingya untuk memiliki geliga hikmat.
PEROSALAN
1.Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati

Anda mungkin juga menyukai