Anda di halaman 1dari 21

HIKAYAT INDERA

NATA
Wahyunah Abd. Ghani
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan seorang pemuda yang bernama
Indera Nata, iaitu anak Raja Rom yang mempunyai
kehebatan tersendiri. Hal ini diceritakan oleh Indera
Jenaka, anak Si Batu Hampar yang mengikut Indera Nata.

Dalam pengembaraannya, Indera Nata telah melihat


sebuah rumah yang terlalu tinggi dan di sebelahnya
terdapat sebuah istana. Di situ dia telah melihat tujuh
orang puteri, iaitu Puteri Cendera Kesuma (anak Raja
Mesir), Puteri Normia (anak Raja Baghdad), Puteri Indera
Paksi (anak Raja Siam), Puteri Ratna Cahaya (anak Raja
Kufah), Puteri Ratna Bagang (anak Raja Iraq), dan Puteri
Cendera Maha Dewi (anak Raja Peringgi). Mereka berada
di situ untuk dibesarkan oleh raksasa dan seterusnya
akan dimakan oleh raksasa tersebut.
Indera Nata memberitahu semua puteri itu bahawa dia
ke situ kerana Raja Rom memintanya mencari gajah
yang bergading emas. Kesemua puteri itu sedia untuk
dibawa ke benua Rom oleh Indera Nata kerana tidak
mahu menjadi mangsa raksasa. Puteri Cendera Kesuma
mengatakan bahawa mereka berupaya untuk
mendapatkan gajah bergading emas itu daripada
raksasa.

Apabila raksasa pulang, dia merasakan bahawa terdapat


bau manusia di dalam rumahnya. Indera Nata telah
disorokkan oleh Tuan Puteri di dalam sebuah peti emas
dan Tuan Puteri menafikan bahawa terdapat manusia di
situ. Tuan Puteri telah meminta raksasa mencarikan
gajah yang bergading emas supaya hati mereka
membesar dengan lebih cepat.
Setelah raksasa dan isterinya pulang, Tuan Puteri telah
meminta raksasa mencarikan kijang putih bertanduk emas.
Mereka juga meminta raksasa dan isteri mencucikan kain
hitam sehingga menjadi putih. Setelah usaha mereka gagal,
raksasa dan isterinya pulang ke rumah.

Semasa raksasa dan isteri mencari kijang, Indera Nata dan


kesemua puteri keluar dari mahligai. Setelah raksasa dan
isterinya mendapati kesemua puteri telah tiada, mereka pun
pergi mencari kesemua puteri tersebut. Ketika itu, Indera
Nata telah memperoleh bantuan daripada Betara Gangga
yang menyuruh ular sakti dan naga menyeberangkan Indera
Nata dan kesemua puteri

Selepas menempuh perjalanan selama tujuh hari tujuh


malam, mereka pun sampai di rumah bonda Indera Nata.
Apabila Tuan Puteri Cenderawati melihat Indera Nata, dia
berasa sungguh gembira. Kesemua
puteri itu tinggal bersama-sama Puteri Cenderawati
TEMA
• Cerita ini bertemakan kemasyarakatan.
• Cerita ini menyatakan kehebatan anak-anak raja
menangani pelbagai rintangan.
• Contohnya Indera Nata yang mengembara
untuk menunaikan hasrat bapanya, iaitu Raja
Rom yang memintanya mencari gajah yang
bergading emas.
• Selain itu, ketujuh-tujuh orang puteri pula bijak
menggunakan kesempatan melepaskan diri
daripada raksasa dengan bantuan Indera Nata.
PERSOALAN
Keberanian seorang anak raja
• Indera Nata berani berhadapan dengan binatang
buas semasa masuk ke hutan. (m/s 59)

Kesaktian seorang anak raja


• Indera Nata mempunyai kesaktian iaitu boleh
berkomunikasi dengan binatang. (m/s 59)

Kasih ibu kepada anak


• Bonda Indera Nata amat menyayangi anaknya,
Indera Nata. (m/s 67)
Hubungan mesra antara ahli keluarga
• Bonda Indera Nata gembira apabila bertemu
semula dengan anakandanya yang telah
lama tidak pulang. (m/s 67)

Tanggungjawab sesama manusia


• Indera Nata menyelamatkan tujuh orang puteri
daripada tawanan raksasa. (m/s 67-68)

Penyelesaian masalah secara bijaksana


• Semasa raksasa pulang, Tuan Puteri telah
menyorokkan Indera Nata di dalam peti emas supaya
tidak dapat dikesan oleh raksasa. (m/s64)
PLOT
Permulaan
• Indera Nata memberitahu bondanya
(Si Batu Kembar) bahawa Indera Nata
mempunyai keistimewaan, iaitu
dibawa menyeberang lautan oleh ular
sakti.

• Indera Nata juga boleh bercakap


dengan binatang dan berani
berhadapan dengan binatang buas
Perkembangan
• Indera Nata terjumpa sebuah istana dan di situ
dia terlihat tujuh orang puteri.

• Indera Nata dan tujuh orang puteri itu


berkenalan dan menceritakan situasi masing-
masing.

Konflik
• Tujuh orang puteri itu dibesarkan oleh raksasa
dan akan dimakan oleh raksasa.

• Tuan Puteri Cendera Kesuma memberitahu


Indera Nata bahawa gajah yang dicari boleh
diuruskan oleh mereka dengan meminta raksasa
mencarikan gajah tersebut
• Raksasa pulang dan dapat mengesan bau
manusia.

• Tuan Puteri meminta raksasa suami isteri


mencarikan mereka gajah bergading emas dan
kijang putih
bertanduk emas serta kain yang hitam disuruh
cuci sehingga putih.

• Semasa raksasa keluar mencari


kijang putih, Indera Nata dan
ketujuh-tujuh orang puteri keluar dari
mahligai
Klimaks
• Raksasa sedar bahawa mereka telah ditipu.

• Betara Gangga telah membantu Indera Nata dan


tujuh orang puteri dengan menyuruh ular sakti dan
naga menyeberangkan mereka (termasuk gajah).

• Raksasa suami isteri mati setelah


dibawa oleh ular sakti dan naga ke
tengah laut.
Peleraian
• Indera Nata pulang menemui ibunya.

• Ibunya gembira dapat bertemu semula dengan


anak yang telah lama mengembara.

• Ketujuh-tujuh orang puteri itu tinggal


bersama-sama dengan Tuan Puteri
Cenderawati (bonda Indera Nata)
LATAR
Latar tempat
• Di negeri Rom, tepi laut, sebuah bukit,
mahligai, di dalam peti emas, dan didalam
hutan.

Latar masa
• Pada waktu petang, hampir siang, siang,
tengah malam, dan selama tujuh hari
tujuh malam.
Latar masyarakat
• Masyarakat yang baik hati.

• Masyarakat yang bersifat kejam.

• Masyarakat yang sedia membantu


orang yang berada dalam
kesusahan.

• Masyarakat yang mempunyai kuasa sakti.

• Masyarakat yang mempunyai sifat kasih sayang


WATAK & PERWATAKAN
INDERA NATA
• Berani (m/s 59)
• Boleh bercakap dengan binatang (m/s 59)
• Taat pada suruhan bapa/raja (m/s 61)
• Penyayang (m/s 67)
• Mengharapkan kuasa lain untuk menyelamatkan
diri (m/s 66)\
• Gagah
• Berhati mulia
TUAN PUTERI CENDERA KESUMA
• Bimbang akan nasib diri (m/s 61)
• Sedia membantu orang lain (m/s 64)
• Bijaksana
• Berani
• Penyayang
• Sopan
• Rindu akan ibu bapa (m/s 68)

RAKSASA
• Amat kejam (m/s 61)
• Boleh mengenal pasti bau manusia (m/s 64)
• Gigih berusaha
GAYA BAHASA
INVERSI
• “…esok harilah aku pergi mencari kehendakmu
itu!” (m/s 64)

SIMILE
• “…menengar bunyi seperti ribut (m/s 63)

PERIBAHASA
• seperti orang beroleh gunung emas (m/s 62)
REPITISI
• Hatta maka tiada berapa lamanya ia bersama-sama
dengan tuan puteri itu maka kata Tuan Puteri Cendera
Kesuma… (m/s 63)

SINKOF
• Maka kata raksasa, “Hai cucuku, esok…” (m/s 65)

HIPERBOLA
• Tuan puteri ketujuh itu terlalu elok parasnya gilang-
gemilang cahayanya kilau-kilauan… (m/s 62)

ANAFORA
• Maka ia pun mendengar bunyi seperti ribut.
• Maka kata Indera Nata… (m/s 63)
NILAI & PENGAJARAN
Keberanian
• Kita perlulah berani menempuh cabaran
dalam kehidupan.

Bijaksana
• Kita mestilah menyelesaikan
masalah dengan bijaksana.

Taat
• Sebagai anak, kita mestilah mentaati orang tua
kita kerana mereka telah membesarkan kita sejak
lahir lagi.
Kasih sayang
• Kita mestilah mengasihi keluarga
kita.

Tolong-menolong
• Kita mestilah membantu insan
yang berada dalam kesusahan.

Kerjasama
• Kita haruslah bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah.
TAMMAT
Disediakan oleh:-

• Izzatul Irdiana bt Abd Hamid


• Hilmi Marzuqi b Mohd Nor
• Fawwaz Hamiz b Zainudin
• Iylda Syahranie bt Ab Razak

Anda mungkin juga menyukai