Anda di halaman 1dari 2

BUTIRAN TAKLIMAT IBU BAPA TAHUN 1 2022/2023

1. Waktu persekolahan sesi petang – WAKTU MASUK DAN WAKTU PULANG SECARA
PEMERINGKATAN.

2. SOP pengoperasian kelas – ibu bapa tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah.

Waktu rehat makan dalam kelas dengan pemantauan guru. Makanan boleh ditempah sehari awal
melalui aplikasi WhatsApp kumpulan kelas. Sertakan wang secukupnya. BAWA SUDU dan GARFU
sendiri.

Alat sanitasi – wet tissue, hand sanitizer

3. Kedudukan lencana pada pakaian – rujuk gambar

4. Kedudukan kelas akan berubah dalam tempoh 3 hingga 4 minggu selepas naik sekolah. Ini kerana
saiz kelas yang berubah akibat :
a. Tawaran keluar murid ke sekolah swasta
b. Kemasukan murid warganegara tanpa dokumen
c. Kemasukan murid bukan warganegara

5. Program Transisi
a. Berlangsung selama 4 minggu bertujuan menyediakan murid dengan suasana pembelajaran
secara formal
b. Tiada jadual waktu dalam tempoh tersebut. Tidak perlu bawa buku tulis kecuali bila diminta
oleh guru mata pelajaran.
c. Murid menggunakan mudul transisi yang akan disediakan pihak sekolah tersebut
d. Guru Kelas sementara akan bekalkan tag sementara mengikut warna kelas. Minta isikan di
tag nama tersebut dengan nombor telefon ayah dan ibu yang boleh dihubungi

6. PBD – Tiada peperiksaan yang akan dijalankan tetapi pentaksiran bilik darjah akan dibuat sepanjang
tempoh pembelajaran dan berlangsung sepanjang sesi persekolahan hingga akhir tahun. Pentaksiran
menggunakan medium, pemerhatian, projek, ujian topikal.

7. Keselamatan –

a. Sebagai pelan kecemasan, mohon ibu bapa menulis dalam buku atau nota kecil NOMBOR
TELEFON AYAH/IBU YANG AKTIF untuk dihubungi.
b. Mengambil anak tepat pada waktu persekolahannya.
c. Memberi arahan yang jelas tentang keberadaan murid yang sepatutnya ketika pulang. GATE
A / GATE C.

8. ERKM – semasa mendaftar secara online, ibu bapa ada mengisi maklumat imunisasi semasa anak
bayi. Surat kebenaran imunisasi akan terus diambil dlm borang tersebut. Suntikan tahun 1 akan
dijalankan oleh pihak KKM pada tarikh yang akan ditentukan kelak. Kaedah suntikan belum dapat
dipastikan sama ada suntik di sekolah atau ibu bapa perlu menghantar sendiri ke Pusat Kesihatan
Daerah.

Anda mungkin juga menyukai