Anda di halaman 1dari 2

Terkilan

Sudah seminggu Puan Natrah termenung.Masih jelas dalam ingatan Puan Natrah sebaik sahaja dia
melangkah keluar dari sekolah anak perempuan tunggalnya.Seorang wanita separuh abad melambai-
lambai tangan kepadanya.Dia terbayang peristiwa dua belas tahun yang lalu.Walau bagaimanapun
beban yang ditanggung oleh Puan Natrah terhenti apabila Sara anak kesayangan memanggil-
manggilnya setelah pulang dari sekolah.Sara tampak sangat ceria berbanding daripada hari
sebelumnya.Bagaimanakah Keadaan Sara di sekolah hari ni. ?” tanya Puan Natrah sambil mengusap-
ngusap kepala Sara.Sara sangat gembira dengan kawan-kawan dan guru di sekolah baharu.Mereka
melayan Sara dengan mesra walaupun Sara baru mengenali mereka.Pengajaran daripada cerita ini
ialah setiap ibu mesti mengambil berat terhadap anak di sekolah.

Ibu Sara masuk ke bilik dahulu dan ingin menyiapkan kerja sekolah.Selepas itu Sara akan makan
bersama-sama ibu .Sara anak yang baik dia tidak akan makan selagi ibunya tidak menjamah makanan
dahulu.”Kawan-kawan sebagai anak kita mesti menyayangi dan menghormati ibu kita.Selesai
makan Sara terus menolong ibunya dengan rela hati.

Keesokan paginya Sara ke sekolah seperti biasa.Sudah menjadi rutin ,Sara akan duduk di bangku
bersebelahan kelasnya.Sara berasa pelik seorang pekerja sekolah sering memerhati dirinya.Sara
terfikir adakah dia agak lucu atau melakukan kesalahan.Sara berpura-pura tidak melihat ke arah
wanita itu.Kadang-kala timbul rasa ingin tahu kenapa wanita yang mesra dipanggil Kak Idah selalu
memerhatinya.Setiap kali berselisih di jalan Kak Idah akan memandang tepat pada wajah Sara.

Pulang ke rumah Sara terus menceritakan kepada ibunya.Walaupun Sara bercerita dengan penuh
semangat, Sara hairan ,ibunya hanya berdiam diri sahaja.Air muka ibunya tidak seceria tatkala
menjemput Sara pulang.Setelah Sara masuk ke dalam bilik Puan Natrah terus membuka warkah yang
diterima dua belas tahun yang lalu.Kegelisahan Puan Natrah semakin menjadi-jadi.Kawan-kawan
ingin tahu apa yang berlaku seterusnya?...

Untuk meredakan kegelisahannya Puan Natrah tidak putus-putus berdoa setiap kali solat lima
waktu.”Kawan-kawan sebagai umat Islam kita mesti meminta bantuan dan pertolongan daripada
Allah.

Keesokan harinya Sara ke sekolah dan seperti biasa Sara duduk dibangku yang sama.Tiba-tiba
Kak Idah muncul dan menyapa Sara dengan lembut.Boleh mak cik duduk di sini.Sara tidak menjawab
tapi hanya mengangguk.Kak Idah dengan lembut bertanya nama Sara dan di mana dia
tinggal.Setelah mendengar jawapan Sara ,Kak Idah mengukir senyuman mesra.Entah mengapa Sara
berasa tersentuh hati dan bahagia apabila Kak Idah duduk di sebelahnya.Setelah loceng berbunyi
Sara bersalam dan mencium tangan Kak Idah.Tiba-tiba Kak Idah menyapa lembut boleh mak cik cium
Sara.Sara terdiam dan mengangguk sahaja.Kelihatan air jernih bergenang di kelopak mata Kak Idah.

Sara juga turut tersentuh hati melihat Kak Idah sedemikian.Pada sebelah malam Sara tidak dapat
melelapkan mata dan dia tidak sabar untuk berjumpa dengan Kak Idah.Apabila tiba di sekolah Sara
tercari-cari Kak Idah.Namun tiada di tempat yang biasa dia duduk bersama-sama kawannya.Pada hari
itu Sara tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar.Dia berpura-pura ingi ke tandas.Semasa
di tandas Sara terdengar bunyi tangisan.Sara cuba mengamati perbualan tiga orang pekerja
sekolahnya.Dalam sedu tangis Sara terdengar bahawa Kak Idah telah meninggal dunia kerana
serangan jantung.Sara terpaku dan tidak dapat menahan sebak.

Setelah pulang dari sekolah Sara terus menceritakan kepada ibunya.Puan Natrah terus
menangis dan memeluk Sara sekuat hatinya.Maafkan ibu,sepatutnya ibu memberitahu Sara bahawa
Kak Idah sebenarnya ibu kandung Sara.Ibu benar-benar terkilan.Sara menangis teresak-esak dia amat
terkilan tidak sempat memanggil ibu pada ibu kandungnya.Walaubagaimanapun Sara bersyukur
sempat menatap wajah ibunya dan ibunya sempat mencium Sara buat kali pertama dan terakhir.

Pengajaran daripada cerita ini kita hendaklah berterus terang walaupun hakikatnya amat pahit.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai