Anda di halaman 1dari 1

Kisah Raja Indera dan Sang Naga

Raja Indera merupakan raja Kerajaan Indera Angkasa. Raja Indera dan rakyatnya hidup
mewah dengan istana yang diperbuat daripada emas dan semua rakyatnya hidup seperti golongan
bangsawan. Walau bagaimanapun, Raja Indera dan rakyatnya merupakan keraan yang paling tamak
dan sombong di seluruh alam. Mereka hanya menggunakan harta untuk diri mereka sendiri dan
merampas harta kerajaan lain dengan cara yang tidak adil. Pada suatu hari, Kerajaan Indera Angkasa
digemparkan dengan berita tentang kewujudan longgokan emas di sebuah gua misteri di dalam
hutan. Laksamana Indera Angkasa berasa hairan tentang berita ini kerana baginda tidak pernah dengar
tentang gua misteri yang wujud di kerajaan mereka. Walau bagaimanpun, Raja Indera telah
menitahkan Laksamana untuk membawa kesemua orang-orang mereka untuk pergi ke gua itu dan
mengambil semua emas yang terdapat di dalamnya. Dengan longgokan emas yang telah dibawa
pulang dari gua tersebut, Raja Indera dan rakyatnya hidup dengan senang-lenang.

Pada suatu hari, datang seorang bentara dari kerajaan seberang memohon bantuan
daripada Raja Indera. Bentara tersebut mengatakan bahawa kerajaannya telah diserang oleh binatang
buas dan mereka kehilangan semua sumber makanan. Raja Indera dengan angkuhnya menitahkan
bentara tersebut untuk pulang ke kerajaannya tanpa menghulurkan sebarang bantuan.

Keesokkan harinya, seorang lelaki misteri dengan pakaian yang kotor dan berlumpur
menjejakkan kaki di hadapan pintu istana. Laksamana bertanyakan tujuan lelaki misteri tersebut
datang ke istana. Lelaki misteri itu menyatakan niatnya untuk berjumpa dengan Raja Indera kerana
ingin menyampaikan suatu berita. Laksamana membawa lelaki misteri tersebut untuk berhadap
dengan Raja Indera. Lelaki misteri tersebut menyatakan bahawa terdapat istana misteri di seberang
yang penuh dengan harta-harta emas dan perak peninggalan raja terdahulu. Raja Indera berasa
teruja dengan berita ini. Tanpa bertanyakan sebab lelaki misteri tersebut menyampaikan berita ini,
Raja Indera terus menitahkan Laksamana dan orang-orangnya mengambil harta-harta tersebut.

Setibanya di istana misteri tersebut, Laksamana dan orang-orangnya terpegun melihat harta-
harta peninggalan di istana tersebut. Tanpa membuang masa, mereka terus membawa pulang harta-
harta tersebut. Pada malam tersebut, Raja Indera dibangunkan dengan satu pekikan yang amat kuat
di luar istananya. Baginda keluar ke balkoni dan terkejut melihat kerajaannya kacau bilau dan
kesemua rumah terbakar. Raja Indera merasa angin yang kuat di atasnya, lalu baginda melihat ke atas
dan melihat seekor naga yang besar. Sang Naga tersebut mempunyai badan yang merah, berantai
emas dan mata yang buta. Raja Indera bertanya kepada Sang Naga tersebut mengapa ia
menghancurkan Kerajaan Indera Angkasa. Sang Naga tersebut menjawab bahawa ia menghidu sikap
tamak Raja Indera dan rakyatnya semasa mereka mencuri hartanya dari istana misteri tersebut. Lalu,
ia musnahkan sesiapa yang mengambil hartanya dengan niat yang tamak sebagaimana ia
menghancurkan raja istana misteri tersebut pada zaman dahulu. Raja Indera melihat Sang Naga
membuka mulutnya dan menghembuskan api keluar dari mulutnya kearah Raja Indera. Lelaki misteri
yang datang ke istana terlebih dahulu dilihat tersenyum di luar gua misteri di dalam hutan melihat
kehancuran Kerajaan Indera Angkasa yang tamak dan sombong.

Anda mungkin juga menyukai