Anda di halaman 1dari 9

Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap; nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan

yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa. Kitar hidup lengkap
nyamuk mengambil masa sebulan.
(‘Mosquitoes undergo complete metamorphosis; they go through four distinct stages of development
during a lifetime. The four stages are egg, pupa, larva, and adult. The full life-cycle of a mosquito
takes about a month.’)

Telur ; Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok ('kelompok telur berbentuk
rakit’) telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih yang terapung pada
permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan.
(‘Eggs: After drinking blood, adult females lay a raft of 40 to 400 tiny white eggs in standing water or
very slow-moving water.’)

Larva : Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva (atau dipanggil jentik –
jentik) yang mana ia bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan
bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Larva membentuk
sebanyak 4 kali sepanjang perkembangan mereka; selepas pembentukan keempat, ia dipanggil
sebagai pupa.
(‘Larvae: Within a week, the eggs hatch into larvae (sometimes called wrigglers) that breathe air
through tubes which they poke above the surface of the water. Larvae eat bits of floating organic
matter and each other. Larvae molt/mould four times as they grow; after the fourth molt, they are
called pupae.’)

Pupa : Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk
seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.
(‘Pupae: Pupae (also called tumblers) also live near the surface of the water, breathing through two
horn-like tubes (called siphons) on their back. Pupae do not eat.’)

Nyamuk dewasa : Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari.
Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.
(‘Adult: An adult emerges from a pupa when the skin splits after a few days. The adult lives for only a
few weeks.’)

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang


Nyamuk Aedes.
Artikel

Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Nyamuk Aedes | Nyamuk aedes merupakan pemangsa
yang sungguh berbahaya terhadap manusia kerana mempunyai kebolehan mencairkan darah
dalam badan dan berupaya menjangkiti orang lain dengan memindahkan virus tersebut.

a) Mempunyai 100 mata di kepalanya.


b) Mempunyai 48 gigi.
c) Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
d) Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
e) 3 pasang sayap.
f) Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya
mencari mangsa pada waktu malam.
g) Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
i) Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah.
j) Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang
sangat sempit dan lembut.
k) Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di
punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop

15 Fakta Menarik Tentang Nyamuk


7:36 PG Categorized: menarik, Terkini
Bunyi nyamuk ‘nyyeeeng,..nyeng..nyengg’ menyebabkan tidur kita sering terganggu. Tidak
kiralah apa spesis nyamuk samada nyamuk aedes, nyamuk tiruk, nyamuk tonggeng,
semuanya mempunyai bunyi yang senada dan menyakitkan telinga. Sudah segala bagai jenis
ubat nyamuk sudah kita beli dan praktikkan, namun nyamuk si kecil tetap juga mengganggu
tidur kita. Kalau ianya berlarutan, mungkin kelambu boleh menyelesaikan masalah ini. Ada
lagi ke antara kita yang tidur berkelambu?

Biasanya, untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu tahu apa akar masalahnya. Saya
terfikir, perkongsian 15 fakta menarik tentang nyamuk mungkin mampu memberi kita
idea bagaimana menyelesaikan masalah nyamuk. Mari kita sama-sama telusuri misteri
disebalik seekor nyamuk.

1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah..)
2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk
menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di
kawasan tropika dan juga Artik.
3. Dari telur ke nyamuk dewasa hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya
bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses
perkembangannya!)
4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10
hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-
satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Kesian nyamuk
jantan, agaknya lepas saja habis ‘tugas’, terus mati..)
5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang datangnya bunyi
“nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina dengan hanya bunyi
kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni).
7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk
tompok di sayap (ada tompok rupanya).
8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan
mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung
(patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang
mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’).
10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu
kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita
membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah
nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat
dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?)
11. Spesis nyamuk yang paling agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di
Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan
badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa
seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh..ganas
betul tu!)
12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka
hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam
baik jer nyamuk jantan nie..)
13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan
sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit
kecacingan pada lembu dan kuda.
14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun
hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (zaman
batu daa..).
15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui
tayar-tayar buruk yang diimport (hati-hati dengan tayar buruk)

Pernahkah kita berfikir, apa gunanya Allah mencipta nyamuk, lebah dan sebagainya?
Ironinya, semua ciptaanNYA pasti ada peranan tersendiri dan tidak sia-sia. Antaranya ialah:

1. Usia nyamuk pendek saja, tugasnya membawa penyakit sebagai memberi peringatan
kepada kita. Sesakali sakit, membuatkan kita lebih taat pada Allah. Jika tidak, kita
berasa sentiasa megah atas nikmat kesihatan dan mengabaikan tanggungjawab
sebagai hambaNYA.
2. Kita sepatutnya berterima kasih kepada nyamuk sebab memberi peluang untuk kita
merasai sakit. Bukankah sakit itu sebahagian dari peluang menghapuskan dosa-dosa
kecil kita? Subhanallah.
3. Nyamuk sebagai penanda aras tahap kebersihan. Jika persekitaran kotor, nyamuk akan
tunjuk kesannya. Tidakkah kita berfikir?
4. Kebolehan nyamuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran perlu kita
contohi. Kalau kita ingin ‘survive’ dan berjaya, pandai-pandailah kita menyesuaikan
diri dengan suasana zaman sekarang (tapi agama tetap sebagai asas pegangan kita)

rupa-rupanya nyamuk pun ada tugas yang spesifik pada pencipta. Kita?
Punca demam denggi;
1-Longkang-longkang di sekitar taman yang dipenuhi sampah, timbunan tanah dan rumput-
rumput yang telah tumbuh. Ini menyebabkan ada air yang bertakung dan boleh menjadi
tempat pembiakan nyamuk aedes

2-Sikap pengotor segelintir penduduk yang mengabaikan aspek kebersihan, termasuk


membiarkan air bertakung sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dikenal pasti
antara punca peningkatan kes denggi.
sumber : Scribd - Punca demam denggi
Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-
serta.html#ixzz3BYIUSZgF
Berikut adalah 9 tanda kita telah digigit nyamuk Aedes;
- Cirit-birit
- Demam secara mengejut
- Loya dan muntah-muntah
- Ruam dan gatal-gatal
- Sakit bahagian belakang biji mata
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit otot dan sendi yang teruk
- Sakit perut
- Sakit pinggang yang teruk (demam tulang pecah)
sumber: Petua sejagat - 9 Tanda Demam Denggi

Denggi pada bayi dan kanak-kanak yang masih kecil selalunya bermula dengan simptom-
simptom penyakit virus:
• demam
• hidung berair
• batuk
• ruam kulit yang ringan

Kanak-kanak yang lebih besar selalunya mengalami simptom-simptom tipikal sama seperti
yang dialami oleh orang dewasa:
• demam panas
• sakit di bahagian belakang mata dan pada sendi-sendi
• sakit kepala
• ruam kulit bertompok merah dan putih

Ini mungkin diikuti dengan:


• kurang selera makan
• loya
• muntah
• gatal di tapak kaki
• rasa sangat lemah semasa menghidapi penyakit dan juga lemah selepas sembuh.
sumber : baby center - denggi dan kanak-kanak

Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan
tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya
terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit.

Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga
dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy). Demam denggi klassik berlarutan
selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam
(dikenali sebagai pola biphasic.

Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam
diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau
ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya),
kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity).

Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. Kes DHF juga
menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan
haemoconcentration.
Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome)
atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
sumber : wikipedia - demam denggi

Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.
Rawatan Demam Denggi Klasikal
Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit
iaitu, mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku

Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-


serta.html#ixzz3BYL0y0bq

Rawatan Demam Denggi Berdarah


Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi.
Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas meningkatkan
risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang
paling genting ialah pada hari ke3 hingga hari ke7. Pemberian aliran intravena perlu jika
sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.
sumber : 1 klik - demam denggi

Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-


serta.html#ixzz3BYLtUnog
Petua untuk demam denggi;
- raw juices of papaya leaves
- pegaga juice / tembikai
- air 100 plus / air kiwi
- sup ketam
sumber : Anis Pharmacyr - Petua untuk demam denggi
Rencana ini hanyalah sebagai panduan sahaja dan bukanlah sebagai ganti nasihat
professional.

Kebanyakan nyamuk dan serangga memasuki rumah anda pada waktu fajar dan senja. Jadi
pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup ketika waktu itu. Jika anda perlu
menggunakan lingkaran elektrik, mat atau pengewap cecair untuk menghalang kemasukan
serangga dan haiwan perosak ke dalam bilik, pastikan semua ini dimatikan sebelum bayi anda
masuk ke bilik.

Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-


serta.html#ixzz3BYLznkIW

Langkah-langkah pencegahan lain termasuk:


• Pakaikan anak anda dengan baju berlengan panjang dan seluar panjang, terutamanya apabila
dia ke taman atau taman permainan.
• Pakaian berwarna cerah juga adalah lebih baik daripada pakaian berwarna gelap.
• Pasang jaringan nyamuk pada tingkap.
• Gunakan krim dan penyembur berasaskan minyak serai wangi atau penghalau nyamuk jenis
herba.
• Bayi yang lebih kecil dan tidak boleh meniarap lagi boleh diletakkan di dalam kelambu
semasa tidur; penghawa dingin juga boleh membantu menghalang nyamuk sebab pintu dan
tingkap bilik selalunya akan ditutup.
sumber : baby center - denggi dan kanak-kanak

Read more: http://www.simiey.com/2012/05/punca-dan-tanda-demam-denggi-


serta.html#ixzz3BYMRskHo

Anda mungkin juga menyukai