Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA : PUTERA KATAK

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada barisan hakim yang

bijaksana dan semua hadirin yang dihormati sekalian.

Pada pagi yang indah ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

Putera Katak.

Yang berkhayal sedar – sedarkan,

Yang terlena kejut – kejutkan,

Yang tersesat kembali ke pangkal jalan,

Dengar ya kawan – kawan….

Pada suatu masa dahulu, ada seorang puteri yang disayangi oleh semua orang di

istana. Puteri itu cantik seperti bidadari. Puteri itu suka bermain – main di luar

istana.

Kawan – kawan !

Alat mainan kegemarannya ialah sebiji bola emas. Pada suatu hari, ketika puteri

sedang bermain bola emasnya, tiba – tiba bola itu melantun ke dalam sebuah

kolam. Puteri amat sedih lalu duduk di situ sambil menangis.

Tiba – tiba terdengar suatu suara, “Kenapa kamu menangis wahai tuan puteri?”

Puteri menoleh sekeliling dan ternampak seekor katak yang hodoh. “Bola emas
aku terjatuh ke dalam kolam” jawab puteri. Sang katak bersetuju untuk menolong

puteri mengambil bola yang terjatuh ke dalam kolam dengan syarat tuan puteri

harus menunaikan permintaannya. Puteri juga berjanji akan menunaikan

permintaan Sang Katak itu.

Tanpa membuang masa, Sang Katak terus melompat ke dalam kolam lalu

mengambil keluar bola emas itu. Puteri berasa sangat gembira lalu

mengucapkan terima kasih kepada Sang Katak itu. Sang Katak meminta puteri

untuk menunaikan permintaannya. Puteri pun menawarkan pelbagai ganjaran

kepada Sang Katak tetapi Sang Katak menolak semua tawarannya. Sang Katak

mengatakan bahawa ia hendak makan sepinggan nasi bersama Tuan Puteri dan

tidur di atas katil yang sama dengannya. Tuan Puteri tidak setuju dengan

permintaan Sang Katak lalu puteri melarikan diri bersama bola emas itu ke

dalam istana.

Pada keesokan hari ketika Puteri sedang makan malam bersama ayahandanya,

puteri terdengar suatu bunyi yang pelik…. Tap tap tap tap. Seperti bunyi sesuatu

benda sedang naik tangga istana. Kemudian puteri terdengar bunyi ketukan

pintu. Tok….tok…tok..tok. Puteri terus lari ke arah pintu lalu membukanya.

Puteri ternampak Sang Katak itu menunggu di luar pintu! Dengan segera Puteri

menutup pintu.

Puteri terus lari kepada Raja dan menceritakan apa yang telah berlaku. Setelah

mendengar ceritanya, Raja menasihati Tuan Puteri lalu menyuruh Tuan

puteri membenarkan Sang Katak masuk ke dalam istana. Puteri berasa sangat
marah tetapi dia tidak ada jalan lain. Puteri terpaksa membuka pintu dan

mengizinkan katak yang hodoh itu masuk ke dalam istana. Sang Katak berasa

sangat gembira.

Sang Katak mula makan sepinggan nasi Bersama tuan puteri. Selepas itu, Sang

Katak mengikut puteri masuk ke dalam bilik tidurnya. Puteri berasa tidak gembira

tetapi terpaksa membenarkan Sang Katak tidur di sebelahnya. Apabila Tuan

Puteri meletakkan Sang Katak di atas bantalnya, dalam sekelip mata, Sang

Katak itu tiba – tiba menjelma menjadi seorang Putera!

Putera itu memberitahu Puteri bahawa seorang ahli sihir yang jahat telah

mengenakan sumpahan ke atasnya dan hanya seorang puteri yang baik hati

dapat mengakhiri sumpahan itu. Putera berasa sangat gembira kerana puterilah

yang telah menyelamatkannya. Puteri berasa sangat bangga. Mereka berdua

menjadi kawan baik.

Kawan – kawan apakah nilai yang terdapat dalam cerita ini?

Ya! Kita haruslah menepati janji yang kita berikan kepada orang lain.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan peribahasa:

Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai