Anda di halaman 1dari 18

PROSA KLASIK

Hikayat Langlang Buana


SINOPSIS
 Kisah bermula apabila Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
bersama-sama dayang inang pengasuhnya pergi ke
taman untuk bersiram. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
tidak mengetahui bahawa semasa dia bersiram, dia telah
diperhatikan oleh Raja Indera Bumaya yang
bersembunyi di balik pokok kemunting.
SINOPSIS
 Raja Indera Bumaya telah bertukar menjadi seekor
burung bayan yang cantik lalu hinggap di dahan pokok
kemunting dan mengeluarkan bunyi yang sangat merdu.
Bunyian tersebut telah menarik perhatian Tuan Puteri
Mandu Ratna Dewi.
SINOPSIS

Tuan Puteri telah mengarahkan dayang untuk menangkap


burung bayan tersebut tetapi tidak berjaya. Apabila
kesemua dayang gagal menangkap burung bayan itu,
dayang mencadangkan Tuan Puteri menangkap burung
bayan itu sendiri. Tiba-tiba burung bayan terbang dan
hinggap pada lengan Tuan Puteri. Tuan Puteri bertanya
tentang asal-usul bayan. Bayan menceritakan dia berasal
dari Negeri Lela Gambar dan mempunyai tuan yang
bernama Raja Indera Bumaya.
 Puteri ingin sekali bertemu dengan tuannya itu. Bayan
akhirnya menukarkan dirinya menjadi Raja Indera
Bumaya dan akhirnya mereka saling berkasihan. Berita
tentang adanya suara lelaki di istana Tuan Puteri telah
menyebabkan ayahanda Tuan Puteri iaitu Raja Bahrum
Dewa menjadi murka. Baginda telah mengarahkan 40
orang hulubalang dan rakyat untuk menangkap Raja
Indera Bumaya.
 Perintah tersebut telah menyebabkan Tuan Puteri berasa
sedih dan bimbang akan keselamatan Raja Indera Bumaya.
Namun Raja Indera Bumaya berjaya menewaskan angkatan
serangan Raja Bahrum Dewa dengan bantuan 4 orang
hulubalang yang dijelmakan daripada batu geliga. Raja
Bahrum Dewa sangat murka dengan kekalahan tersebut lalu
mengarahkan pula seluruh rakyat menangkap Raja Indera
Bumaya sekali lagi. Kali ini Raja Indera Bumaya dibantu
oleh empat ribu jin. Pertempuran tersebut menyebabkan
berlakunya pertumpahan darah yang dahsyat.
KOSA KATA
1. Dayang inang – orang suruhan
(pembantu) di istana

2. Bersiram – mandi

3. Merdu – suara yang sedap didengar

4. Hinggap – turun dan duduk bertenggek

5. Saling berkasihan – bercinta

6. Murka – marah

7. Batu geliga – batu hikmat yang mempunyai


kuasa sakti (magic)
TEMA DAN PERSOALAN
Tema
 kisah percintaan dan kehebatan seorang anak raja dalam
usaha mencapai cita-cita 王子的爱与王子实现目标的故事

Persoalan
1. keberanian dalam menghadapi dugaan untuk
mencapai cita-cita
2. kasih sayang seorang anak raja terhadap seorang
puteri
3. kebijaksanaan dalam mencari jalan untuk mencapai
cita-cita
4. taat setia rakyat terhadap pemerintah
WATAK DAN PERWATAKAN

1. Raja Indera Bumaya

 Anak raja dari Negeri Lela Gambar


 Bijaksana. Raja Indera Bumaya menjelmakan dirinya
sebagai burung bayan agar dia dapat memerhatikan gerak
geri Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.
 Berani. Raja Indera Bumaya berani duduk bersama-sama
Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dalam istananya memadu
kasih.
WATAK DAN PERWATAKAN
 Mempunyai kuasa sakti (bertukar menjadi seekor burung bayan
yang cantik) matanya daripada intan 钻石 , bulunya daripada
pusparagam dan kakinya daripada emas.
 Gagah perkasa 英勇 . Raja Indera Bumaya tidak dapat ditangkap
oleh hulubalang yang mengepungnya .
.
2. Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
 Puteri Raja Bahrum Dewa

 Periang. Tuan puteri suka bergurau senda.

 Seorang yang cantik. Raja Indera Bumaya terpesona


dengan kecantikan Tuan Puteri ketika berbedak dan
berlangir
 Suka akan binatang. Tuan Puteri terlalu sukacita
apabila mendapat burung Bayan
 Sangat mencintai kekasihnya.. Tuan Puteri tidak
sanggup hidup lagi jika Raja Indera Bumaya mati.
3. Raja Bahrum Dewa
 Seorang raja yang tegas. Dia tidak suka lelaki luar
berada bersama-sama puterinya.
 Pemarah. Baginda mengarahkan hulubalang mengepung
Raja Indera Bumaya yang memadu kasih dengan
anakandanya sehingga mencetuskan kemarahannya.
 Mengambil berat akan anakandanya. Baginda
menganggap perbuatan Tuan Puteri Ratna Dewi yang
memadu kasih dengan Raja Indera Bumaya sebagai
celaka dan memalukan baginda.
LATIHAN UNIT 4
MS 108
1. Huraikan maksud rangkai kata menjadi bunga
yang sudah dikarang. (muka surat 41, Antologi
Dirgahayu Bahasaku)

Maksud rangkai kata menjadi bunga yang


sudah dikarang ialah menukarkan dirinya
sebagai bunga yang telah digubah.
( menjadi bunga yang sudah dikarang 的意思
是变身为编制过的花。 )
2. Berikan tiga bukti keempat-empat orang menteri sangat
bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka. (muka
surat 43, Antologi Dirgahayu Bahasaku)

Tiga bukti keempat-empat orang menteri sangat


bertanggungjawab semasa menjalankan tugas mereka ialah
mereka mengawal istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi selama
24 jam. Selain itu, mereka tidak mengambil tindakan secara
melulu sebelum mendapat perkenan raja. Seterusnya, mereka
berbincang tentang perbuatan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
sebelum bertindak.

( 四位大臣在履行职责时非常负责的三个证明是他们 24 小时
守卫着 Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi 的宫殿。而且,在得到
国王的认可之前,他们也没有贸然出手。接下来,他们在行
动前讨论了 Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi 的行为 ) 。
3. Berdasarkan petikan muka surat 46, Antologi Dirgahayu
Bahasaku, apakah yang dilakukan oleh Raja Indera Bumaya
untuk memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi?

Berdasarkan petikan muka surat 46, Antologi Dirgahayu


Bahasaku, tindakan yang dilakukan oleh Raja Indera
Bumaya untuk memujuk Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
ialah baginda menggunakan kata-kata yang manis dengan
mengatakan bahawa Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi
sebahagian daripada nyawa baginda. Selain itu, Raja Indera
Bumaya meminta Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berhenti
menangis kerana perbuatan itu akan menyebabkan baginda
bersedih.
( 根据 46 页,王子为了劝告公主的举动是他用甜言蜜语
说公主是他生命的一部分。王子要求公主停止哭泣因为
公主此举动会让他伤心。 )
4. Apakah kesan daripada peperangan antara pihak
Raja Indera Bumaya dengan pihak Raja Bahrum
Dewa? (muka surat 47, Antologi Dirgahayu
Bahasaku)

Kesan daripada peperangan antara pihak Raja Indera


Bumaya dengan pihak Raja Bahrum Dewa ialah
banyak rakyat yang tercedera dan terkorban. Darah
rakyat yang mengalir ke tanah telah menjadi tasik.
( 王子和国王之间的战争所带来的后果是很多人
民受伤及牺牲。人民的鲜血流入大地,形成了
湖。 )
5. Terdapat kuasa sakti dalam Hikayat Langlang Buana.
Berikan tiga bukti untuk menyokong penyataan ini.

Tiga bukti untuk menyokong pernyataan di atas ialah Raja


Indera Bumaya dapat menjelma menjadi burung bayan, burung
nuri dan kalungan bunga. Selain itu, Raja Indera Bumaya pun
menyeru geliga daripada Raja Johan Shahperi untuk
mengeluarkan empat jin yang menyerupai manusia yang
lengkap bersenjata. Lagipun, Raja Indera Bumaya
kemudiannya menyeru gemala hikmat untuk mengeluarkan
empat ribu jin untuk berperang dengan rakyat Raja Bahrum
Dewa.
(三个可以支持以上论点的证据是王子可以变身为鹦鹉,
小鹦鹉和花圈。他也可从 Raja Johan Shahperi 那里召唤
精灵以变出类似人类并带着完整武器的四个幽灵妖怪。王
子之后还要求魔石以召唤四千个精灵对抗国王的人民。)

Anda mungkin juga menyukai