Anda di halaman 1dari 5

GELANGGANG TUK WALI

Ripin datang mengambil Tuk Wali untuk menghadiri untuk menghadiri kenduri di rumah Haji Kodri. Masa ketiadaan Tuk Wali Imam dan Siak datang dan bertemu dengan Mak Umi. Imam dan Siak menasihatkan agar Tuk Wali berhenti daripada bersilat. Tuk Wali berkecil hati kerana dicemuh emas pertunjukkan silat di rumah kenduri Haji Kodri. Dia tidak mahu lagi mengajar silat dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada Ripin dan Mariam. Tuk Wali menceritakan kisah keris pusaka yang dimilikinya dan bercadang menyerahkan kepada Ripin tapi ditolak oleh Ripin. Tuk Wali marah kepada Syafiee yang masuk ke biliknya tanpa kebenaran dan menghalaun Syafiee balik. Empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat telah membuat bising di hadapan rumah Tuk Wali. Tuk Wali menampar pemuda-pemuda tersebut. Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali berlawan kerana Tuk Wali telah menampar cucunya itu Ripin yang baru datang segera mematahkan serangan Siak. Semasa Tuk Wali sedang tidur nyenyak, Syafiee masuk ke dalam rumahnya lalau mencuri biola dan keris Tuk Wali. Malangnya, kelakuannya disedari oleh Tuk Wali. Sewaktu berlakunya pergaduhan antara Syafiee dan Tuk Wali, Syafiee berjaya menikam Tuk Wali. Syafiee melarikan diri. Ripin yang baru datang tidak dapat menyelamatkan Tuk Wali. Tuk Wali menyerahkan keris pusaka itu kepada Ripin dan beliau meninggal dunia. Ripin telah menuduh Siak yang membunuh Tuk Wali dan Siak pula menuduh Ripin berbuat demikian. Siapa yang membuh Tuk Wali menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.

TEMA: kekentalan semangat juang seorang ahli silat yang mempertahankan


seni warisan bangsanya yang menjadi kebangaan masyarakat dahulu

PERSOALAN:
Perubahan zaman menyebabkan seni silat dianggap tidak penting lagi Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sekarang Perasaan dendam dan marah akan mengundang padah

PLOT
PERMULAAN Ripin dan Tuk Wali ke rumah kenduri Haji Kodri Tuk Wali berasa kecil hati kerana ejekan semasa menunjukkan aksi persilatan di majlis kenduri tersebut Tuk Wali tidak mahu lagi membuka gelanggang dan menyerahkan tugasnya kepada Ripin dan Mariam Tuk Wali menceritakan kisah keris pusaka yang ada dalam simpanannya dan akan menyerahkan kepada Ripin sebagai tanda serahan tugas untuk meneruskan ilmu persilatan ini. Tuk Wali memarahi cucunya, Syafiee dan menghalaunya pulang Empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat telah membuat bising di hadapan rumah Tuk Wali menyebabkan Tuk Wali menampar mereka Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali berlawan kerana Tuk Wali telah menampar cucunya. Shafiee masuk ke dalam rumah Tuk Wali dan mencuri biola dan keris pusaka Tuk Wali Berlaku pergelutan antara Tuk Wali dengan Shafiee Shafiee menikam Tuk Wali dengan keris pusaka tersebut dan dia melarikan diri Ripin cuba menyelamatkan Tuk Wali tetapi gagal Tuk Wali menyerahkan keris pusaka itu kepada Ripin sebagai amanah meneruskan ilmu persilatan ini Ripin dan Siak saling menuduh tentang siapa yang membunuh Tuk Wali

PERKEMBANGAN

KONFLIK

KLIMAKS

PELERAIAN

WATAK DAN PERWATAKAN


Tuk Wali Nama sebenar ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Berumur dalam lingkungan 70-an Bertubuh tegap dan gagah Mempunyai ilmu persilatan yang tinggi Seorang yang berani dan pantang dicabar Bersemangat waja dan memiliki jati diri Pandai mengurut, menjadi tuk mudim, menggali kubur, memandikan jenazah dan sebagainya Isteri Tuk Wali Berumur lingkungan 50-an Mahir dalam ilmu persilatan semasa muda Penyabar Penyayang Pandai melayan tetamu Petah bercakap Pemuda berusia 30-an Anak murid Tuk Wali Bersemangat dan matang pemikiran Menghormati orang tua dan mengambil berat tentang Tuk Wali Murid wanita terbaik Tuk Wali Berusia lingkungan 20-an Mahir ilmu persilatan Bersemangat untuk membantu Tuk Wali mengekalkan warisan silat Hormat dan sayang akan Tuk Wali Nama sebenar Syafiee Cucu tiri Tuk Wali Bekas penagih dadah Suka mencuri Sukar mengubah tingkah laku buruknya Bertindak kejam dengan membunuh Tuk Wali

Mak Umi

Ripin

Mariam

Piee

LATAR TEMPAT:

Rumah Tuk Wali- tetamu datang menemui Tuk Wali Gelanggang silat-tempat Tuk Wali mengajar silat Teluk Penyabung-kampung tempat tinggal Tuk Wali Rumah Haji Kodri- Tuk Wali dijemput untuk mempersembahkan silat

LATAR MASA:
Pada waktu pagi Ripin datang ke rumah Tuk Wali Petang Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri Malam Tuk Wali berada di beranda sambil menggesek biola

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang ingin mengekalkan wairsan budaya bangsa Tuk Wali
masih bertahan dengan pendiriannya untuk mempersembahkan silat di khayalak ramai.

Masyarakat yang berselindung di sebalik agama- Siak cuba menasihati


Tuk Wali agar tidak bersilat lagi dengan menggunakan agama sebagai alasan

Masyarakat yang runtuh akhlaknya. Piee terjebak dengan penagihan


dadah telah menyusahkan dirinya dan orang lain

Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian


dalam seni pertahanan diri Ripin menghormati Tuk Wali kerana beliau mempunyai ilmu persilatan yang tinggi

GAYA BAHASA
Bahasa kiasan: Oooo! Waknya! Pukul tiga dah ni! Bersiap mengalahkan
orang betina!

Personifikasi: Wah, hebat betul, wak! Gugur imam janda-janda kampung


hulu itu nanti!

Simile: ...macam rimau tak ada gigi Bahasa Arab: Assalamualaikum

Metafora: orang pangkal Sinkope: Awak ni nak pergi bersilat ke nak pergi menikah? Peibahasa: ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya

NILAI
Kemasyarakatan. Sungguhpun kurang sihat, namun Tuk Wali masih mahu hadir ke majlis perkahwinan anak Haji Kodri untuk mempersembahkan silat Jati diri yang kuat. Tuk Wali, Ripin an Mariam gigih mempertahankan silat yang merupakan buday warisan bangsa Keberanian: Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak Kasih sayang- Tuk Wali sentiasa memberi nasihat kepada Shafiee agar tidak terjebak dengan dadah

PENGAJARAN
Kita hendaklah menjaga warisan silam agar tidak ketinggalan zaman Kita hendaklah berani mempertahankan diri apabila diserang Kita janganlah bersifat pendendam dan prasangka kepada orang lain Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan sempurna agar mereka tidak menjadi sampah masyarakat Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua.

Anda mungkin juga menyukai