Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERTANDINGAN BERCERITA
BAHASA MELAYU (TAHAP 1)
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2020

NAMA PESERTA:
NUR ALIYA SYUHADA BINTI
SHAHRULNIZAM

TAJUK:
ANAK IKAN DEGIL

UNDIAN GILIRAN:

1
SKRIP PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

TAJUK: ANAK IKAN DEGIL

Apa khabar semua? Mari dengarkan kisah teladan. “Anak Ikan Degil” penuh

pengajaran.

Di dalam sebuah kolam, ada seekor anak ikan yang berkawan baik dengan

seekor berudu. Mereka sering berenang, mencari makan, dan bermain bersama-

sama. Suatu hari, anak ikan berasa hairan melihat berudu kerana ada sepasang

kaki diekornya lalu bertanya mengapa berudu mempunyai kaki. Dengan tenang,

berudu menerangkan bahawa ia bukanlah seekor ikan tetapi berudu iaitu anak

katak. Menurutnya lagi, apabila besar nanti, ia tidak dapat tinggal di dalam kolam itu.

Anak ikan tidak mempercayai kata-kata berudu malahan menuduhnya berbohong.

Jangan contohi sikap anak ikan ya kawan-kawan. Jaga diri, hiasi peribadi.

Tahukah kawan-kawan,

Sejak peristiwa itu, berudu tidak menemui anak ikan lagi. Alangkah susahnya

hati anak ikan. Tanpa diduga, berudu muncul kembali selang beberapa hari selepas

itu dengan rupa yang berbeza. Anak ikan berasa sangat gembira tetapi bertambah

hairan. Kenapa berudu mempunyai sepasang kaki lagi? Kali ini, kakinya berada di

depan kaki yang dahulu dan ekornya pula sudah tidak panjang. Melihat wajah anak

ikan yang penuh kehairanan, berudu menegaskan bahawa dia kini di gelar katak.

Dengan penuh tanda tanya, terkebil-kebil anak ikan mendengar kata-kata itu.

Akhirnya, mereka terpisah sehinggalah anak ikan kian membesar. Ingat kawan-

kawan, kasihi teman bahagia sepanjang zaman.

2
SKRIP PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Kawan-kawan hendak tahu,

Pada suatu hari, ketika berenang-renang mencari makanan, ikan terkejut

melihat seekor katak masuk ke dalam air. Rupa-rupanya, itu adalah kawan lamanya.

Dengan perasaan gembira, mereka bercerita mengenai pengalaman masing-

masing. Ikan mula berasa cemburu kerana di darat, katak dapat berkawan dengan

pelbagai jenis haiwan lain seperti kucing, lembu, dan burung. Ia ingin sekali

mengikut katak tinggal di darat. Katak segera memujuknya dengan mengatakan

bahawa ikan akan mati jika tinggal di darat. Katak menyambung cerita tentang

pengalamannya bertemu manusia, kanak-kanak, permainan, dan bermacam-macam

lagi sehingga malam menjelma dengan harapan ikan berasa seronok. Malangnya,

cerita tersebut membuatkan ikan semakin tidak berpuas hati. Keesokan harinya,

ikan berenang lagi sambil mencari makanan. Sesampainya ke permukaan air, ia

terpandang bayang-bayang burung terbang dan ingin melihatnya.

Ikan segera melompat ke tebing,

Nafas jadi sesak terpejam matanya, Lagu

Mengerang sakit nafas tak seiring,

Akhirnya lemas bolehkah selamatkannya…

Apa? Ikan telah mati? Tidak… Mujurlah katak ada di situ dan dengan pantas

menolak ikan masuk semula ke dalam air. Jika tidak, tentu ikan akan mati. Kejadian

tersebut telah menyedarkan ikan tentang pentingnya mendengar nasihat dan

bersyukur. Sejak peristiwa itu, ikan kini lebih berhati-hati dan berjanji tidak akan

berdegil lagi.

3
SKRIP PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU TAHAP 1
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Begitulah kawan-kawan,

Kisah Anak Ikan Degil yang penuh pengajaran. Ingatlah, kita mesti sentiasa

mendengar nasihat dan berbuat baik ibarat kata pepatah buat baik berpada-pada.

Buat jahat jangan sesekali. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi semua.

Anda mungkin juga menyukai