Anda di halaman 1dari 2

"DUA GELIGA HIKMAT" PROSA KLASIK TINGKATAN 5 (THE POWER OF IMAGINATION)

Pengenalan
Kisah bermula apabila Inderaputera mendekati Tasik Semendera Jin, lalu bercakap dengan
mayat yang memberitahu akan kewujudan peri raksasa yang kerjanya menindih sesiapa yang
ada di situ hingga mati. Maka, Inderaputera pun berpura-pura tidur, lalu peri raksasa itu cuba
menindihnya. Inderaputera pun segera menangkap rambut peri. Sebagai balasan melepaskan
rambut peri, Inderaputera diberikan geliga hikmat Mayan Bedi, dan diakui sebagai cucu peri.
Perkembangan Cerita
Cerita peri sebagai penunggu tasik menimbulkan keinginan Inderaputera untuk bertemu Tuan
Puteri Seri Ratna Gemala Nehran yang memiliki satu lagi geliga hikmat yang luar biasa hingga
boleh mengeluarkan negeri lengkap dengan rakyat jelata, peri dan dewa. Geliga hikmat itu
diletakkan di kemuncak mahligai puteri. Peri mengajar Inderaputera supaya mengambil baju
puteri ketika dia turun mandi di tasik sebagai tukaran perjanjian untuk memperoleh geliga
hikmat puteri.
Diringkaskan cerita, tuan puteri pun turunlah, tetapi wajahnya pucat dan tidak berseri-seri
sebagaimana biasa. Puteri memberitahu bidadari bahawa baginda bermimpi naga memagut
pinggang baginda, diselimuti bunga harum, lalu gemala hikmat di kemuncak mahligai ditelan
naga. Bidadari mentafsir mimpi puteri sebagai segera bernikah dengan Raja Dewa Lela
Mengerna, tunang baginda.
Tuan puteri turun dengan menaik tabak (seperti talam) melayang pantas mendarat di tepi tasik.
Inderaputera segera keluar daripada lubang persembunyian dan berjaya mengambil baju
antakesuma tuan puteri. Keadaan menjadi kecoh apabila Inderaputera sengaja muncul
menyebabkan segala bidadari cuba mencari baju masing-masing, sedangkan tuan puteri
bersembunyi di balik pohon kurma.
Melihat bidadari tersenyum sesama sendiri, puteri menitahkan bidadari tua berulang-alik
menemui Inderaputera yang berpura-pura tidak tahu apa-apa. Akhirnya tuan puteri sendiri
berjumpa Inderaputera, lalu menawarkan perjanjian memenuhi kehendak Inderaputera. Maka,
Inderaputura mengikut puteri menuju mahligai dengan menaiki tabak hingga ditinggalkan
Padang Belantara Hairani, sedang puteri ghaib di udara.
Ujian yang dihadapi oleh Inderaputera
1 Gajah besar di muka pintu mahligai. Dirantai pada pohon beringin. Mata gajah tidak berkelip
menandakan ia hanya gajah hikmat. Rantai diputuskan dan gajah rebah tiada bergerak lagi.

2 Harimau hikmat buatan permata berharga. Dirantai pada pohon delima. Juga rebah setelah
tali pesawat diputuskan.
3 Singa hikmat yang dirantai pada pohon anggur.
4 Badak hikmat dirantai pada pohon kurma. Diperbuat daripada hablur dan besi kersani.
5 Naga hikmat berkepala tujuh.
6 Geroda hikmat dirantai pada pohon cemara. Diperbuat daripada batu berani, pualam, intan
dan besi kersani.
7 Raksasa naik kuda hijau hikmat. Tali pesawat tersembunyi dalam tanah diputuskan.
Setelah melepasi semua halangan, Inderaputera dijemput ke taman ghairah. Inderaputera
diminta mandi dalam kolam dan diberi persalinan indah. Inderaputera saling berbalas pantun
dengan puteri sambil menikmati makan minum yang lazat.

Inderaputera kemudia beradu (tidur) di Balai Rangga Puspa Berahi yang dihias indah. Setelah
bersugi dan kemudian santap keesokan harinya. Inderaputera bertanya semula tentang gelaga
hikmat yang dijanjikan. Tuan Puteri segera menunaikan janji sambil menerangkan kegunaan
gemala hikmat yang boleh mencipta negeri lengkap dengan pegawai dan rakyat jelata, dan
untuk menurunkan hujan, angin atau api dengan hanya mencita nama Dewa Langkurba, nenek
puteri yang berada dalam laut...

Anda mungkin juga menyukai