Anda di halaman 1dari 2

TAHAP 1

DUA BELAS PUTERI


Seuntai kasih sekalung budi pengacara majlis,para hakim yang arif lagi
bijaksana,penjaga masa,dif-dif kehormat dan warga dewan yang saya
muliakan,salam mesra dan salam 1 Malaysia.Berdirinya saya di sini untuk
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Dua Belas Puteri”

Pada zaman dahulu,terdapat dua belas orang puteri yang amat gemar
menari.Namun begitu,raja tidak membenarkan puteri-puteri beginda
menari.Bagi mengelakkan puteri-puteri keluar,setiap malam kesemua mereka
dikunci di dalam bilik tidur.Tetapi suatu perkara pelik telah berlaku.Setiap
pagi,raja mendapati kasut kesemua puteri baginda kelihatan renyuk seperti
selepas menari.Raja bertanyakan hal itu kepada dua belas orang
puterinya.Masing-masing tidak mahu membocorkan rahsia.Oleh itu,raja
menitahkan bahawa sesiapa yang berjaya menyiasat perkara itu akan
dikahwinkan dengan salah seorang puterinya.
Seorang pemuda bernama Cyril ingin menyiasat perkara itu.Sebelum
pergi ke istana,Cyril meminta pertolongan perempuan sihir.Perempuan sihir
itu memberikan sehelai jubah ajaib yang boleh menjadikannya orang
halimunan.“Jika mereka memberi kamu minuman,jangan minum kerana
minuman itu mungkin telah dicampur dengan ubat tidur,”pesan perempuan
sihir kapada Cyril.
Cyril pun pergi ke istana dan menghadap raja.”Patik akan cuba siasat
perkara ini,”kata Cyril kapada raja.Pada malam itu,Cyril tidur di dalam bilik
bersebelahan bilik puteri-puteri itu.Sebelum tidur,puteri sulung iaitu Aurora
memberikan segelas wain yang telah dicampur dengan ubat tidur kepada
Cyril.Cyril teringat akan pesanan perempuan sihir.Dia pun berpura-pura
meminum wain itu lalu tertidur.Sebaik sahaja Cyril tidur,kesemua belas puteri
itu bersiap sedia untuk pergi ke majlis tari-menari.Aurora mengetuk kepala
katilnya sebanyak tiga kali,”kok,kok,kok” dan lantai pun terbuka.Lantai yang
terbuka itu merupakan lubang rahsia yang dilengkapi tangga menuju ke
taman.Puteri-puteri itu segera menuruni tangga untuk keluar dari istana.
Cyril yang berpura-pura tidur itu segera memakai jubah ajaibnya.Setelah
menjadi orang halimunan,Cyril mengekori puteri-puteri tersebut.Puteri-puteri
itu tidak sedar yang Cyril mengekori mereka.Mereka terus berjalan melalui
sebuah hutan ajaib yang ditumbuhi pokok-pokok berdaun emas,perak dan
intan.Cyril memetik daun-daun itu lalu menyimpannya.Tidak lama
kemudian,puteri-puteri itu sampai di sebuah istana yang diterangi dengan
lampu berwarna-warni dan dimeriahkan dengan alunan muzik yang
mengasyikkan.Kedatangan puteri-puteri itu disambut oleh putera-putera yang
kacak.Kemudian,mereka terus menari dengan gembiranya.Suasana di situ
sungguh meriah.Tetamu dihidangkan dengan wain dan pelbagai jenis
makanan.Cyril turut makan dan minum sehingga mabuk.Namun,tidak ada
sesiapa yang nampak dirinya.
Kesemua puteri itu menari dan berpesta sehingga awal pagi.Mereka
pulang ke istana sebelum subuh dan berpura-pura tidur dengan
lenanya.Sementara itu,Cyril mengambil gelas wain sebagai bukti yang mereka
pergi ke situ.

Keesokan pagi,Cyril menceritakan kepada raja tentang tangga rahsia


yang digunakan oleh puteri-puteri untuk pergi ke majlis tari-menari.Sebagai
buktinya,Cyril menunjukkan daun perak dan emas serta gelas wain kepada
raja.Raja mengangguk-angguk setelah mendengar cerita Cyril.Barulah raja
sedar bahawa puteri-puteri baginda amat gemar menari.Oleh itu,raja membuat
keputusan untuk mengupah pemuzik di istana supaya puteri-puteri baginda
dapat menari sepuas-puasnya.Sementara itu,Cyril dikahwinkan dengan Aurora
sebagai ganjaran kerana berjaya menyelesaikan misteri tersebut.
Moral cerita ini adalah kita hendaklah menghormati hobi masing-masing
serta menepati janji.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai