Anda di halaman 1dari 41

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

NOTA RUJUKAN

GELANGGANG TUK WALI Karya Ismail Kassan SINOPSIS Babak 1 Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu. Babak 2 Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tuk Wali sepatutnya menghabiskan masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi, Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tuk Wali. Babak 3 Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tuk Wali. Tuk Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tuk Wali dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk 80

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama Wali terus mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tuk Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap. Babak 4 Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah. Babak 5 Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali. Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan Ripin membunuh Tuk Wali.

81

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PEMIKIRAN DRAMA Perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa. Tuk Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara warisan hutan tersebut pada masa akan datang. PERSOALAN 1. Persoalan sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. 2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan. Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. 3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat. Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. 4. Persoalan perasaan dengki dan khianat. Ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. 5. Persoalan dendam yang berpanjangan. Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya 6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat. Tuk Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta sebarang upah. PLOT Binaan Plot 1. Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tuk Wali dan watakwatak sampingan iaitu Mak Umi dan Ripin. Tuk Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. Perkembangan Tuk Siak berkunjung ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat menasihati Tuk Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tuk Wali telah lanjut dan tidak manis dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tuk Wali kesal kerana peranannya tidak lagi dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tuk Wali kerana Tuk Wali telah menampar anak saudara Tuk Wali. Klimaks Tuk Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tuk Wali. Tuk Wali mati setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin. 82

2.

3.

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 4. Peleraian Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tuk Wali.

TEKNIK PENCERITAAN 1. Teknik pemerian Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tuk Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis senjata lama. 2. Teknik dialog Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak. 3. Teknik imbas kembali Tuk Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut. 4. Teknik suspens Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tuk Wali. WATAK DAN PERWATAKAN TUK WALI 1. 2. 3. 4. 5. 6. Watak utama Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus. Dia berumur dalam lingkungan 70-an. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, Tuk mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. Dia seorang yang tegas dengan pendirian Tuk Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh isterinya, Siak dan Imam. Dia seorang yang berani. Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Dia seorang yang pantas bertindak Tuk Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas. Dia seorang yang taat akan perintah agama. Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Dia seorang yang suka membantu orang lain Tuk Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta upah.

7. 8.

9.

10.

83

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama RIPIN 1. 2. 3. 4. Anak murid Tuk Wali Berusia dalam lingkungan 30-an Anak murid yang dipercayai oleh Tuk Wali untuk mewarisi kerisnya. Dia seorang yang menghormati orang tua Ripin sangat menghormati Tuk Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tuk Wali. 5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya. Apabila disuruh oleh Tuk Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tuk Wali 6. Dia seorang pendendam Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

MAK UMI 1. 2. 3. 4. Dia ialah isteri Tuk Wali. Berusia dalam lingkungan 50-an. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda. Dia seorang yang bijak Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tuk Wali. 5. Dia seorang yang penyabar Mak Umi sabar melayan kerenah Tuk Wali yang membidas kata-katanya. 6. Seorang yang prihatin Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.

LATAR Latar Masa 1. Pada waktu pagi Ketika Ripin datang ke rumah Tuk Wali. 2. Pada waktu petang Ketika Tuk Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri. 3. Pada waktu malam Ketika Tuk Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi. Latar Tempat 1. Di rumah Tuk Wali Dua orang pemberita datang menemu ramah Tuk Wali di rumahnya. 2. Di gelanggang silat Tuk Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa. Tuk Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya. 84

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 2. Masyarakat yang beradab. Tuk Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya. Masyarakat yang saling menghormati Ripin menghormati Tuk Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tuk Wali dengan sopan. Masyarakat yang hipokrit Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tuk Wali di kampung itu. Masyarakat yang tidak berakhlak. Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi. Masyarakat yang taat perintah agama. Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

3.

4.

5. 6.

GAYA BAHASA 1. 2. 3. 4. Penggunaan bahasa Arab Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahalazim Bahasa Inggeris Sorryl-ah.. Bahasa Indonesia Bisa copot jantungku Sinkope Yang itu tak pulak disebut!. Kerana dah tualah tak jadi manis tu! Simile Kawannya macam lalat ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya. macam rimau tak ada gigi Simpulan bahasa kambing hitam Kata ganda bertalu-talu, gegak-gempita

5.

6. 7.

NILAI 1. Nilai ketegasan Tuk Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah. Nilai keberanian Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Nilai taat akan perintah agama Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Nilai hormat-menghormati Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.

2. 3.

4.

85

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 5. Nilai bertanggungjawab Tuk Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut. Nilai tolong-menolong Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. Nilai keprihatinan Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

6.

7.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang mendapat manfaatnya. 2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka banyak berjasa kepada kita. 3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan agar masyarakat hidup harmoni. 4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif. 5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku kecederaan atau pertumpahan darah. 6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera. 7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan kepada diri sendiri kelak.

86

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

FORUM REMAJA 2020 Karya Sharif Shaary

SINOPSIS Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja, iaitu Salmah, Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi. Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apa-apa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental. Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan. Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin .

PEMIKIRAN Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh watak Salmah, Chandran dan Chong.

PERSOALAN 1. 2. 3. 4. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa. 5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020.

87

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PLOT BINAAN PLOT 1. Permulaan Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga mereka tertidur. 2. Perkembangan Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia. Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah di samping bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral. 3. Konflik Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi. Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah. 4. Klimaks Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh makhluk Utopia. 5. Peleraian Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang.

TEKNIK PENCERITAAN 1. Teknik dialog Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu! Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja. Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak? 88

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 2. Teknik suspens Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak lari.

WATAK DAN PERWATAKAN WATAK UTAMA 1. SALMAH Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima kritikan. CHANDRAN Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu Berperawakan sederhana. Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku kepada generasi muda.

2.

3. CHONG Mahasiswa berusia 22 tahun Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apaapa. WATAK SAMPINGAN 1. MAKHLUK UTOPIA I DAN II Makhluk asing dari planet Utopia Watak mereka muncul dalam mimpi Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.

LATAR Latar Masa waktu petang pada tahun 2020 Latar Tempat Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar 89

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama Latar Masyarakat 1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong. 2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2. 3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia. 4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air. GAYA BAHASA Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

NILAI 1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran untuk membangunkan negara. 2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu menjadi pemimpin pada masa akan datang. 3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.

PENGAJARAN 1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong. 2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. 3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental. 4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan.

90

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama CEMPAKA BERDARAH Karya A.Rahim Abdullah SINOPSIS Babak 1 Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding. Babak 2 Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.

PEMIKIRAN Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.

91

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PERSOALAN 1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan. 2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga. 3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul. 4. Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga. 5. Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

PLOT BINAAN PLOT 1. Permulaan Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur. 2. Perkembangan Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila Zaman dan Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga kenanga. 3. Konflik Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter. 4. Klimaks Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman mencuba merampas senapang Prof. Peter. 5. Peleraian Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri. 92

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama TEKNIK PENCERITAAN 1. Teknik pemerian Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka, contohnya : Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243) 2. Teknik imbas kembali Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun. Contohnya: Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)

WATAK DAN PERWATAKAN Watak utama ZAMAN 1. Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka. 2. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur. 3. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, Tuk mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit. 4. Dia seorang yang penyayang. Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar. 5. Dia seorang yang berani. Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter. 6. Dia seorang yang bijak Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya. 7. Dia seorang yang keras hati. Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang lain.. 8. Dia seorang yang tekun belajar Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya. MAK JAH 1. Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka 2. Dia seorang yang penyayang Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat. 3. Dia seorang yang tegas. Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter. 93

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 4. Dia seorang yang bertanggungjawab. Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter datang ke rumahnya. PROF. PETER 1. Seorang lelaki Inggeris 2. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan. 3. Dia seorang yang bijak Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya yang hilang. 4. Dia seorang yang sombong Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor. 5. Seorang yang tegas Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya. 6. Seorang yang sanggup berkorban. Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.

LATAR Latar Masa 1. Pada sekitar tahun 60-an 2. Pada waktu menjelang tengah hari Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur. 3. Pada waktu petang Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter. Latar Tempat 1. Di rumah Mak Jah Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya. 2. Di pinggir belukar dalam kampung Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang mempertahankan hak. Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah. 2. Masyarakat yang penyayang Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya . 3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi. 4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan. Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.

94

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama 5. Masyarakat yang prihatin Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat Cempaka terpaksa meninggalkannya. GAYA BAHASA 1. Sinkope Tuan nak buat apa di sini? Mak Jah tak adakah anak lelaki? 2. Peribahasa Keras hati, keras kepala 3. Kata ganda betul-betul, lihat-lihat NILAI 1. Nilai kasih sayang Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. 2. Nilai keberanian Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. 3. Nilai hormat-menghormati Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. 4. Nilai bertanggungjawab Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. 5. Nilai kerajinan Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. 2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan. 3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana perbuatan itu membahayakan kita. 4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu kemiskinan. 5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan tanggungjawab mereka. 6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh mereka. 7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.

setelah ibu

95

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama GELANGGANG TUK WALI PRAKTIS 1 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. SIAK: Kamu memang pendekar, Wali! Belum pernah orang mengalahkan kamu di gelanggang! Sebab itu agaknya kamu jadi riak! Takbur! Kamu dah melampau! Hari ini aku nak tengok gagah kamu tu! Mari turun, kita berkira dalam gelanggang ini sekarang! TUK WALI: Kamu mencabar aku, siak? Kamu mengajak aku bercekak?

SIAK: Jangan cuma berani dengan budak berhingus saja, Wali ! Ayuh, mari turun, kita berkira sekarang! TUK WALI: Belum pernah lagi aku menolak apabila dicabar, siak! Tapi, aku nak tanya kenapa? Apa sebabnya kamu hendak benar menguji aku ni? SIAK: Berani kamu cuma dengan budak-budak saja nampaknya! Hebat benar kamu ya, menampar anak cucu orang ikut suka hati kamu! TUK WALI: Ooooo! Budak yang biadab semalam tu, cucu kamu rupa-rupanya? Patutlah pun! SIAK: Begitu ke cara kamu menerima murid? Tunjuk handal dengan murid yang baru nak belajar, tak ada megahnya. Wali! Ini, datuk dia dah datang! Barulah kena buku dengan ruasnya! TUK WALI: Jadi, kamu ni tak terimalah cucu kamu tu kena tampar semalam? Kamu pun nak merasa sama? (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berdasarkan petikan di atas, mengapakan Siak mencabar Tuk Wali untuk bersilat ? [3 markah] Tuk Wali menampar cucunya. Siak beranggapan bahawa Tuk Wali hanya menunjukkan kekuatan dengan budak berhingus (mentah) yang tidak tahu bersilat/bukan lawannya. Siak beranggapan Tuk Wali berlagak kerana belum pernah mengalami kekalahan di gelanggang silat.

96

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (ii) Pada pendapat anda, wajarkah sesuatu perkara diselesaikan dengan cara berlawan untuk mendapatkan suatu kebenaran? [3 markah] Tidak wajar - sesuatu perkara perlu disiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan. - perbincangan adalah jalan yang terbaik untuk mendapat sesuatu kebenaran. - berlawan tidak menguntungkan sesiapa.

(iii)

Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan dua nilai kemanusiaan lain daripada keseluruhan drama. [3 markah] Nilai berdasarkan petikan - Kesabaran dalam menyelesaikan masalah : Contohnya, Siak tidak berfikir secara tenang dan rasional apabila bertindak mencabar Tuk Wali untuk berlawan silat. Nilai berdasarkan keseluruhan teks - Tanggungjawab meneruskan warisan bangsa. Contoh, Tuk Wali berasa diriya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut. - Nilai ketegasan dengan pendirian. Contoh, Tuk Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah. - Nilai keberanian menyahut cabaran. Contoh, Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. - Nilai taat akan perintah agama. Contoh, Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. - Nilai menghormati orang tua/ketua. Contoh, Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya. - Nilai tolong-menolong sesama manusia. Contoh, Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. - Nilai keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat. Contoh, Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

97

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PRAKTIS 2 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insyaAllah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkandah hilang rasa hormat mereka pada alam! RIPIN: Petua yang mana, wak? TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan cantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu. RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah,wak! TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak. Cakap aku tak dihargai langsung. ( Marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak! RIPIN: Masya-Allah! Semuanya diajar, wak? TUK WALI: Semuanya, Ripin! Kau tahu apa dah jadi? Berahim masuk hutan bekal tali sigai dengan kayu umpil, tapi Si Guan masuk hutan dengan traktor, bawa buruh lagi dua tiga orang. Pokok besar betis ni, besar tiang rumah tu, habis dicabut. Bila cabut induk, mana nak datang benih? RIPIN: Bertimbang pikullah gamaknya, wak! (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Tuk Wali berasa kesal terhadap Berahim? [ 2 markah] - Berahim telah memberitahu segala rahsia dan khasiat tumbuhtumbuhan itu kepada Guan. - Guan telah merosakkan seluruh khazanah hutan secara rakus dengan menggunakan jentolak. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang boleh diambil untuk menyelamatkan hutan kita daripada diceroboh oleh peneroka haram? [4 markah] - Menguatkuasakan undang-undang. - Melaporkan kepada pihak berkuasa. - Mewartakan hutan simpan - Pemantauan / rondaan berkala oleh penguatkuasa

(ii)

98

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [3 markah] Pengajaran daripada petikan - Kita hendaklah memelihara dan melindungi alam sekitar agar dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Contoh, Tuk Wali menasihati Ripin supaya tidak menebang pokok sesuka hati. Pengajaran dari keseluruhan teks - Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa. Contoh, Tuk Wali berasa diriya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada anak-anak muda kampung tersebut. Kita hendaklah berpendirian tegas dalam membuat keputusan. Contoh, Tuk Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana baginya perbuatannya itu tidak salah. Kita hendaklah keberanian menyahut cabaran. Contoh, Tuk Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya. Kita hendaklah taat akan perintah agama. Contoh, Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat. Kita hendaklah menghormati orang tua/ketua. Contoh, Ripin menghormati Tuk Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia. Contoh, Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. Kita hendaklah prihatin terhadap kebajikan masyarakat. Contoh, Tuk Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali kubur dan memandikan jenazah.

PRAKTIS 3 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat sendiri. IMAM: Ripin! Apa yang engkau cakap ni? Engkau bagi keris tu kepada aku, Ripin! Keris tu sepatutnya berada di masjid! Selepas kematian Tuk Wali, keris itu mesti kembali semula ke pangkal. Engkau tidak berhak atas keris itu. RIPIN: Kenapa? Kenapa tuk imam dan tuk siak tiba-tiba sangat berminat dengan keris ini? Selama ini tuk siak dan tuk imam memang mengidamkan keris ini bukan? Kenapa keris ini tiba-tiba jadi penting? Kenapa tak risaukan fasal gelanggang Tuk Wali yang tak berguru lagi? Kenapa tak risaukan fasal siapa yang akan menggali liang kubur kerana Tuk Wali yang menggalinya sudah mati? Kenapa tiba-tiba saja keris ini jadi penting? Lebih penting daripada Tuk Wali sendiri? Kenapa? SIAK: Ripin, engkau letakkan keris itu, Ripin! Engkau tak berhak menyimpan keris itu? 99

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama MARIAM dan MAK UMI sampai. MAK UMI menerpa ke arah mayat TUK WALI. MAK UMI: Siapa yang bunuh Tuk Wali? RIPIN/SIAK: (Serentak) Tuk siak/Ripin. MARIAM: Siapa yang bunuh Tuk Wali? Abang Ripin? Tuk Siak? Cakap, Abang Ripin! Siapa yang bunuh Tuk Wali? Tuk siak? Tuk imam? Apa dosa Tuk Wali? Kenapa dia dibunuh? TUK SIAK: Orang yang memegang keris pusaka itulah yang membunuh Tuk Wali! MAK UMI: Tidak! Ripin yang menghantar aku ke rumah Berahim! Waktu itu siak sedang bertikam dengan Tuk Wali! Apa kena-mengenanya Ripin dalam pembunuhan ini? (Bangun dan menghadap SIAK) Engkau yang bunuh Tuk Wali! Engkau! (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan dua perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh tuk imam dan tuk siak setelah kematian Tuk Wali. [2 markah] gelanggang Tuk Wali yang tidak berguru siapa yang akan menggali liang kubur

(ii)

Sekiranya anda Ripin, apakah tindakan yang akan anda ambil setelah kematian Tuk Wali? [3 markah] - mengurus pengebumian Tuk Wali - menggantikan Tuk Wali sebagai guru silat / meneruskan usaha mengembangkan seni warisan silat agar usaha Tuk Wali tidak sia-sia - menjaga kebajikan Mak Umi - menyiasat pembunuh sebenar Tuk Wali.

(iii)

Huraikan satu perwatakan Ripin yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [4 markah] Perwatakan Ripin berdasarkan petikan - Seorang yang berani mempertahankan kebenaran. Contoh, Ripin berani mempersoalkan tindakan tuk imam dan tuk siak untuk mengambil keris daripadanya. Perwatakan Ripin daripada keseluruhan - Seorang yang menghormati orang tua. Contoh, Ripin sangat menghormati Tuk Wali dan bersopan ketika bercakap dengan Tuk Wali.

100

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama Seorang yang taat suruhan gurunya. Contoh, apabila disuruh oleh Tuk Wali mengumpulkan anak-anak muridnya kerana ada pemberita datang, Ripin patuh akan kehendak Tuk Wali Seorang pendendam. Contoh, Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

PRAKTIS 4 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. RIPIN mendakap TUK WALI sambil meraung. TUK WALI menghembuskan nafas yang terakhir. TUK WALI terbujur kaku dalam dakapan muridnya. Malam seperti turut bersedih dengan kematian seorang pendekar tua. TUK WALI kecundang di tengah gelanggangnya sendiri. RIPIN menghunus keris, dia berdiri sambil melihat mata keris yang berlumuran darah. Dia menangis dan marah. RIPIN: Apakah dosa Tuk Wali sampai dia dibunuh? Orang tua yang daif ini tidak sampai hati untuk membunuh, walaupun cuma seekor anjing liar. Dia sanggup hidup susah dan merempat di kampungnya sendiri cuma kerana sayangkan kampung ini dan penduduknya. Dialah yang telah mendidik akhlak beratus-ratus orang pemuda kampung ini. Dia juga yang telah mempertahankan kampung ini daripada komunis. Dia korbankan diri dan seluruh kehidupannya untuk kampung ini! Tapi, kenapa ada orang yang sampai hati membunuh Tuk Wali! Kenapa? Ya, Allah! (Menekup muka sambil berlutut) Tuk Wali! Aku bersumpah dengan nama Allah, aku akan menuntut bela atas kematian tuk! Darah mesti dibalas dengan darah.Tuk siak jahanam! (Menekup muka dan menangis) Masuk SIAK bersama-sama IMAM. Mereka terkejut melihat RIPIN memegang keris, dan TUK WALI terbujur kaku. Mereka menyangka RIPIN yang membunuh TUK WALI. IMAM: Ripin! Apa yang engkau buat ni? Ya, Allah! Engkau bunuh Tuk Wali? Kenapa, Ripin? Kenapa? (RIPIN masih berlutut sambil menekup mukanya. Dia tidak mempedulikan langsung kata-kata IMAM.) SIAK: Engkau murid terbaik Tuk Wali! Engkau memang layak menerima keris pusaka itu. Tapi, kenapa engkau dapatkan keris itu dengan cara salah? Kenapa mesti membunuh guru engkau sendiri? RIPIN bangkit berdiri apabila mendengar suara SIAK. Dia memandang wajah SIAK dengan wajah yang bengis dan penuh dendam. (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

101

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (i) Nyatakan tiga sumbangan Tuk Wali kepada penduduk kampung? [3 markah] - Sanggup hidup susah dan merempat di kampung sendiri - Mendidik akhlak beratus-ratus pemuda kampung - Mempertahankan kampung daripada komunis - Mengorbankan diri dan seluruh kehidupannya untuk kampung Pada pendapat anda, mengapakah Ripin tidak wajar menuntut bela atas kematian Tuk Wali? [3 markah] Berikan tiga pendapat anda. - Perbuatan membalas dendam tidak menyelesaikan masalah /mengikut perasaan - Perbuatan membunuh salah di sisi agama/berdosa - Menyebabkan konflik berpanjangan - Boleh diselesaikan melalui rundingan/diplomasi - menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman (iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama tersebut. [3 markah] Persoalan yang terdapat dalam petikan drama - Pengorbanan seseorang terhadap kampung halaman Contoh, Ripin telah mengatakan bahawa Tuk Wali telah berkorban diri dan seluruh hidupnya untuk kampung halaman. Persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama - Persoalan sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang berilmu Contoh, Ripin amat menyanjung tinggi Tuk Wali yang telah mengajarnya ilmu silat. - Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan Contoh, ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tuk Wali kerana bersilat dalam majlis perkahwinan. - Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat Contoh, Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu bapanya. - Persoalan perasaan dengki dan khianat - Contoh, ada pihak yang dengki kepada Tuk Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah Haji Kodri. - Persoalan dendam yang berpanjangan Contoh, Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tuk Wali kerana Tuk Wali berkahwin dengan bekas tunangnya

(ii)

102

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PRAKTIS 5 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. TUK WALI: Bila Si Piee keluar? MAK UMI: Piee? TUK WALI: Piee! Anak Berahim! Dia datang ke majlis Haji Kodri tadi, kecoh jadinya di halau orang! Malu aku, Umi! Dah aku pesan pada Berahim, hantarkan Si Piee tu ke Pahang. Di sana tu aman sikit! Di sini, kawannya macam lalat! MAK UMI: Awak kan bomoh! Ubatkanlah dia! TUK WALI: Orang merokok pun susah nak berhenti, Umi, inikan pulak menagih dadah aku boleh ubatkan! Tapi, emak ayahnya kenalah jaga bila dah baik nanti! Kalau tidak, berulang lagi jadi macam menyapu sampah di bawah pokok. Tiap-tiap hari kena dibersihkan. MAK UMI: Tadi, imam datang! Tak kisah dengan dialog MAK UMI. TUK WALI: Kalau Si Piee tu datang ke sini, halaukan dia. MAK UMI: Tersengkang lagi marah awak pada budak tu? TUK WALI: Budak kata awak? Dah berjanggut, budak apa ke namanya. Dua ribu ringgit yang dicurinya tu duit tambang aku nak ke Makkah, Umi! Berdikit-dikit aku menabung! Senang saja dia mengambilnya, terbuku dalam hati aku ini tau! Eh, awak kata imam datang tadi, apa dimahunya? MAK UMI: Siak pun ada sama! Nasihat! Macam yang dia pesan pada Abang Ngah minggu lepas! TUK WALI: Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi, orang patah kaki, urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong? MAK UMI: Yang itu tak pulak disebut! Bersilat dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya. (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Tuk Wali begitu marah kepada Piee? - Piee telah memalukannya di majlis Haji Kodri - Piee telah menagih dadah - Piee telah mencuri duitnya 103 [2 markah]

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

(ii)

Sekiranya anda Tuk Wali, nyatakan tiga tindakan yang boleh anda ambil untuk memulihkan Piee daripada ketagihan dadah? [3 markah] - Menghantar ke pusat pemulihan dadah - Menghantar Piee untuk mendapatkan khidmat kaunseling - Mendekatkan Piee kepada Tuhan/agama - Mengasingkannya daripada kawan-kawan penagihnya - Mengubati ketagihan Piee dengan menggunakan kaedah tradisional / bomoh

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah] Latar masyarakat dalam petikan - Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional. Contoh, Tuk Wali menggunakan kaedah tradisional untuk mengubati penduduk kampung yang patah kaki, urat terkehel, dan histeria. - Masyarakat yang masih mengamalkan adat resam. Contoh, Tuk Wali masih bersilat dalam majlis perkahwinan di kampungnya. - Masyarakat yang terjebak dengan gejala sosial. Contoh, Piee telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Latar masyarakat daripada keseluruhan Masyarakat yang beradab. Contoh, Tuk Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di rumahnya. Masyarakat yang saling menghormati. Contoh, Ripin menghormati Tuk Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tuk Wali dengan sopan. Masyarakat yang taat perintah agama. Contoh,Tuk Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.

104

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama FORUM REMAJA 2020 PRAKTIS 1 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SALMAH: Mengapakah memilih Malaysia? MU II: Malaysia kami pilih kerana mempunyai beberapa potensi yang boleh dimajukan untuk dijadikan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. CHANDRAN: Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini dalah terkawal dan membanggakan. MU I: Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk dijadikan sebagai sebuah negara model. CHONG: Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional. SALMAH: Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan. CHANDRAN: Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia. SALMAH: Kami hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah. Dari segi makanan saja sudah cukup sebagai bukti. (Dipetik daripada Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan dua alasan yang dikemukakan oleh Chong, Salmah, dan Chandran mempertahankan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia? [2 markah] Malaysia mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perhubungan. Malaysia mempunyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan. Malaysia mempunyai satu kebudayaan nasional yang mewakili seluruh cara hidup bangsa Malaysia. Penduduk hidup dengan baik dan dalam suasana muhibah.

105

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengharumkan nama negara? [3 markah] Mengekalkan perpaduan kaum Memperoleh kejayaan dalam sukan bertaraf antarabangsa Menyediakan kemudahan infrastruktur moden Meningkatkan tahap keselamatan negara Mencapai status pendidikan bertaraf dunia

(iii)

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan drama. [4 markah] Persoalan dalam petikan - Semangat patriotik dalam kalangan remaja. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran menjelaskan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam negara dengan penuh kesungguhan. Persoalan daripada keseluruhan drama - Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan. Contoh, MU I mengatakan bahawa Chong, Salmah dan Chandran merupakan bakal pemimpin negara. - Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran merupakan pelajar universiti yang bakal memajukan negara pada masa hadapan. - Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh, Chong dan Salmah berpendapat bahawa tanpa pegangan agama yang kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segalagalanya.

PRAKTIS 2 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. CHONG: Kami ada etika kerja yang berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Dengan etika itu kami berharap untuk meningkatkan produktiviti. SALMAH: Kami ada Dasar Ekonomi Baru sebagai strategi untuk menyusun semula masyarakat secara adil. Kami juga ada Rukun Negara sebagai panduan cara hidup masyarakat Malaysia. Ia diterima dengan baik. Apa, itu masih belum mencukupi? MU I: Betul. Pendapat saudara terlalu betul. Tapi hanya betul di tingkat impian saja! Belum mencapai kenyataan sepenuhnya. CHANDRAN: Salah! Saudara-saudara salah! Sebenarnya bukan impian lagi. Kami sudah pun mula mempraktikkannya. Buktinya kami sudah siap membina Jambatan Pulau Pinang, iaitu salah satu jambatan yang terpanjang di dunia. 106

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama CHONG: Kami sudah ada kereta nasional, iaitu proton. SALMAH: Kami sudah mendirikan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara-negara maju di dunia, yang melambangkan identiti nasional. CHANDRAN: Dan sekarang ini, kami sudah menyiapkan lebuh raya nasional! Apa, belum cukup lagi? (Dipetik daripada Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Nyatakan dua bukti kejayaan yang telah dicapai melalui pelaksanaan dasardasar kerajaan. [2 markah] - Pembinaan Jambatan Pulau Pinang - Kewujudan kereta nasional, proton - Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang setanding dengan negara maju - Menyiapkan lebuh raya nasional

(ii)

Pada hemat anda, mengapakah Makhluk Utopia masih mempertikaikan kemajuan-kemajuan yang telah dilaksanakan di Malaysia. [3 markah] - MU mempertikai atas sebab hujah-hujah pelajar-pelajar/remaja tidak memenuhi piawaian/ukuran mereka berkaitan negara model dunia. - MU memiliki pandangan yang agak berbeza serta tidak dapat dijangkau oleh pelajar-pelajar/remaja berhubung negara model dunia yang dikehendaki/dimaksudkan berdasarkan misi MU. - MU inginkan suatu kelainan yang dilakukan/inovasi oleh pelajarpelajar/remaja yang berbeza dengan generasi sebelumnya selaras dengan perkembangan dunia masa kini yang pesat dan mencabar.

(iii)

Huraikan satu nilai dalam petikan dan satu nilai lain dalam keseluruhan drama. [4 markah] Nilai dalam petikan Nilai keberanian mempertahankan pendirian. Contohnya, Salmah, Chong, dan Chandran berani berhujah demi mempertahankan pendapat masingmasing. Nilai dalam keseluruhan drama Nilai cinta akan negara. Contoh, Salmah, Chong, dan Chandran amat prihatin/mengambil berat hal-hal berkaitan agama, bangsa, dan negara. Nilai baik hati. Contoh, Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada penduduk bumi.

107

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PRAKTIS 3 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MU II: Sebenarnya apa yang kami lakukan tadi hanyalah sebagai ujian sahaja, untuk melihat sejauh mana dan sedalam mana perhatian dan cinta saudara kepada tanah air saudara. CHONG: Maafkan saya, saya ingat betul-betul tadi! MU II: Nampaknya, cinta saudara terhadap Malaysia sungguh mendalam. Itu satu petanda yang baik sekali. Ketiga-tiga pelajar rasa bangga dengan pujian itu. MU II: Tapi perasaan cinta saja tidak mencukupi! SALMAH: Perasaan lagi! CHANDRAN: Apakah ayat saudara itu tadi merupakan permulaan kepada suatu ujian yang baru? MU II: Bukan ujian baru. Tapi lanjutan kepada yang tadi. Sebagai orang muda, saudara-saudara perlu menghadapi dan menjalani banyak ujian. Barulah ketahanan diri dapat dibina. Justeru, akhirnya dapat menjamin ketahanan bangsa dan negara! CHONG: Bolehkah kami tanya satu soalan? Antara ramai orang mengapa kami yang saudara pilih? MU I: Saudara kami pilih kerana saudara mewakili generasi muda yang merupakan bahagian besar penduduk negara ini. CHANDRAN: Untuk lebih tepat lagi, mengapa kami bertiga yang saudara pilih? MU I: Kami pilih kerana saudara merupakan bakal pemimpin negara ini. (Dipetik daripada Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah sebab-sebab Makhluk Utopia memilih tiga orang pelajar dalam perjalanan misi mereka? [2 markah] - Mereka mewakili generasi muda - Bakal pemimpin negara Pada pendapat anda, mengapakah Makhluk Utopia masih mempertikai perasaan cinta pelajar-pelajar tersebut terhadap negara. [3 markah] - MU mempertikai kesetiaan pelajar-pelajar kerana usaha-usaha mereka masih belum jelas/belum dapat dibuktikan secara nyata.

(ii)

108

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama MU melihat pelajar-pelajar hanya memperkatakan usaha-usaha generasi terdahulu. MU melihat pelajar-pelajar bersikap keanak-anakan/mudah melenting. MU memiliki harapan yang agak tinggi dalam menilai aspek nilai taat setia yang sepatutnya ditunjukkan/dilakukan oleh pelajar-pelajar/remaja tersebut

(iii)

Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah] Pengajaran daripada petikan - Kita hendaklah memiliki cinta yang mendalam terhadap negara. Contoh, Chong, Salmah, dan Chandran dipilih oleh MU dalam misi perjalanan mereka kerana mereka memiliki perasaan cinta yang mendalam terhadap negara. Pengajaran daripada keseluruhan drama - Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong. - Kita hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam kehidupan. Contoh, Chong dan Salmah berpendapat bahawa tanpa pegangan agama yang kukuh, kepandaian boleh memusnahkan segala-galanya. - Kita hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa hadapan. Contoh, Chong, Salmah dan Chandran merupakan pelajar universiti yang bakal memajukan negara pada masa hadapan

PRAKTIS 4 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SALMAH: Kita harus sanggup dan berani menerima kritikan. Bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan! Kalau bangsa kita ingin maju, kita harus dan mesti berani, bukan hanya untuk mengkritik tetapi juga untuk dikritik. CHONG: Ah, kita lupakan saja tentang mimpi itu! Kita ni masih pelajar. Kita mempunyai tanggungjawab yang utama terhadap pelajaran. Buat apa susahsusah ambil tahu soal-soal yang bukan tanggungjawab kita? (Kepada CHANDRAN) Bagaimana, Chandran? CHANDRAN: Entahlah. Aku kurang pasti. Kepala aku pening! (Kepada SALMAH) Apa pendapat kau, Salmah? SALMAH: Aku yakin kita perlu buat sesuatu. Sebagai pelajar, memang tanggungjawab kita belajar. Tapi sebagai manusia, sebagai rakyat Malaysia 109

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama yang cinta akan tanah airnya, kita juga mempuyai tanggungjawab tertentu. Aku fikir kata-kata dua Makhluk Utopia itu tadi ada kebenarannya. Ketepikanlah ego peribadi kita. Cuba renungkan kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi! CHONG: Aku rasa kata-kata dua Makhluk Utopia tu hanya indah untuk didengar saja, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Kalaupun ia benar, ia cuma kebenaran dalam mimpi saja, bukan kebenaran realiti. Bagaimana, Chandran? (Dipetik daripada Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah ciri-ciri bangsa yang maju menurut pendapat Salmah? - Sanggup berdepan dengan kritikan - Berani mengkritik

[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh anda berikan untuk membangunkan negara. [3 markah] - mempertingkat ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang - melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan swasta - menjalankan penyelidikan / menghasilkan inovasi dalam bidang yang diceburi Jelaskan satu latar masyarakat daripada petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan drama. [4 markah] Latar masyarakat daripada petikan - Masyarakat yang berani memberi dan menerima kritikan. Contoh, Salmah menyatakan bahawa bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berhadapan dengan kritikan. Latar masyarakat daripada keseluruhan drama - Masyarakat yang cinta akan negara. Contohnya, hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya kepada tanah air. - Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.

(iii)

110

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PRAKTIS 5 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. CHONG: (Kepada CHANDRAN) Eh, nampaknya kita ni bercakap macam dua Makhluk Utopia tu saja! Jangan-jangan kita ni jelmaan Makhluk Utopia itu tak? CHANDRAN: (Kepada CHONG) Eh, tak baik cakap begitu! Aku rasa, kalau pun kita dirasuk dua Makhluk Utopia tu, apa salahnya? Bukankah ia menyeru kepada kebaikan? Aku rasa tidak ada yang tidak baik dengan pendapat dua Makhluk Utopia itu. Dan aku telah mula bersetuju dengan mereka. CHONG: Sebenarnya aku pun sudah bersetuju sejak mula tadi. Apa-apa yang disebutkan dua Makhluk Utopia itu adalah benar belaka. Cuma yang aku ragu ialah kehadiran mereka saja. Sekarang apa kita nak buat? CHANDRAN: Sebagai bakal pemimpin kita harus merancang strategi kepimpinan dalam merealisasikan apa-apa yang disebutkan oleh dua Makhluk Utopia itu. CHONG: Bagaimana? SALMAH: Pertama, kita mesti menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda kita. CHANDRAN: Disiplin generasi muda harus diperkemas. Tanpa disiplin yang kukuh, sesuatu yang dirancang tidak dapat digerakkan dengan berkesan. CHONG: Dan, tambah satu lagi, perpaduan mesti dieratkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Tapi bila kita nak mulakan? SALMAH: Mulai sekaranglah! Ketiga-tiga pelajar menggenggam erat tangan masing-masing dan menjulang ke atas. (Dipetik daripada Forum Remaja 2020 oleh Sharif Shaary dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan strategi-strategi yang dapat merealisasikan perkara yang disebut oleh dua Makhluk Utopia itu. [2 markah] - Menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda - Disiplin generasi muda harus diperkemas - Perpaduan mesti dieratkan Pada pendapat anda, bagaimanakah kita keruntuhan moral dalam kalangan remaja? - Memberikan didikan agama/moral - Perhatian dan kasih sayang ibu bapa - masyarakat bersikap ambil peduli - ceramah 111 dapat mengatasi masalah [4 markah]

(ii)

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

(iii)

Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [3 markah] Pengajaran dalam petikan - Setiap rakyat mesti mengeratkan semangat perpaduan. Pengajaran dalam keseluruhan drama: - Setiap rakyat sewajarnya bersedia menerima kritikan demi kebaikan. - Setiap rakyat hendaklah berani memberikan pendapat yang bernas. Contohnya, ketiga-tiga remaja berani menyampaikan hujah-hujah mereka dan diakui oleh Makhluk Utopia.

112

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

CEMPAKA BERDARAH PRAKTIS 1 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAK JAH : Dah lama tuan, masa perang Jepun. Zaman pun lahir masa itu. Saya namakan dia Mohamad Zaman, zaman Jepun. PROF. PETER : Oo begitu, tetapi mengapa Mak Jah tak menggunakan nama Mohamad Jepun? MAK JAH : Saya tak suka nama Jepun, tuan. Nama itu jahat. Orang Jepun ganas dan kejam, tentu tak baik nama mereka kita pakai. Nama orang Melayu banyak yang diambil daripada orang Islam, tuan. PROF. PETER : Saya tahu, apakah Orang Putih tidak baik, Mak Jah? MAK JAH : Orang Putih baik, tuan, tetapi mereka bekas penjajah negeri ini, tuan. Tentu tak sesuai orang Melayu gunakan nama Orang Putih. PROF. PETER : Nampaknya Mak Jah begitu kuat faham nasionalisme ya MAK JAH : Apa itu, tuan? Saya tak faham. PROF. PETER : Tak mengapalah, Mak Jah. (Berfikir dan tersenyum) Adakah Mak Jah betul-betul sayang pada Zaman? MAK JAH : Eh, tuan, ibu mana yang tak sayang kepada anak, tuan. Tuan tahu tak kisah Si Tanggang anak derhaka itu? Biar bagaimanapun sikap anak, si ibu tetap sayang kepada anaknya. PROF. PETER : Saya faham, Mak Jah. Kalau begitu, Mak Jah mesti menasihati Zaman. (Dipetik daripada Cempaka Berdarah oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Mah Jah tidak menggunakan nama Jepun atau Orang Putih untuk anaknya? [2 markah] Orang Jepun jahat, ganas dan kejam Orang Putih merupakan bekas penjajah

113

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

(ii)

Pada pendapat anda, apakah tiga tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang rakyat untuk menunjukkan semangat nasionalismenya? [3 markah] - Menghormati bendera atau lagu kebangsaan - Mempertahankan negara daripada ancaman luar - Membeli barangan buatan tempatan - Menggunakan bahasa kebangsaan

(iii)

Jelaskan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [4 markah] Pengajaran daripada petikan - Kita hendaklah bersifat nasionalisme Mak Jah tidak menggunakan nama penjajah untuk anaknya - Kita perlulah menyayangi anak-anak - Mak Jah menyayangi Zaman Pengajaran daripada keseluruhan drama - Kita mestilah gigih berusaha dalam menimba ilmu untuk masa depan Contoh, Zaman gigih menimba ilmu di universiti - Kita hendaklah mempertahankan orang yang kita sayangi. Contoh, Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter. - Kita hendaklah kreatif dalam menghasilkan sesuatu. Contoh, Zaman mengambil akar kayu yang mati untuk dibuat ukiran

PRAKTIS 2 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. PROF. PETER: Maksud saya, kampung ini kaya dengan sejarahnya. rahsia dan cerita lama yang tersembunyi di sini. MAK JAH: Rahsia? Cerita Lama, tuan? Tuan ada simpan rahsia di sini? PROF. PETER: Ya, banyak, mengenai kejadian masa lampau. bersekolahkah adik Zaman ini, Mak Jah? Masih Banyak

MAK JAH: (Bimbang) Ti tidak, tuan. Sudah berhenti, kami tak mampu. Lagipun Cempaka perempuan, belajar sikit cukuplah. Dia tahu membezakan alif dengan batang kelapa sudah cukup, tuan. PROF. PETER: Sayang seribu kali sayang. Orang Melayu masih berfikiran sempit walaupun sudah berapa tahun merdeka. Pelajaran itu penting, Mak Jah. Adakah Cempaka tidak mahu belajar, Mak Jah? MAK JAH: Mahu, tuan, dia mahu masuk universiti macam abangnya juga. 114

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PROF. PETER: Mak Jah sudah salah. Mak Jah bersikap tidak adil kepada anakanak. Pelajaran itu mesti untuk semua orang, lelaki dan perempuan. MAK JAH : Saya tahu, tuan, tetapi saya orang miskin. PROF. PETER : Apa boleh buat, ya? (Senyum mengejek) Baiklah, saya pergi dulu. Terima kasih (memandang potret di dinding sambil berjalan ke pintu ). (Dipetik daripada Cempaka Berdarah oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Mak Jah mengatakan persekolahan Cempaka adalah cukup sekadar dapat membezakan antara alif dengan batang kelapa? [2 markah] - tidak mampu - Cempaka seorang perempuan Sekiranya anda ialah Cempaka, apakah usaha-usaha anda untuk memastikan anda dapat meneruskan pelajaran ke universiti? [3 markah] - belajar bersungguh-sungguh supaya memperoleh keputusan baik - memohon bantuan kewangan / biasiswa - memujuk ibu / mendapat kebenaran ibu Jelaskan satu persoalan daripada petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [4 markah] Persoalan daripada petikan - Diskriminasi antara anak lelaki dan perempuan. Contoh, Zaman belajar di universiti manakala Cempaka sudah berhenti sekolah - kemiskinan masyarakat tempatan. Contoh, Cempaka tidak meneruskan pelajaran kerana keluarga tidak mampu - Kepentingan pelajaran dalam kehidupan. Contoh, Zaman belajar bersungguh-sungguh di universiti dan menjadi harapan untuk mengubah nasib keluarga Persoalan daripada keseluruhan drama - Kasih sayang sesama insan. Contoh, Mak Jah dan Zaman menyayangi Cempaka walaupun mereka berlainan bangsa - Mempertahankan hak dengan bijaksana dan rasional. Contoh, Prof. Peter menggunakan cara yang salah untuk menuntut adiknya Cempaka - Semangat patriotisme. Contoh, Mak Jah tidak menggunakan nama penjajah untuk anaknya

(ii)

(iii)

115

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama PRAKTIS 3 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. CEMPAKA : Nak buat apa bang dengan akar-akar tumbang itu? Akar-akar itu sudah tidak berguna lagi. ZAMAN : Ukiran. CEMPAKA : Ukiran apa? ZAMAN : Di Kuala Lumpur sekarang macam-macam barang dapat dijual. Bukan saja ukiran kayu mati, kayu laut, tunggul buluh, rotan, semuanya laku. Kamu pernah mendengar kata bonsai tak? CEMPAKA: Bonsai? Entahlah bang, pelik pula Cempaka mendengarnya. ZAMAN: Bonsai itu ertinya mengecilkan pohon yang besar. Pohon yang berbunga dimasukkan ke dalam pasu. Akar tunjang pohon itu dipotong. Oleh sebab itu, pohon itu tak boleh membesar seperti biasa. Maknanya, kita bantutkan pokok itu, supaya tidak tinggi. Pohon itu akan kerdil sampai beratus-ratus tahun. Lagi lama pohon itu, lagi mahal harganya. Abang nak mencari pohon-pohon jeliti di tebing sungai sana. Di Kuala Lumpur pohon jeliti itu cukup laku dan senang dijaga. CEMPAKA: Abang nak menjadi pegawai besar, tetapi masih mahu berniaga juga. ZAMAN : Kita tak boleh bersikap begitu, kalau nak maju. Ilmu ini abang dapat daripada orang Jepun itu. Kalau kita tak mahu mengambil peluang, habislah kita. Nanti orang lain yang dapat. Kita putih mata atau terbeliak saja melihat orang lain membilang duit. Kita merdeka bukan bermakna kita tak perlu berusaha. Rezeki tak akan datang bergolek kalau tak ada usaha. Berniaga ikut sunah Nabi, asalkan benda-benda yang halal. CEMPAKA : Terima kasihlah, bang, kerana memberikan nasihat itu. Cempaka manalah tahu. (Dipetik daripada Cempaka Berdarah oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Zaman mengumpul akar-akar kayu yang sudah mati? [ 2 markah ] - dibuat ukiran - menjualnya di Kuala Lumpur

116

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan Zaman melakukan pekerjaan sampingan semasa belajar di universiti? [ 3 markah ] - mengasah bakat dirinya sebagai pengukir - menampung kos belajar - meringankan beban keluarga / menambah pendapatan - menimba pengalaman berniaga - menggunakan masa secara berfaedah Huraikan satu nilai daripada petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhan drama. [4 markah] Nilai daripada petikan - Kegigihan dalam memajukan diri. Contoh, Zaman menceburi bidang perniagaan walaupun dia masih belajar di universiti. Nilai daripada keseluruhan drama - Nilai kasih sayang dalam keluarga. Contoh, Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat. - Nilai keberanian dalam mempertahankan hak. Contoh, Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter. - Nilai menghormati tetamu. Contoh, Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah. - Nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Contoh, Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar. - Nilai kerajinan dalam menuntut ilmu. Contoh, Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.

(iii)

PRAKTIS 4 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAK JAH : Di sini tidak ada adik kamu. Di mana ada Orang Putih di sini! CEMPAKA : Aku bukan adikmu. Ini ibuku. Ini abangku. Lebih baik tuan pergi dari sini. Tuan jangan ganggu kami! PROF. PETER : Kamu semua sudah berpakat, ya. Jangan hendak menutup bangkai gajah dengan nyiru yang buruk dan kecil, Mak Jah. Kamu semua tidak boleh menipu aku! ZAMAN : Profesor jangan hendak menempah aral di sini. Terlajak perahu dapat diundur, terlajak cakap buruk padahnya! Kamu Malik, kamu yang menjadi tali barut rupanya. Kamu menjadi barua kepada Profesor aku ini, ya? MALIK agak panik kemudian berjalan keluar menghilangkan diri. PROF. PETER : Zaman, kamu sudah melampau. Kalau kamu tidak menghormati aku, tidak apa. Tetapi kalau hak aku kamu rampas aku akan bertindak! 117

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

ZAMAN : Aku menghormatimu sebagai pensyarah dan profesor. Tapi kalau hak kami kamu hendak rampas dan cabuli, aku tidak akan berfikir dua kali, Profesor. Dan engkau tidak ada hak di sini! PROF. PETER: Aku rakyat di sini. Aku juga ada hak di sini! ZAMAN: Rakyat negeri ini? Kerakyatan yang kamu dapat dengan tipu helah? Kau datang untuk memecahbelahkan kami, bukan untuk menguatkan perpaduan kami. Engkaulah profesor yang berbulu ayam. Apakah ini intelektual yang patut mengajar kami? (Dipetik daripada Cempaka Berdarah oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapakah Zaman mempersoalkan hak Profesor Peter sebagai rakyat negeri ini? [2 markah] - kerakyatannya diperoleh dengan tipu helah - Prof. Peter datang untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat - Profesor Peter merupakan profesor yang berbulu ayam Sekiranya anda Cempaka, bagaimanakah anda menghargai jasa Mak Jah sebagai ibu angkat? [3 markah] - Tetap tinggal bersama Mak Jah - Menjaga kebajikannya - Mendengar nasihat dan patuh pada arahannya - Membantunya dalam menguruskan kerja-kerja seharian Huraikan satu pengajaran daripada petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama. [4 markah] Pengajaran daripada petikan - Kita hendaklah menghormati guru / pensyarah. Contoh, Zaman sepatutnya menghormati Prof. Peter. - Kita janganlah merampas hak orang lain. Contoh, Prof. Peter tidak patut merampas Cempaka dari keluarga angkatnya. Pengajaran daripada keseluruhan drama - Kita hendaklah bersifat nasionalisme. Contoh, Mak Jah tidak menggunakan nama penjajah untuk anaknya. - Kita perlulah menyayangi anak-anak. Contoh, Mak Jah menyayangi Zaman dan Cempaka. - Kita mestilah rajin berusaha. Contoh, Zaman rajin belajar di univerisiti - Kita hendaklah mempertahankan hak. Contoh, Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter. - Kita hendaklah kreatif dalam menghasilkan sesuatu. Contoh, Zaman mengambil akar kayu yang mati untuk dibuat ukiran.

(ii)

(iii)

118

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama

PRAKTIS 5 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. CEMPAKA : Jangan, aku bukan adik kau. Engkau Orang Putih gila. ZAMAN : Engkau jangan sentuh dia, Peter! PROF. PETER : Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku. Engkaulah yang menjumpainya dan mencurinya. ZAMAN : Engkau pembohong, Peter. Jangan menuduh ibuku sebagai pencuri. Keturunan kami belum menjadi perompak seperti bangsa kau! PROF. PETER : Engkau diam, Zaman. Engkau tidak tahu semua ini. Aku bernasib baik kerana dihantar belajar di England waktu Perang dunia Kedua meletus. Berapa tahun aku mencari adikku yang entah ke mana itu. Setiap tahun aku pulang ke banglo buruk di Estet Putih itu sekarang aku sudah yakin bahawa aku sudah bertemu dengannya. ZAMAN : Engkau salah, Peter. Engkau tidak cukup bukti. PROF. PETER : Sebagai Profesor Antropologi, aku tidak yakin aku melakukan kesalahan, Zaman. Aku sanggup bertugas di negara ini kerana mahu mencari Cempaka. Ya, sekarang dia sudah menjadi orang Melayu. Tetapi darahnya masih darah keturunanku lihat rambutnya perang mengapa rambutmu hitam, Zaman? (Dipetik daripada Cempaka Berdarah oleh A. Rahim Abdullah dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Bagaimanakah Prof. Peter yang dapat membuktikan bahawa Cempaka merupakan adiknya? [2 markah ] Cempaka ditinggalkan oleh ibunya di Bukit Putih dan dijumpai / dibesarkan oleh Mak Jah Rambut Cempaka berwarna perang keturunan orang putih Pada pendapat anda, mengapakah Zaman menuduh Prof. Peter berasal daripada bangsa perompak ? [3 markah] Prof. Peter ingin merampas adiknya, Cempaka Prof. Peter berbangsa orang putih penjajah menduduki Tanah Melayu mengeksploitasi / Mengaut sumber kekayaan di Tanah Melayu

(ii)

119

Modul Sinergi KOMSAS Genre Drama (iii) Huraikan satu perwatakan Zaman berdasarkan petikan dan satu perwatakan Zaman berdasarkan keseluruhan drama. [4 markah] Perwatakan berdasarkan petikan menyayangi adiknya/ ibunya melindungi Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter berfikiran rasional mementingkan bukti mendakwa Prof. Peter tidak cukup bukti untuk mengaku Cempaka ialah adiknya Perwatakan daripada keseluruhan drama Bersifat keras kepala Prof. Peter memaklumkan Mak Jah bahawa Zaman keras kepala Seorang yang berani mempertahankan hak sehingga sanggup bergelut dengan Prof. Peter Bijak mengambil peluang mencari akar-akar kayu untuk dibuat ukiran dan dijual di Kuala Lumpur Seorang yang rajin belajar Zaman rajin belajar di universiti sehingga berjaya berada pada tahun akhir pengajiannya.

120

Anda mungkin juga menyukai