Anda di halaman 1dari 28

DUA GELIGAT HIKMAT

Ali Haji Ahmad (Penyelenggara)

SINOPSIS

Indera putera mengembara dan sampai di Tasik Semendera Jin yang indah. Ketika berjalan di tepi tasik itu, Inderaputera disapa oleh suara yang mengingatkannya agar berhati-hati. Inderaputera mendapati bahawa suara itu adalah daripada mayat yang terdapat di bawah pokok. Mayat itu memberitahunya bahawa terdapat raksasa di dalam tasik itu yang menindih kepalanya sehingga dia tidak dapat bangun lagi.

Apabila Inderaputera melihat peri itu keluar dari tasik, dia berpura-pura tidur. Ketika peri hendak menindih kepalanya, inderaputera melompat dan menangkap rambut peri dengan pantas. Peri merayu agar dilepaskan rambutnya dan berjanji akan memberikan apaapa sahaja permintaan Inderaputera. Inderaputera kemudiannya diberi batu hikmat yang bernama Mayan Bedi.

Inderaputera memperkenalkan dirinya kepada peri bahawa dia ialah anak Maharaja Bikrama Puspa dan bondanya Puteri Jamjam Ratna Dewi. Inderaputera memberitahu bahawa dia mahu pergi ke Berma Sakti. Peri memberitahu Inderaputera bahawa di tasik inilah tempat anak raja peri bermain-main pada setiap hari Jumaat. Namanya Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehru anak kepada Maharaja Syah Tokan.

Tuan puteri diasuh oleh 7 orang bidadari, dijaga dengan 7 lapis pagar berjaring, dan dikawal oleh 7 ekor binatang. Tuan puteri telah bertunang dengan Raja Mengerna Lela Dewa. Peri juga memberitahu bahawa tuan puteri mempunyai batu hikmat yang terletak di atas puncak mahligai.

Batu hikmat itu boleh mengeluarkan negeri berserta dengan rakyat, senjata, beribu-ribu peri dan dewa. Inderaputera pun ingin berjumpa dengan tuan puteri lalu meminta cadangan peri. Peri menyarankan Inderaputera menyembunyikan diri ketika tuan puteri mandi dan mengambil baju tuan puteri serta meminta tuan puteri itu membuat perjanjian.

Di mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehru, bidadari menyatakan bahawa wajah tuan puteri kelihatan pucat. Tuan puteri menjelaskan bahawa dia telah bermimpi. Dalam mimpi itu, dia dipagut oleh seekor naga di pinggang. Naga itu melancar ke puncak mahligai lalu menelan gemala hikmatnya.

Bidadari memberitahu tuan puteri akan berkahwin dengan Raja Dewa Lela Mengerna. Keesokan harinya, tuan puteri dan semua bidadari bersiap-siap hendak ke tasik untuk mandi. Tuan puteri memakai baju antakesuma. Tabah dibubuh hikmat lalu mereka melayang turun ke tasik. Ketika tuan puteri dan semua bidadari sedang mandi, Inderaputera menyembunyikan dirinya.

Inderaputera menyembunyikan baju-baju di dalam lubang yang digalinya. Inderaputera turun ke dalam tasik dan mencubit pinggang tuan puteri. Tuan puteri terkejut lalu naik ke tepi tasik. Dia memberitahu bidadari bahawa dia seperti dipagut oleh ular.

Bidadari ternampak Inderaputera yang sedang berjalan di bawah pohon kayu sambil makan buah-buahan dan menaburkan bungabungaan. Tuan puteri dan semua bidadari pun bergegas hendak mencari baju mereka tetapi tidak dijumpai. Tuan Puteri menyedari bahawa Inderaputeralah yang telah menyembunyikan baju mereka. Tuan puteri menyuruh bidadari meminta baju

Akhirnya, tuan puteri sendiri terpaksa meminta baju daripada Inderaputera. Tuan puteri berjanji akan menunaikan kehendak Inderaputera. Inderaputera pun menyatakan hajatnya hendak mendapatkan gemala hikamat yang ada di puncak mahligai tuan puteri. Tuan puteri terpaksa bersetuju dengan permintaan Inderaputera kerana hendak mendapatkan semula bajunya.

Tuan puteri membawa Inderaputera ke mahligainya. Apabila Inderaputera sampai di Padang Belantara Hairani, tuan puteri dan semua bidadari ghaib. Dalam perjalanan ke mahligai, Inderaputera melalui 7 lapis pagar berjaring dan bertarung dengan 7 ekor binatang yang mengawal setiap lapis pagar tersebut, iaitu gajah, harimau, singa, badak, naga berkepala tujuh, geroda, dan raksasa berkuda hijau.

Inderaputera telah berjaya membunuh semua binatang itu. Segala perbuatan Inderaputera telah diperhatikan oleh tuan puteri dan bidadari. Tuan puteri sangat hairan melihat kegagahan dan kebijaksanaan Inderaputera. Tuan puteri memberikan persalinan yang cantik kepada Inderaputera.

Tuan puteri membubuh hikmat ke dalam piala firus supaya Inderaputera mabuk. Mereka santap bersama-sama sambil berpantun. Apabila hari sudah malam, tuan puteri meminta Inderaputera pergi ke Balai Rangga Puspa Berahi untuk beradu. Pada keesokannya, Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat kepadanya.

Tuan puteri menunaikan janjinya dan menjelaskan kegunaan gemala hikmat tersebut. Inderaputera sangat gembira kerana memperoleh gemala hikmat yang dihajatinya.

TEMA

Kegagahan dan keperkasaan seorang lelaki yang tiada tolak bandingnya untuk memilike geligat hikmat.

PERSOALAN

Keberanian menentang kuasa-kuasa luar biasa. Pengembaraan anak raja untuk mendapatkan pengalaman dan jodoh. Kebijaksanaan menyelesaikan masalah. Tipu muslihat untuk memenuhi hajat di hati. Kehidupan alam kenyataan dengan masyarakat kayangan yang penuh dengan unsur luar biasa.

WATAK DAN PERWATAKAN

Inderaputera
Anak raja (berketurunan bangsawan) Anak kepada maharaja Bikrana Buspa dan Puteri Jamjam Ratna Dewi Mengembara untuk mencari ilmu dan bakal isteri Seorang yang gagah berani dan bijaksana Bertubuh sasa dan tampan Tabah menempuh dugaan dan cabaran

Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran


Berketurunan

dewa-dewa Anak Maharaja Syah Tokan Tunang kepada kepada Raja Mengerna Lela Dewa Puteri yang cantik jelita Suka bermain-main di Tasik Semendera Jin Tinggal di dalam mahligai Dijagai oleh tujuh orang bidadari Memiliki gemala hikmat

Peri
Raksasa

di Tasik Semendera Jin Berketurunan jin Pemilik geliga Mayan Bedi Mengakui Inderaputera sebagai cucunya Sayang akan Inderaputera

Tujuh Orang Bidadari


Cantik

rupawan Taat setia kepada perintah Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran Melayan Inderaputera dengan berhemah ketika dia berada di mahligai tuan puteri.

LATAR

Latar Tempat
Tasik

Semendera Jin

Tempat

tinggal Peri Tempat Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mandi setiap Jumaat
Balai

dalam Taman Rangga Puspa Berahi


tidur Inderaputera di mahligai

Tempat

Mahligai

Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran


dibawa ke mahligai dan diraikan oleh

Inderaputera

bidadari

Latar Masa
Zaman

pengaruh hindu
pada dunia kayangan dan mistik

Percaya

Latar Masyarakat
Golongan

bangsawan Masyarakat Jin Masyarakat di alam kayangan

GAYA BAHASA

Bahasa Melayu Klasik Bahasa Istana Bahasa Arab Simile


airnya

seperti bau kasturi (hal. 56)

Hiperbola Pantun Kata ganda


melihat

indah-indah rupanya. (hal. 60)

Pengulangan/ Repitisi
anak

mati dibunuh itu, disumpahnya pula tunangan tuan puteri itu oleh anak mati dibunuh itu! (hal. 68)

NILAI

Bijaksana
Inderaputera

menggunakan kebijaksanaan untuk memperoleh geliga Mayan Bedi daripada peri dan gemala hikmat daripada Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
mempunyai keberanian dalam menghadapi cabaran di mahligai.

Berani
Inderaputera

Tolong-menolong
Peri

menolong Inderaputera untuk bertemu dengan Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Puteri Seri Ratna Gemala Nehran melayan kedatangan Inderaputera di mahligainya dengan sopan santun.

Bersopan Santun
Tuan

PENGAJARAN

Kita hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana untuk memperoleh kejayaan. Setiap cabaran dan dugaan perlu dihadapi dengan berani. Kita mestilah melayan tetamu yang datang dengan sopan. Kita hendaklah menepati janji dalam pergaulan seharian.

Anda mungkin juga menyukai