Anda di halaman 1dari 4

Salam sejahtera pembuka kata, Marilah rakan dengarlah cerita , Gadis Pintar Kesayangan Raja, Itulah tajuk cerita

saya. Yang dihormati pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan. Dalam sebuah kampong tinggal seorang gadis yang bijaksana bernama Siti. Dia tinggal bersama ayahnya bernama Pak Mat. Ayahnya bekerja mencari kayu api di dalam hutan. Ibu Siti telah meninggal dunia sejak Siti masih kecil lagi. Kehidupan mereka sangat miskin ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Di dalam kampung itu terdapat sebuah istana yang sangat besar dan cantik. Berhampiran istana itu terdapat sebuah taman bunga yang sangat cantik. Siti selalu berangan angan untuk tinggal di dalam istana yang cantik itu.

Apabila ayahnya masuk ke hutan, Siti bermain-main dengan kawankawanya. Pada suatu hari mereka bermain di sebuah taman bunga kepunyaan Raja. Kawan-kawan Siti telah memetik bunga-bunga yang cantik di dalam taman itu. Siti cuba melarang mereka tetapi nasihatnya tidak diendahkan. Pada keesokannya, tukang kebun raja datang ke taman bunga itu. Dia terkejut melihat bunga-bunga di taman itu dipetik orang. Dia pun bersembunyi untuk mengintip orang yang berani masuk ke dalam taman larangan itu. Apabila rakan-rakan Siti masuk ke taman bunga itu.Tukang kebun segera menangkap mereka.Rakan-rakannya telah dibawa mengadap raja.

Raja merasa amat murka kerana kawan-kawan Siti telah menceroboh taman bunga istana dan memetik bunga bunga di taman tersebut. Raja telah menitah agar rakan-rakan Siti dihukum. Apabila mendengar rakan-rakan nya akan dihukum Siti segera pergi ke istana untuk membantu rakanrakannya. Siti merayu agar raja mengampunkan rakan-rakanya. Dia berjanji akan melakukan apa saja yang dititah oleh baginda. Baginda terpesona dengan kebaikan hati Siti . Baginda ingin menguji Siti . Baginda menintah Siti dan rakan-rakannya menambus sebuah telaga yang terdapat di dalam taman itu sehingga airnya tidak kelihatan . Siti dan rakan-rakannya diberi tempoh sepenanak nasi. Siti meminta raja menyediakan sebuah pengayak emas. Raja pun meyuruh dayang mengambil pengayak emas. Siti meminta kawan-kawan melonggokkan debu debu tanah. Siti pun mengayak debu-debu itu ke dalam telaga. Debu-debu itu pun berselerak menutupi permukaan air. Akhirnya, air telaga tidak kelihatan langsung kerana debu tanah menutupinya. Raja berasa kagum dengan kepintaran Siti menyelesaikan masalah. Baginda ingin menguji kepintaran Siti lagi . Pada keesokannya Bapa Siti ,Pak Mat dititahkan mengadap raja . Raja memerintahkan Pak Mat mencari susu lembu jantan. Tempoh yang diberi raja hanya tiga hari. Pak Mat berasa susah hati . Siti memujuk ayahnya agar bertenang. Dia berjanji akan membantu ayahnya menyelesaikan masalah. Apabila sampai tempoh masa yang ditetapkan, pesuruh Raja datang ke rumah Pak Mat. Siti segera mengatakan bahawa ayahnya sedang bertungku kerana baru lepas bersalin. Mustahil orang lelaki boleh beranak, kata pesuruh raja. Kalau begitu, mustahil juga lembu jantan ada susu, balas Siti.

Pesuruh raja balik ke istana. Jawapan Siti disampaikan kepada raja. Raja termenung seketika. Sekali lagi baginda kagum dengan kebijaksanaan Siti. Raja pun mengambil Siti menjadi anak angkatnya. Semenjak hari itu ,Siti dan ayahnya dijemput tinggal di istana. Mereka hidup bahagia . Siti selalu membantu Raja dan rakyat jelata menyelesaikan masalah mereka.. Kawan-kawan, Daripada cerita ini , kita dapat beberapa pengajaran, Pertama, sebarang perbuatan yang baik, akhirnya akan mendapat balasan yang sewajarnya. Kedua, Kita hendaklah menggunakan pengetahuan dan kebijaksanaan untuk mengatasi sesuatu masalah. Sekian , Terima kasih.

SEKOLAH KEBANGSAAN BUNTONG 30100 IPOH PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP SATU


KELOMPOK TUJUH DAERAH KINTA UTARA

TAJUK RAJA JUDUL BUKU PENGARANG PENERBIT

: GADIS PINTAR KESAYANGAN : HIMPUNAN 366 CERITA RAKYAT MALAYSIA. : OTHMAN PUTIH DAN ARIPIN SAID :UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD. .

Anda mungkin juga menyukai