Anda di halaman 1dari 11

Gelanggang Tuk Wali

(Ismail Kassan)
SISNOPSIS
Babak 1
Ripin telah pergi ke rumah Tuk Wali, untuk memaklum jemputan bersilat di majlis perkahwinan
rumah Haji Kodri. Kedatangannya disambut oleh Mak Umi. Tuk Wali mahu memenuhi jemputan
tersebut walaupun demam,. Tuk Wali juga berbual dengan Ripin tentang kerakusan manusia yang
menyebabkan kepupusan spesies pokok-pokok herba di hutan sebagaimana yang dilakukan oleh
Si Guan. Tuk Wali kesal oleh sebab harga akar-akar kayu semakin rendah Tuk Wali meminta Ripin
memastikan murid-murid silat berkumpul kerana wartawan akan datang pada malam itu.
Babak 2
Tuk Wali bersiap-siap untuk pergi ke rumah Haji Kodri dengan berpakaian baju Melayu yang
lengkap dengan samping dan bersongkok. Tidak lama kemudian, Imam dan Siak berkunjung ke
rumah Tuk Wali. Kedatangan mereka disambut oleh Mak Umi. Siak menyatakan perasaan tidak
senang kerana, dia masih bersilat di gelanggang. Baginya Tok Wali sepatutnya menghabiskan
masa di masjid. Mak Umi mempertahankan suaminya kerana selama ini suaminya tidak pernah
tinggal solat berjemaah di masjid malah mengerjakan solat sunat setiap malam. Bagi Mak Umi,
Tuk Wali hanya memenuhi hajat orang untuk memeriahkan majlis, tidak melanggar adat dan
agama. Mak Umi meminta Imam dan Siak bercakap dengan Tuk Wali sendiri tentang hal itu. Dia
juga akan memaklumkan nasihat Siak dan Imam kepada Tok Wali.
Babak 3
Tuk Wali meluahkan rasa tidak senangnya terhadap Piee cucu tirinya, Piee yang telah
memalukan dirinya di rumah Haji Kodri. Mak Umi mahu Tuk Wali mengubatkan Piee yang menagih
dadah. Tuk Wali menyuruh Mak Umi menghalau Piee jika datang ke rumah itu lagi. Tuk Wali
terlalu marah kepada Piee kerana dia telah mencuri wang tambang Tuk Wali ke Mekah yang
berjumlah RM2000.00. Mak Umi memaklumkan nasihat Imam dan Siak kepada Tok Wali. Tuk
Wali mengatakan bahawa dia boleh duduk berzikir di masjid tetapi dia juga perlu mengubatkan
orang yang patah kaki, terseliuh, dan histeria. Tuk Wali mengimbas dirinya ketika muda dahulu
sering dipuji,dan dianggap hebat. Apabila dia sudah tua segala yang dilakukannya dipandang tidak
elok. Mak Umi mencadangkan anak-anak muridnya seperti Ripin menggantikan tempatnya untuk
bersilat di majlis kahwin. Tuk Wali mengatakan bahawa silat sudah sebati dengan dirinya. Tok Wali
dikunjungi oleh Ripin dan Mariam. Tuk Wali menyarankan Ripin dan Mariam mengambil tempatnya
untuk mengajar silat tetapi mereka berdua tidak bersedia Mereka merayu agar Tuk Wali terus
mengajarkan silat. Tuk Wali mengambil sebilah keris dan menceritakan asal usul keris tersebut Tok
Wali merasakan Ripinlah yang layak untuk menjadi pewaris keris itu. Dua orang wartawan dari
majalah Pejuang, iaitu Halim dan Jamil datang ke rumah Tuk Wali untuk menemu ramahnya.. Piee
cucu tiri Tuk Wali yang baru keluar dari pusat pemulihan muncul. Setelah kedua-dua wartawan itu
pulang, Tuk Wali menampar dan memarahi Piee kerana masuk ke dalam biliknya. Empat orang
pemuda telah datang ke rumah Tuk Wali. Menyangka Tuk Wali tiada di rumah mereka bermain
gitar, menyanyi sambil menari-nari. Tuk Wali memarahi mereka. Salah seorang pemuda telah
ditampar oleh Tuk Wali kerana bersikap biadap.
Babak 4
Siak datang ke rumah Tuk Wali dan mencabar Tuk Wali agar bersilat dengannya. Siak
berasa marah kerana Tuk Wali telah menampar cucunya yang mahu belajar silat. Mereka
bertarung menggunakan sundang. Mak Umi mencari Ripin untuk meleraikan pergaduhan tersebut.
Ripin berjaya mengunci pergerakan Siak. Ripin mencadangkan Tuk Wali dan Siak menyelesaikan
masalah dengan cara berunding.. Mak Umi menyuruh Ripin menghantarnya ke rumah Berahim
kerana dia tidak mahu melihat pergaduhan antara Tuk Wali dengan Siak. Siak akhirnya
meninggalkan rumah. Tuk Wali yang kepenatan dan akhirnya terlena dibuai mimpi indah.
Babak 5
Piee masuk ke rumah Tuk Wali dan mengambil biola serta sebilah keris yang tersisip di
dinding beranda itu. Tuk Wali menyedari perkara itu dan marahi Piee Kemudian berlaku
pergaduhan dan pertikaman antara Tuk Wali dengan Piee. Semasa Tuk Wali ingin mengambil
biola yang dijatuhkan oleh Piee, Tuk Wali ditikam oleh Piee. Tikaman itu terkena di perut Tuk Wali.

Tuk Wali dapat mengambil keris daripada tangan Piee. Tuk Wali semakin lemah apabila banyak
darah keluar daripada lukanya. Ripin terkejut apabila melihat Tuk Wali yang terbaring berlumuran
darah. Ripin mahu menghantar Tuk Wali ke hospital tetapi Tuk Wali enggan. Tuk Wali sempat
menyerahkan keris tersebut kepada Ripin sebelum meninggal. Ripin ingin menuntut bela atas
kematian Tuk Wali. Dia menyangka Siak yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Imam muncul dan
melihat Ripin memegang keris dalam keadaan Tuk Wali telah terbujur kaku. Imam menyangka
bahawa Ripin telah membunuh Tuk Wali. Berlaku tuduh menuduh antara Siak dan Ripin Mariam
dan Mak Umi sampai lalu menerpa ke arah mayat Tuk Wali. Mak Umi dan Mariam ingin tahu
orang yang membunuh Tuk Wali. Siak dan Ripin saling menuduh sekali lagi. Mak Umi menafikan
Ripin membunuh Tuk Wali.
PEMIKIRAN DRAMA
Pemikiran drama Tok Wali ialah perjuangan mempertahankan warisan budaya bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu persilatan sejak 50 tahun lalu kepada pemuda-pemudi kampung. Dia
juga mematuhi pantang larang mencari pokok-pokok kayu herba di hutan demi memelihara
warisan hutan tersebut pada masa akan datang.
PERSOALAN
1. Persoalan sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat terhadap orang yang
berilmu
Ripin amat menyanjung tinggi Tok Wali yang telah mengajarnya ilmu silat.
2. Persoalan budaya warisan bangsa yang diremehkan.
Ada sesetengah penduduk kampung yang mencemuh Tok Wali kerana bersilat dalam majlis
perkahwinan.
3. Persoalan masalah penagihan dadah yang sukar dirawat.
Piee yang baru keluar dari pusat pemulihan kembali menagih kerana tidak dipantau oleh ibu
bapanya.
4. Persoalan perasaan dengki dan khianat.
Ada pihak yang dengki kepada Tok Wali lalu menghalau Piee dari majlis perkahwinan di rumah
Haji Kodri.
5. Persoalan dendam yang berpanjangan.
Siak masih menyimpan perasaan dendam kepada Tok Wali kerana Tok Wali berkahwin dengan
bekas tunangnya
6. Persoalan keprihatin dan dalam kalangan masyarakat.
Tok Wali merawat orang sakit, menguruskan jenazah dan perkara-perkara lain tanpa meminta
sebarang upah.
PLOT
Jenis Plot :
Bersifat kronologi peristiwa berkembang mengikut urutan waktu babak demi babak. Walau
bagaimanapun terdapat unsur imbas kembali, contohnya sejarah keris yang diwarisi oleh Tok Wali.
Pembinaan Plot:
Terdapat empat peringkat binaan plot iaitu
(i)
Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak utama iaitu Tok Wali dan watak-watak sampingan iaitu Mak
Umi dan Ripin. Tok Wali diundang membuat pertunjukan silat di majlis perkahwinan di rumah Haji
Kodri.
(ii)
Perkembangan
Tok Siak berkunjung ke rumah Tok Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka berhasrat
menasihati Tok Wali agar berhenti bersilat kerana usia Tok Wali telah lanjut dan tidak manis
dipandang jika masih lagi bersilat di gelanggang.Tok Wali kesal kerana peranannya tidak lagi
dihargai oleh orang-orang kampung. Berlaku pertarungan antara Siak dan Tok Wali kerana Tok
Wali telah menampar anak saudara Tok Wali.
(iii)
Klimaks
Tok Wali telah ditikam oleh Piee semasa Piee mencuri keris dan biola milik Tok Wali. Tok Wali mati
setelah sempat menyerahkan keris kepada Ripin.

(iv)
Peleraian
Berlaku tuduh-menuduh antara Ripin dan Siak tentang pembunuh yang telah menikam Tok Wali.
Teknik Penceritaan:
1. Teknik pemerian
Pengarang menggambarkan ruang hadapan rumah Tok Wali yang dipamer dengan pelbagai jenis
senjata lama.
2.
Teknik dialog
Sebahagian besar drama disampaikan dalam bentuk dialog antara watak.
3. Teknik imbas kembali
Tok Wali menceritakan peristiwa dia menewaskan 4 orang perompak kedai emas .Secara
kebetulan dia sedang duduk di bangku kedai emas tersebut.
4. Teknik suspens.
Pembaca tertanya-tanya pihak yang akan menang dalam pertarungan antara Siak dan Tok Wali.
Watak dan Perwatakan
1. Tok Wali
1. Watak utama
2. Nama sebenarnya ialah Wak Raja Waliudin bin Raja Agus.
3. Dia berumur dalam lingkungan 70-an.
4. Dia merupakan guru silat yang membuka gelanggangnya sendiri di halaman rumah.
5.
Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis
penyakit.
6.
Dia seorang yang tegas dengan pendirian
Tok Wali tetap mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri walaupun dinasihati oleh
isterinya, Siak dan Imam.
7.
Dia seorang yang berani.
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
8.
Dia seorang yang pantas bertindak
Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.
9.
Dia seorang yang taat akan perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
10. Dia seorang yang suka membantu orang lain
Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah tanpa meminta
upah.
2. Ripin
1. Anak murid Tok Wali
2. Berusia dalam lingkungan 30-an
3. Anak murid yang dipercayai oleh Tok Wali untuk mewarisi kerisnya.
4. Dia seorang yang menghormati orang tua - Ripin sangat menghormati Tok Wali dan bersopan
ketika bercakap dengan Tok Wali.
5. Dia seorang yang taat suruhan gurunya.
Apabila disuruh oleh Tok Wali mengumpulkan anak-anakmuridnya kerana ada pemberita datang,
Ripin patuh akan kehendak Tok Wali
6. Dia seorang pendendam - Ripin mahu menuntut bela atas kematian Tok Wali.
3.
Mak Umi
1. Dia ialah isteri Tok Wali.
2. Berusia dalam lingkungan 50-an.
3. Dia mahir ilmu persilatan semasa muda.
4. Dia seorang yang bijak
Mak Umi bijak membalas percakapan Siak dan Imam yang mahu menasihati Tok Wali.
5. Dia seorang yang penyabar
Mak Umi sabar melayan kerenah Tok Wali yang membidas kata-katanya.
6. Seorang yang prihatin

Mak Umi mengambil berat tentang Piee yang menjadi penagih dadah.
LATAR
Latar masa
1. Pada waktu pagi
Ketika Ripin datang ke rumah Tok Wali.
2. Pada waktu petang
Ketika Tok Wali bersiap sedia hendak pergi ke majlis kenduri di rumah Haji Kodri.
3. Pada waktu malam
Ketika Tok Wali bermain biola dan berbual-bual dengan Mak Umi.
Latar tempat
1. Di rumah Tok Wali
2 orang pemberita datang menemu ramah Tok Wali di rumahnya.
2. Di gelanggang silat
Tok Wali bertarung dengan Siak di gelanggang silat.
Latar masyarakat
1.
Masyarakat yang mempertahankan warisan bangsa.
Tok Wali mengajarkan ilmu silat supaya dapat diwarisi oleh anak-anak muda kampungnya.
2.
Masyarakat yang beradab.
Tok Wali memenuhi jemputan Haji Kodri supaya membuat pertunjukan silat di majlis kenduri di
rumahnya.
3.
Masyarakat yang saling menghormati
Ripin menghormati Tok Wali kerana memiliki ilmu persilatan dan melayan percakapan Tok Wali
dengan sopan.
4.
Masyarakat yang hipokrit
Siak menggunakan alasan agama untuk mengurangkan pengaruh Tok Wali di kampung itu.
5.
Masyarakat yang tidak berakhlak.
Piee menjadi penagih dadah dan sukar dipulihkan lagi.
6.
Masyarakat yang taat perintah agama.
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid.
GAYA BAHASA
1.
Penggunaan bahasa Arab
Assalamualaikum Insya-Allah , Astagfirullahalazim
2.
Bahasa Inggeris
Sorrylah..
3.
Bahasa Indonesia
Bisa copot jantungku
4.
Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.
Kerana dah tualah tak jadi manis tu!
5.
Simile
Kawannya macam lalat
ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya.
macam rimau tak ada gigi
6.
Simpulan bahasa
kambing hitam
7.
kata ganda
bertalu-talu, gegak-gempita
NILAI
1.
Nilai ketegasan
Tok Wali tegas dengan pendiriannya mahu bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri kerana
baginya perbuatannya itu tidak salah.

2.
Nilai keberanian
Tok Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.
3.
Nilai taat akan perintah agama
Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.
4.
Nilai hormat-menghormati
Ripin menghormati Tok Wali yang tinggi ilmu persilatan dan merupakan guru silatnya.
5.
Nilai bertanggungjawab
Tok Wali berasa dirinya bertanggungjawab meneruskan usaha mengajarkan ilmu silat kepada
anak-anak muda kampung tersebut.
6.
Nilai tolong-menolong
Ripin membantu Mak Umi yang memanggilnya supaya menamatkan pergaduhan antara Tok Wali
dan Siak.
7.
Nilai keprihatinan
Tok Wali sering melakukan kerja kemasyarakatan tanpa mengharapkan upah seperti menggali
kubur dan memandikan jenazah.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempertahankan warisan bangsa agar generasi akan dating berpeluang
mendapat manfaatnya.
2. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita kerana mereka
banyak berjasa kepada kita.
3. Kita hendaklah sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan agar masyarakat hidup harmoni.
4. Janganlah kita bersikap hipokrit dalam hidup kerana sikap itu memberi kesan yang negatif.
5. Setiap masalah yang dihadapi haruslah diselesaikan secara rundingan supaya tidak berlaku
kecederaan atau pertumpahan darah.
6. Kita mestilah bersabar atas ujian yang menimpa kita supaya kehidupan lebih sejahtera.
7. Kita hendaklah bijak menangani masalah yang timbul agar tidak menimbulkan kesusahan
kepada diri sendiri kelak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Drama Forum Remaja 2020
(Sharif Shaary)
SINOPSIS
Forum Remaja 2020 memaparkan peranan dan tanggungjawab tiga orang remaja iaitu Salmah,
Chandran dan Chong menjelang tahun 2020. Mereka berjumpa dengan dua orang makhluk Utopia
yang yang datang ke bumi untuk menjayakan satu misi.
Kedatangan mereka didorong atas rasa tanggungjawab moral untuk mengingatkan makhluk bumi
bahawa situasi kini sudah mencapai tahap kritikal ke arah kemusnahan. Makhluk Utopia memilih
Malaysia kerana Malaysia berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam
menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Mereka berpendapat segala
pembangunan sekarang bukan sumbangan generasi muda yang diwakili oleh Salmah, Chandran
dan Chong tetapi sumbangan generasi yang terdahulu. Generasi muda kini belum berbuat apaapa. Sebagai bakal pemimpin masa depan, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu
pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan matlamat tersebut.Masalah
keruntuhan moral generasi muda berada dalam satu era kritikal dari segi moral, sosial dan mental.
Mereka mesti bersatu padu sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bersemangat patriotik
dan mengamalkan nilai keagamaan dalam aspek kehidupan.
Apabila kedua-dua makhluk Utopia itu beredar, ketiga-tiga remaja itu pun tersedar dan mereka
rupanya bermimpi. Ketiga-tiga remaja itu berbincang tentang kritikan yang diberi oleh makhluk
Utopia dan mereka menyetujuinya. Sebagai remaja, mereka perlu merancang strategi kepimpinan
untuk merealisasikan pembangunan negara di samping melahirkan generasi yang berdisiplin .
PEMIKIRAN

Peranan dan tanggungjawab remaja untuk merealisasikan Wawasan 2020 yang diwakili oleh
watak Salmah, Chandran dan Chong.
PERSOALAN
1. Persoalan remaja sebagai pemimpin negara pada masa hadapan.
2. Persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dalam diri remaja.
3. Persoalan tentang kepentingan penghayatan nilai keagamaan dalam kehidupan.
4. Persoalan semangat patriotik sebagai pegangan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa.
5. Persoalan tentang jati diri, moral dan ilmu pengetahuan sebagai teras kepada remaja untuk
merealisasikan Wawasan 2020.
PLOT
Plot drama ini digarap secara kronologi, melalui empat peringkat:
1. Permulaan
Plot dimulakan dengan perbincangan serius antara Salmah, Chandran dan Chong sehingga
mereka tertidur.
2. Perkembangan
Kedatangan dua makhluk Utopia ke bumi dengan membawa misi suci dan memilih Malaysia
kerana Malaysia mempunyai potensi yang boleh dimajukan sebagai sebuah negara model dunia.
Chong berhujah tentang Malaysia yang sudah mempunyai kualiti pembangunan dan bangsa
Malaysia mempunyai etika kerja berdasarkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Salmah turut
mengemukakan hujah bahawa rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang muhibah di samping
bangunan pencakar langit yang setanding negara maju. Chandran mahukan penjelasan sebab
mereka dipilih untuk berdialog. Makhluk Utopia menjelaskan bahawa mereka merupakan bakal
pemimpin negara. Perdebatan sengit berlaku antara tiga sahabat dan dua makhluk Utopia. Hujah
tentang keagamaan dan ketuhanan turut diperkatakan oleh Salmah. Agama sepatutnya
diutamakan dan dipraktikkan dengan fikiran yang rasional dan niat yang ikhlas serta suci. Perkara
yang membimbangkannya ialah keadaan anak muda sekarang yang longgar kepercayaan
agamanya yang menjadi punca kemerosotan moral.
3. Konflik
Pada peringkat ini konflik timbul apabila Chandran merasai bahawa mereka sedang bermimpi.
Chong berpendapat kemungkinan makhluk itu menyamar. Bagi Salmah, mereka meragui tentang
makhluk itu kerana pendapat-pendapat yang bersanggah.
4. Klimaks
Salmah, Chandran dan Chong akhirnya bersetuju akan perkara-perkara yang dihujahkan oleh
makhluk Utopia.
5. Peleraian
Akhirnya, tiga sahabat ini menjelaskan bahawa mereka harus merancang strategi kepimpinan
untuk merealisasikan perkara yang dihujahkan. Mereka mesti menyelesaikan masalah
kemerosotan moral generasi muda dan memperkemaskan disiplin supaya setiap yang dirancang
akan lebih berkesan. Mereka harus memulakannya dari sekarang.
TEKNIK PLOT
1. Teknik dialog
Dialog antara watak Salmah, Chandran dan Chong, contohnya
Chandran:Ah, Makhluk Utopia yang berdebat dengan kita tadi tu!
Chong: Entah, aku rasa macam mimpi saja.
Salmah:Tapi, takkanlah ketiga-tiga kita bermimpi serentak?
2. Teknik suspens
Kedatangan dua Makhluk Utopia dan menghampiri Salmah, Chandran dan Chong. Mereka hendak
lari.

WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
1. Salmah

Mahasiswa berusia 22 tahun

Wajah tipikal seorang gadis Melayu dan berkulit sawo matang

Berfikiran objektif, terbuka ,petah dan berani mengemukakan pendapat - Salmah berdialog
dengan Chong yang menegaskan bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup menerima
kritikan.
2. Chandran

Mahasiswa berusia 22 tahun

Wajah tipikal seorang pemuda India dan fasih berbahasa Melayu

Berperawakan sederhana.

Bijak berhujah,kritis dan banyak memberikan pendapat - Chandran menyatakan


pendapatnya bahawa generasi dewasa harus bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku
kepada generasi muda.
3. Chong

Mahasiswa berusia 22 tahun

Wajah tipikal seorang pemuda Cina fasih berbahasa Melayu dan bijak berhujah

Mudah emosional dan cepat sejuk - Chong marah kerana tidak bersetuju dengan pendapat
Makhluk Utopia bahawa generasi mereka belum buat apa-apa.
Watak Sampingan
1.
Makhluk Utopia I dan II

Makhluk asing dari planet Utopia

Watak mereka muncul dalam mimpi

Bijak mengemukakan pendapat - Makhluk Utopia memberikan pendapat bahawa makhluk


bumi berada dalam situasi yang kritikal ke arah kemusnahan.
LATAR
Latar masa

waktu petang pada tahun 2020


Latar tempat

Kampus universiti tempat Salmah, Chandran dan Chong belajar


Latar masyarakat
1. Masyarakat kampus - Salmah, Chandran dan Chong.
2. Masyarakat dari planet Utopia - Makhluk Utopia 1 dan 2.
3. Masyarakat yang bijak berhujah - Salmah dan Chandran berhujah dengan makhluk Utopia.
4. Masyarakat remaja yang cinta akan negara - hujah-hujah Chong menunjukkan cintanya
kepada tanah air.

GAYA BAHASA

Kata ganda, contohnya bangunan-bangunan

Sinkope, contohnya tak ada satu pun yang baik

Peribahasa, contohnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh


NILAI
1. Nilai keberanian - Tiga sahabat berani berhujah dengan makhluk Utopia tentang cabaran
untuk membangunkan negara.
2. Nilai cinta akan tanah air - Tiga sahabat menunjukkan kecintaan akan negara dan mahu
menjadi pemimpin pada masa akan datang.

3. Nilai baik hati - Makhluk Utopia baik hati dengan menasihati dan memberi teguran kepada
penduduk bumi.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mengutamakan perpaduan kaum dan mengamalkannya dalam hidup
bermasyarakat seperti yang ditunjukkan oleh Salmah, Chandran dan Chong.
2. Remaja hendaklah memahami, menghayati dan mengamalkan nilai keagamaan dalam
kehidupan.
3. Remaja hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab dan memiliki jati diri yang kental.
4. Remaja hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan untuk membangunkan negara pada masa
hadapan.
______________________________________________________________________________
_________
Drama Cempaka Berdarah
(A.Rahim Abdullah)
SINOPSIS
Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah.
Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui
lubang pintu dan mendapati seorang lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka
masuk ke biliknya. Orang Putih itu memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah
Antropologi dan Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan
mereka, Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya
hendak berjaya. Prof. Peter bertanya tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di
dinding.
Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar kayu di sebuah belukar, zaman
menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka berbincang tentang bonsai dan
ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil parang, Prof. Peter muncul ditemani
oleh Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka
bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof.
Peter dan Zaman. Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna perang. Zaman
membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa
Cempaka ialah adiknya yang dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah
menyembunyikan adiknya di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui oleh Mak Jah. Dia hendak
mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam keluarganya. Sewaktu pertengkaran
berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu melepaskan tembakan. Cempaka rebah
berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan
berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Prof. Peter telah melarikan diri ke dalam
hutan. Zaman mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan
semuanya tercengang. Mak Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat Cempaka
yang tidak sedarkan diri itu.
PEMIKIRAN
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar.
Zaman bertindak dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.
PERSOALAN
1. Persoalan kasih sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2. Persoalan pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3. Persoalan mempertahankan hak dengan cara yang betul.

4.
5.

Persoalan peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.


Persoalan tentang usaha mencari adik kandung yang hilang semasa perang Jepun.

PLOT
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.
1. Permulaan
Plot bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka
sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah
universiti di Kuala Lumpur.
2. Perkembangan
Plot berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah untuk
membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi. Prof. Peter juga
memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa Prof. Peter melihat gambar
Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus berkembang apabila Zaman dan Cempaka
masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara, akar kayu dan bunga
kenanga.
3. Konflik
Pada tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan berlaku
pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan kera di bukit. Sejurus
selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman cuba mengambilkan Cempaka bunga
kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut
Cempaka yang berwarna perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang
dan memarahi Prof. Peter.
4. Klimaks
Klimaks cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka
tetapi tertembak Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman
mencuba merampas senapang Prof. Peter.
5. Peleraian
Prof. Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar Prof.
Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang menyebabkan mereka
tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula dan ibunya bersyukur kerana Zaman
selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka yang tidak sedarkan diri.
TEKNIK PLOT
1. Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya :
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang
belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)
2. Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang
adiknya yang telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya:
Aku tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit Putih sebelum
orang Jepun menyerang dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)
WATAK PERWATAKAN
Watak utama - ZAMAN
1. Anak Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
2. Dia merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
3. Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis
penyakit.
4. Dia seorang yang penyayang.

Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk
mendapatkan bunga kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
5. Dia seorang yang berani.
Zaman berani bergaduh dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil
oleh Prof. Peter..
6. Dia seorang yang bijak
Zaman bijak menghidu niat sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
7. Dia seorang yang keras hati.
Zaman dikatakan keras hati oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang
cakap orang lain..
8. Dia seorang yang tekun belajar
Zaman tekun belajar kerana berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan
diuniversitinya.
2.
Mak Jah
1. Ibu Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
2. Dia seorang yang penyayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun hanya anak angkat.
3. Dia seorang yang tegas.
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh
Prof. Peter.
4. Dia seorang yang bertanggungjawab.
Mak Jah bertanggungjawab memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk
apabila Prof. Peter datang ke rumahnya.

3. Prof.Peter
1. Seorang lelaki Inggeris
2. Pensyarah sosiologi di sebuah universiti tempatan..
3. Dia seorang yang bijak
Dia menggunakan alasan sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari
adiknya yang hilang.
4. Dia seorang yang sombong
Prof Peter mengatakan bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
5. Seorang yang tegas
Prof. Peter tegas dengan pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
6. Seorang yang sanggup berkorban.
Prof.Peter sanggup bekerja di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa
zaman Jepun.
LATAR
Latar masa
1. Pada sekitar tahun 60-an
2. Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala
Lumpur.
3. Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta
Prof.Peter.
Latar tempat
1. Di rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
2. Di pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter bertengkar tentang Cempaka.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana
Cempaka telah dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.

2. Masyarakat yang penyayang


Mak Jah menyayangi anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
3. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar Cempaka bersekolah tinggi.
4. Masyarakat yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara
berhemah dengan Mak Jah dan Zaman.
5. Masyarakat yang prihatin
Mak Jah telah mengambil Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu Cempaka terpaksa
meninggalkannya.
GAYA BAHASA
1. Sinkope
Tuan nak buat apa di sini?
Mak Jah tak adakah anak lelaki?
2. Peribahasa
Keras hati, keras kepala
3. Kata ganda
betul-betul, lihat-lihat
4.
Sinkope
Yang itu tak pulak disebut!.
NILAI
1. Nilai kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
2. Nilai keberanian
Zaman berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
3. Nilai hormat-menghormati
Mah Jah menghormati tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
4. Nilai bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga
kenanga akar.
5. Nilai kerajinan
Zaman rajin belajar sehingga tahun ketika itu berada dalam tahun akhir pengajian.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan cara yang
betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
2. Kita hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat mereka
supaya kita tidak mendapat kesusahan.
3. Janganlah kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana
perbuatan itu membahayakan kita.
4. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus dibelenggu
kemiskinan.
5. Setiap ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu merupakan
tanggungjawab mereka.
6. Kita perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak diperdayakan oleh
mereka.
7. Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan
akan memperoleh kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai