Anda di halaman 1dari 3

KES : HADIAH DARIPADA TUHAN

Pada zaman dahulu semasa pemerintahan Raja Cholan ada seorang tokoh bernama

Thenali Raman. Dia merupakan seorang cendekiawan yang sangat bijak dan cerdik. Dia

merupakan seorang hakim yang berkebolehan menyelesaikan semua masalah. Semasa

pemerintahan Raja Cholan penduduk hidup dengan harmoni dengan bantuan Thenali

Raman.

Di sebuah kampung ada seorang Brahmin iaitu Tok Sami yang hidup dalam

keadaan sederhana bersama keluarganya. Dia bekerja sebagai Tok Sami di sebuah kuil dan

menyara keluarganya dengan hasil pendapatan di kuil. Tok Sami akan mengadakan majlis

perkahwinan anak perempuannya dalam masa 3 minggu lagi. Dia mengumpulkan duit

sebanyak 1000 ruppiah dan 50 paun emas sebagai mas kahwin.

Tiba-tiba pada suatu hari Tok Sami mendengar berita kematian saudaranya di

sebuah kampung yang lain. Tok Sami bersama keluarganya terpaksa bertolak ke majlis

pengebumian saudaranya. Sebelum bertolak Tok Sami berasa takut untuk meninggalkan

duit dan emas serta beberapa buah guni beras untuk majlis kenduri dalam rumahnya kerana

bimbang akan kecurian atau guni beras dirosakkan oleh tikus. Selepas berfikir lama Tok

Sami mendapat ilham untuk menyimpan duit dan emas dalam sebuah balang dan

kemudiannya dimasukkan ke dalam salah sebuah guni yang mengandungi beras. Tok Sami

memberikan beberapa guni beras tersebut kepada kawannya Chetti untuk menjaganya

sehingga dia pulang. Chetti menjalankan perniagaan pinjaman wang dan pajak gadai emas

dan mempunyai tempat penyimpanan barang berharga dengan baik di rumahnya. Jadi Tok

Sami memberikan beberapa guni beras kepada Chetti tetapi Tok Sami tidak memberitahu
Chetti bahawa dia menyimpan duit dan emas dalam guni beras tersebut. Tok Sami juga

tidak memberitahu hal ini walaupun kepada isteri Tok Sami sendiri. Tok Sami hanya

memberitahu Chetti supaya menjaga berasnya daripada dicuri orang apabila beliau dan

keluarga meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Chetti bersetuju untuk

menyimpan guni-guni beras tersebut di rumahnya. Selepas itu Tok Sami, isteri dan

keluarganya pun bertolak ke kampung saudaranya.

Pada suatu hari Chetti menyambut hari lahir anaknya secara besar-besaran. Dia

memanggil semua sanak saudarnya untuk majlis hari lahir anaknya. Semasa

berlangsungnya majlis tersebut didapati jamuan makanan telah kehabisan beras. Jadi dia

bercadang untuk mengambil beras Tok Sami untuk sementara dan akan menggantinya

semula kemudian nanti.

Apabila membuka salah satu guni beras tiba-tiba keluarlah duit 1000 dan 50 paun

emas. Dia berasa sangat gembira kerana percaya Tuhan memberikannya hadiah kerana dia

ikhlas membantu seorang yang alim dan kuat beragama iaitu kawannya Tok Sami. Isteri

dia menasihati supaya jangan ambilnya tetapi Chetti tidak mendengar nasihat isteri lalu dia

menyimpan duit dan emasnya dalam almarinya. Chetti meminta isterinya bersumpah agar

tidak akan menceritakan kepada sesiapapun kerana Tuhan tidak suka orang yang

membanggakan diri dengan anugerahnya.

Selepas seminggu, Tok Sami pulang ke kampungnya dan dia pergi jumpa

kawannya Chetti untuk mengambil guni beras . Chetti pun memberi guni beras kepada Tok

Sami. Tok Sami segera ke rumahnya dan membuka guni beras dan memeriksanya. Dia

menjadi sangat cemas kerana duit dan emas sudah tidak ada dalam guni beras. Tok Sami

dengan segera pergi ke rumah Chetti dan menanyakan di manakah duit dan emas yang di
simpan dalam balang beras. Chetti berkata kepada Tok Sami “ Awak hanya beri beberapa

guni beras sahaja untuk saya simpan dan mana ada duit dan emas dalamnya? Saya dah

serahkan guni beras seperti awak memberi kepada saya dahulu…. yang itu sahaja dan

jangan membuang masa saya “ . Lalu dia menghalau Tok Sami. Tok Sami berasa sangat

kecewa dan bimbang perkahwinan anaknya kerana tarikh perkahwinan semakin dekat.

Tok Sami membuat aduan kepada Raja Cholan. Tok Sami menuduh Chetti mencuri

duit dan emasnya manakala Chetti mendakwa Tok Sami berbohong kerana semasa

menghantar guni beras ke rumahnya, Tok Sami tidak menyatakan guni beras ada emas dan

duit. Chetti menuduh Tok Sami berbohong kerana terdesak masalah kewangan untuk

mengadakan majlis perkawinanan. Tok Sami merekacipta cerita agar Raja dapat merampas

duit dan emas kepunyaan Chetti dan memberikan kepada Tok Sami. Raja menitahkan

Thenali Raman untuk mengetahui siapakah yang menyatakan kebenaran.

Anda diberi peranan sebagai Thenali Raman. Sila dapatkan bukti untuk

menunjukkan adakah Tok Sami atau Chetti yang bercakap benar.

Anda mungkin juga menyukai