Anda di halaman 1dari 4

Gelanggang Tuk Wali (Ismail Kassan)

Sinopsis
Tuk Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri.Tuk Siak & Imam berkunjung ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi & inginnya menasihati Tuk Wali agar berhenti bersilat kerana usianya telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tuk Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tuk Wali kerana telah menampar cucu Siak.Tuk Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tuk Wali. Tuk Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tuk Wali.

Tema
Kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya daripada lenyap ditelan zaman. -Tuk Wali mengajar ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Tuk Wali juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang.

Persoalan
1. Halangan yang terpaksa ditempuh dalam usaha memelihara warisan bangsa. -Tuk Wali menghadapi pelbagai cemuhan kerana masih memperjuangkan ilmu persilatannya walaupun sudah berusia. 2. Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan suasana tidak harmoni. -Siak masih berdendam dengan Tuk Wali yang berkahwin dengan Mak Umi, bekas tunangannya. 3. Kegigihan golongan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. - Ripin dan Mariam berusaha membantu Tuk Wali mengekalkan warisan ilmu persilatan. 4. Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat Melayu. - Tuk Wali menyerahkan keris pusaka warisan kepada Ripin sebagai suatu amanah supaya Ripin terus mempertahankan pusaka warisan seni nenek moyang.

Teknik Plot
1. Teknik pemerian -Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama. 2. Teknik dialog -Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak. 3. Teknik imbas kembali -Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut. 4. Teknik suspens. -Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.

Watak dan Perwatakan


Tuk Wali (Wak Raja Wahudin bin Raja Agus Salam) guru silat ; umur lingkungan 70-an. Bersemangat waja dan memiliki jati diri kerana mempertahankan seni silat warisan bangsa. Tegas pendirian -Tuk wali tetap ingin bersilat di rumah Haj Kodri walaupun dihalang oleh Mak Umi, Imam dan Siak , tidak mahu menerima permintaan empat orang remaja yang ingin belajar silat daripadanya kerana kebiadapan mereka.

Berani -Tuk wali berani berlawan dengan Siak apabila Siak datang ke rumahnya Cepat bertindak -Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak di kedai emas Taat perintah agama -Tuk wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat Suka membantu -Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah Merendah diri - Walaupun Tuk Wali dapat menewaskan perompak dan dipuji oleh Halim dan Jamil tetapi Tuk Wali tetap merendah diri dan mengatakan semua itu kebetulan sahaja Mak Umi isteri ke-3 Tuk Wali ; umur lingkungan 50-an.; hormat dan pandai melayan tetamu. Bijak mematahkan hujah -Mak Umi bijak berdebat dengan Imam dan Siak apabila mereka mempersendakan suaminya, Tuk Wali Penyabar -Mak Umi sabar melayan kerenah suaminya Tuk Wali yang berlagak seperti orang muda walaupun umurnya telah tua Prihatin -Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah Penyayang -Mak Umi mempertahankan sikap, pendirian dan perlakuan Tuk Wali ketika disindir oleh Imam dan Siak Ripin anak murid Tuk Wali ; umur lingkungan 30-an. menghormati orang tua -Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tok Wali. matang -menolak pemberian keris dan sekali gus menggantikan tempat Tuk Wali atas alasan masih belum layak memegang amanah tersebut. berjanji untuk menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Piee (Syafiee) cucu tiri Tuk Wali.; penagih dadah yang baru keluar dari pusat pemulihan. suka mencuri -duit , biola & keris Tuk Wali sukar untuk mengubah tingkah lakunya yang buruk walaupun telah dinasihati dan dimarahi oleh Tuk Wali. bertindak kejam dengan menikam Tuk Wali apabila perbuatan mencurinya dihalang oleh Tuk Wali. Siak sebaya dengan Tuk Wali ; bekas tunangan Mak Umi. pendendam kerana masih menyimpan rasa marah terhadap Tuk Wali yang mengahwini bekas tunangnya. cepat hilang pertimbangan dan mudah naik angin kerana sanggup mencabar Tuk Wali yang menampar cucunya. pandai berpura-pura di sebalik jawatannya untuk menjatuhkan orang lain, iaitu memburuk-burukkan nama Tuk Wali kepada orang ramai. cepat menyalahkan orang lain apabila bertindak menuduh Ripin membunuh Tuk Wali. Imam sepakat dengan Siak; lebih muda drpd Tuk Wali Mariam anak murid wanita terbaik Tuk Wali Halim/ Jamil wartawan yg menemu ramah Tuk Wali tentang kejadian Tuk mengalahkan 4 perompak yg berparang, kapak & pistol di kedai emas

Latar

Latar Tempat Di rumah Tuk Wali (Teluk Penyabung): tempat tetamu datang menemui Tuk Wali. Di gelanggang silat: tempat Tuk Wali mengajar bersilat. Di rumah Haji Kodri: semasa majlis perkahwinan anak perempuannya, Haji Kodri menjemput Tuk Wali untuk membuat persembahan silat.

Latar Masa 1. Pada waktu pagi: semasa Ripin datang ke rumah Tuk Wali. 2. Pada waktu petang: semasa Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri. 3. Pada waktu malam: semasa Tuk Wali berada di beranda rumah sambil menggesek biola. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang ingin mengekalkan warisan budaya bangsa - Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda 2. Masyarakat penagih dadah -Piee merupakan penagih dadah dan sukar untuk membuang tabiat itu 3. Masyarakat pendendam -Siak berdendam dengan Tuk Wali kerana mengahwini bekas tunangnya 4. Masyarakat yang taat pada perintah agama -Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dan tidak melupakan amalan sunat 5. Masyarakat yang hipokrit -Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.

Gaya bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab: Assalamualaikum Insya-Allah, Astagfirullahalazim 2. Bahasa Inggeris: Sorrylah. 3. Bahasa Indonesia: Bisa copot jantungku 4. Sinkope: -Yang itu tak pulak disebut! -Kerana dah tualah tak jadi manis tu! 5. Simile: -Kawannya macam lalat ; ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. ; macam rimau tak ada gigi 6. Simpulan bahasa : kambing hitam 7. kata ganda : bertalu-talu, gegak-gempita

Nilai
1. Nilai taat akan perintah agama -Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. 2. Nilai jati diri yang kuat. - Tuk Wali, Ripin, dan Mariam gigih mempertahankan seni silat yang merupakan budaya warisan bangsa. (sampai Tuk Wali tak merantau spt kawan lain) 3. Nilai keberanian. - Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak. 4. Nilai kasih sayang. - Ripin dan Mariam amat sayang akan gurunya; Tuk Wali sentiasa member nasihat kepada Piee agar tidak terjebak ke lembah hina. 5. Nilai bertanggungjawab. -Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada anak-anak muda di kampung itu. 6. Baik hati & ikhlas. Tuk Wali melakukan sesuatu kerja dgn ikhlas tanpa meminta balasan. Dia sebagai guru silat, tukang urut, tukang pinang, org tolong gali kubur & mandikan mayat.

Pengajaran
Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan datang berpeluang mendapat manfaatnya. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah.

Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak. Kita hendaklah menjaga air muka seseorang terutamanya ketika di khalayak umum.

Anda mungkin juga menyukai