Anda di halaman 1dari 21

15 idea kreatif

Ajar Anak Mengenal


HURUF

WWW.JUNIORAULAD.COM
siapa saya
Assalamualaikum wbt,

Terima kasih kerana mendapatkan e-book 15


Idea Ajar Anak Mengenal Huruf ini

Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri saya


terlebih dahulu. Saya Khadijah, atau lebih
mesra dipanggil sebagai Teacher Dee.

Saya merupakan seorang guru yang mengajar


membaca menggunakan kaedah Fonik
Bacalah Anakku & Read Easy di Setia Alam.

Sepanjang saya membuka kelas membaca, ada


antara ibu bapa yang mengalami masalah
anak TIDAK MINAT belajar membaca di rumah
dan anak SERING LUPA apa yang diajar.

Sebenarnya membaca dan menulis adalah


kemahiran yang kompleks, di mana kemahiran
ini adalah di puncak tertinggi sekali di dalam
pyramid pembelajaran
Jika anda lihat pyramid ini, kemahiran
membaca dan menulis termasuk dalam
kemahiran akademik di mana anak perlu
menguasai terlebih dahulu asas-asas di
bawahnya sebelum mampu untuk belajar
membaca dan menulis.

Menurut OT Aisyah Rozalli, anak di


bawah usia 7 tahun sebenarnya masih di
peringkat PRA-AKADEMIK.

Bermaksud, mengajar anak membaca


dan menulis di peringkat ini adalah
dalam bentuk PERSEDIAAN dan bukan
DRILLING.

Jadi, supaya matlamat ini tercapai, anda


Piramid Pembelajaran Oleh Pn Mahfuzah Zainol perlu menggunakan pelbagai
pendekatan dan salah satunya ialah
dengan menggunakan pendekatan
MULTI-SENSORI.
MULTI-SENSORY ialah mengajar dengan menggunakan pelbagai deria,
dan kebiasaannya ada 4 deria yang sering digunakan :

≥ DERIA PENGLIHATAN (Visual)


≥ DERIA PENDENGARAN (Auditori)
≥ DERIA SENTUHAN (Tactile)
≥ DERIA PERGERAKAN (Proprioseption)

Kebiasaannya kita mengajar membaca menggunakan buku saja, betul


tak?

Semasa menggunakan buku, hanya 2 saja deria yang digunakan iaitu


deria PENGLIHATAN dan PENDENGARAN.

Sebenarnya, lebih banyak deria yang digunakan semasa mengajar anak,


LEBIH MUDAH untuk anak BELAJAR dan menyerap apa yang diajar
kerana otak mereka dapat berfungsi sepenuhnya semasa melakukan
aktiviti-aktiviti multi-sensori tersebut (WHOLE BRAIN LEARNING).

Jadi, di sini saya sertakan 15 idea aktiviti mengenalkan huruf supaya


ANAK LEBIH SERONOK BELAJAR dan LEBIH INGAT APA YANG DIAJAR,
insyaallah.
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

01 Bentuk huruf dengan playdough


Melatih motor halus dan latihan pra-menulis anak

Tunjukkan huruf kepada anak-anak,


dan mintak mereka bentukkan huruf
menggunakan playdough.
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

02 Susun lego di atas huruf


Melatih koordinasi mata dan tangan serta daya fokus

Tulis huruf di atas kertas, dan mintak


anak susun lego mengikut bentuk huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

03
Susun butang di atas huruf
Melatih koordinasi mata dan tangan serta daya fokus

Tulis huruf di atas kertas, dan mintak


anak susun butang mengikut bentuk huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

04 LEKATKAN STICKER PADA HURUF


Menguatkan motor halus (mencabut sticker) serta melatih
koordinasi mata dan tangan

Tulis huruf di atas kertas, dan mintak


anak lekatkan sticker mengikut bentuk huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

Susun batu hiasan di atas huruf


05 Melatih koordinasi mata dan tangan serta daya fokus

Tulis huruf di atas kertas, dan mintak


anak susun batu hiasan mengikut bentuk
huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

06 melukis pelangi
Pengulangan dapat meningkatkan memori anak

Minta anak menulis huruf berulang kali


menggunakan beberapa pen berwarna seperti
pelangi
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

Kolaj huruf
07 Membantu menguatkan jari jemari anak ketika
mengoyak kertas yang penting untuk kemahiran
menulis

Koyakkan kertas berwarna menjadi cebisan


kecil. Minta anak lekatkan pada huruf.
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

08 Menulis di atas pasir


Merangsang motor halus dan deria sentuhan anak

Letak pasir di dalam dulang. Alaskan dengan


kertas putih. Minta anak tiru bentuk huruf
yang diperkenalkan
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

Finger painting
09 Meningkatkan daya ingatan melalui input deria
sentuhan. Melatih koordinasi mata dan tangan

Minta anak celupkan jari di dalam watercolour


dan cop di atas huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

COP MENGGUNAKAN
10
GAM BERWARNA
Menguatkan motor halus (mencabut sticker) serta melatih
koordinasi mata dan tangan

Campurkan pewarna makanan ke dalam gam.


Minta anak cop di atas huruf.
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

MAIN TING TING


11 Membantu kawalan keseimbangan dan koordinasi
mata yang baik

Buat teng teng menggunakan masking tape di


atas lantai (atau ready made spt ini) dan
lekatkan kad huruf. Sambil lompat teng teng,
sambil sebut nama @ bunyi huruf
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

MAIN TEMBAK 2
12 Latih fokus dan kawal koordinasi mata dan tangan

Lekatkan kad huruf di dinding, dan mintak


anak tembak huruf yang diperkenalkan
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

13 Litar kereta
Merangsang emosi anak suka membaca

Lukiskan litar kereta (atau guna readymade).


Lekat kad kad huruf @ sukukata. Minta anak
gerakkan kereta mainan dan baca
huruf/sukukata di setiap pit stop
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

14 DAM ULAR BACAAN


Melatih emosi anak dalam menunggu giliran

Lukis dam ular yang pendek & letakkan kad


huruf @ sukukata. Anak baling dadu & gerak.
Baca huruf @ sukukata apabila melalui petak
berkenaan
Jika mahu kongsikan ebook ini dengan kenalan,
Sila berikan link download yang asal: http://ezy.la/15idea

15 MAIN PARKING KERETA


Melatih emosi anak dalam menunggu giliran

Lukiskan parkir kereta & lekatkan kad


huruf @ sukukata. Anak gerakkan kereta
mainan dan parkir di ruang yang disukai.
Kemudian sebut huruf @ sukukata
Pelbagaikan bahan bantu mengajar
supaya anak lebih seronok

Dapatkan Kad Flip Aulad di:


https://ezy.la/kad-flip-aulad
TERIMA KASIH!

Follow Teacher Dee di FB & Telegram untuk


lebih banyak tips ajar anak membaca cara
santai

https://www.facebook.com/sitikhadijahkamaludin

t.me/TcherDee/

Anda mungkin juga menyukai