Anda di halaman 1dari 15

Cerpen

Anak-Anak yang Bergelimpangan


(Penulis:Noorjaya)
Disediakan oleh
Teacher Siti
(Guru Pendidikan awal kanak-kanak)
SINOPSIS
• Kisah tentang kehidupan sekumpulan masyarakat ikan.
“Aku” dalam cerpen mewakili seekor ikan Haruan. Terdapat ahli masyarakat ikan
yang lain hidup dengan aman damai dan bersuka ria di sebuah sungai iaitu
sungai Tengas namanya. Haruan memberi peringatan kepada rakan ikan yang
lain meliputi Keli, Puyu, Sepat, Sebarau, Lampam, Temelian, Terbul, Baung,
Kelah dan semua penghuni sungai agar sentiasa berhati-hati. Haruan
menceritakan kisah-kisah sedih di sungai lain yang terjadi telah menyebabkan
kehidupan mereka musnah akibat pencemaran dan sebagainya. Ia memberitahu
tentang sekumpulan manusa yang cerdik menggunakan tipu helah bagi
menangkap ikan sebanyak yang boleh untuk dijadikan makanan. Mereka
menangkap ikan menggunakan pelbagai cara seperti menjala dan menuba ikan.
SINOPSIS
Kegiatan manusia menuba ikan adalah perbuatan salah dan boleh
menyebabkan air sungai tercemar. Akibat perbuatan Pak Kasa, Mat Dali
dan Awang Cik Leh menuba ikan telah menyebabkan anak-anak mereka
sendiri mabuk ketika sedang mandi di sungai Tengas. Setelah diberi
minum air kelapa muda, anak-anak mereka kembali pulih semula.
Namun begitu, lebih menyedihkan apabila masyarakat ikan hanya
mampu melihat anak-anak, cucu dan cicit ikan yang mati akibat
meminum air tuba dari hulu sungai Tengas itu.
TEMA
• Bertemakan kemasyarakatan.
• Masyarakat ikan yang hidup di sungai Tengas.
• Masyarakat ikan yang hidup dengan penuh cabaran( kehidupan yang
sepatutnya bahagia, aman dan harmoni telah bertukar suram akibat
ancaman serta kegiatan manusia yang pentingkan diri dan tamak).
PERSOALAN
• Masyarakat yang tinggal di sungai Tengas.
Merujuk masyarakat ikan dan penduduk kampung yang tinggal di
sungai tersebut.
• Masyarakat yang dicipta dengan pelbagai rupa dan bentuk.
Masyarakat yang dicipta Allah iaitu ikan dan manusia. Dijadikan
pelbagai jenis untuk saling mengenali, menyayangi, bantu – membantu
dan bekerjasama antara 1 sama yang lain.
• Masyarakat yang hidup secara bersama.
Aku seekor ikan(haruan) dan kawan-kawan hidup bersama-sama dalam
menghadapi cabaran di sungai Tengas.
PERSOALA
N • Masyarakat manusia yang melanggar hukum hidup.
Berlaku peristiwa malang iaitu di Lagun Rodrigo de fritas yang merupakan
sebuah pusat pelancongan iaitu dimana manusia membuang bahan-bahan
buangan ke dalam sungai.
• Masyarakat manusia yang tidak bertanggungjawab dan kejam.
Berlakunya pencemaran air sungai yang teruk akibat perbuatan manusia yang
tidak bertanggungjawab. Ianya telah menyebabkan lebih 70 tan bangkai ikan
sungai terbiar busuk.
• Masyarakat yang mementingkan keuntungan nilai wang.
Merujuk kepada Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh di mana mereka
meletakkan akar tuba untuk meracuni air sungai tengas. Ekoran itu mereka
memperolehi banyak ikan lalu dijual ke pasar untuk mendapatkan hasil
keuntungan.
WATAK&PERWATAKK
AN WATAK PERWATAKKAN
Aku Sebagai Haruan.
Mempunyai ramai rakan ikan & sentiasa mengambil berat dengan
selalu memberi peringatan serta nasihat kepada rakan-rakannya.
Masyarakat ikan yang lain Rakan ikan kepada “Aku” (Haruan).
Mempunyai bentuk dan rupa berbeza.
Terdiri daripada Keli, Puyu, Kelah, Sebarau, Baung, Lampan, Temelian
& Belut.
Pak Kasa, Mat Dali & Awang Cik Leh Penduduk kampung sungai Tengas & orang yang menuba air di hulu
sungai.
Tuk Imam, Lebai Kasim, Mat Siak & Haji Arsyad Merupakan penduduk kampong sungai Tengas.
Husin, Mail, Budin, Jalil, Hasan & Amin Merupakan kanak-kanak di kg sungai Tengas.
Husin anak Pak Kasa, Mail anak Mat Dali, Budin anak Awang Cik Leh,
Jalil anak Lebai Kasim, Hasan anak Mat Siak & Amin anak Haji Arsyad.
Haji Ibrahim Pengerusi jawatankuasa keselamatan kampung sungai Tengas.
PLOT
PERMULAAN
Terdapat masyarakat ikan dan sekumpulan manusia yang tinggal di kampung sungai Tengas. Kehidupan mereka
di kampung itu sangat harmoni bagi manusia. Namun tidak kepada masyarakat ikan yang merasa habitat
mereka di air sungai Tengas ini tidak selamat lagi disebabkan perbuatan segelintir manusia yang tamak.

PERKEMBANGAN
Kisah ini mula berkembang apabila watak “aku” sebagai ikan haruan dan rakan ikan lain yang hidup di sungai
Tengas itu. Aku setiasa mengingati rakan ikan untuk selalu berhati-hati. Di samping itu, Aku dan juga rakan ikan
lain juga mengimbau kembali peristiwa malang yang berlaku kepada rakan ikan yang berada di sungai lain.
Mereka (rakan ikan ditempat lain) telah mati disebabkan perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai contohnya, Peristiwa yang berlaku di Lagun Rodrigo De Fritas iaitu sebuah pusat perlancongan yang
berada di Rio De Janerio. Peristiwa ini melibatkan lebih 70 tan bangkai ikan terbiar busuk disebabkan
perbuatan manusia yang membuang bahan industri ke dalam sungai dan menjadikan pencemaran air berlaku.
Seterusnya, Peristiwa yang berlaku di sebelah hilir dekat Kuala Dingin di mana ada manusia yang meletakkan
akar tuba ke dalam sungai dan menyebabkan ribuan ikan mati. Oleh itu, Aku (Haruan) memberi peringatan
kepada rakan ikan yang lain supaya sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tipu helah atau
perangkap manusia.
PLOT
PERUMITAN
Bahagian ini telah timbul masalah di mana terjadinya kegiatan manusia yang salah dilakukan terhadap ikan di
dalam sungai Tengas itu. Situasi ini merujuk kepada 3 orang penduduk itu yang dikenali sebagai Pak Kasa, Mat
Dali dan Awang Cik Leh. Mereka meletakkan akar tuba di dalam air sungai Tengas itu. Mereka meracuni
kawasan di hulu sungai dengan akar tuba itu untuk mengaut hasil ikan yang banyak. Ekoran dari perbuatan itu
telah memperolehi pelbagai ikan terdiri dari ikan Sebarau, Temelian, Baung, Tebal Sisik Dan lampan yang
terpuang-apung di permukaan air kerana mabuk dengan akar tuba itu. Mereka dengan bangganya bersorak
kerana memperoleh ikan yang banyak.
KLIMAKS
Rentetan bahagian ini berlaku apabila terdapat 6 orang budak menjadi pening dan muntah selepas mandi di
sungai Tengas itu. 6 orang budak itu terdiri daripada anak Pak Kasa, Mat Dali,Awang Cik Leh, Lebai Kassim, Mat
Siak dan Haji Arsyad. Budak –budak tersebut dibawa ke Balai Lintang untuk siasat perkara sebenar yang
berlaku. Tidak lama kemudian, Lebai Kasim muncul dengan membawa setimba air sungai yang telah bercampur
racun akar tuba. Lalu, dia (Lebai Kasim) ternampak Pak Kasa, Mat Dali & Awang Cik Leh membawa guni baja
yang penuh dengan ikan. Ketiga orang itu dibawa ke Balai Lintang untuk disoal oleh Tuk Imam supaya masalah
ini boleh diselesaikan.
PELERAIAN
Akhirnya, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh telah mengisafi akan perbuatan yang dilakukan setelah melihat
anak-anak mereka sendiri terkena racun akar tuba itu. Anak-anak mereka telah kembali pulih selepas diberikan
minum air kelapa muda bagi menghilangkan racun yang terdapat dalam badan mereka.
GAYA
BAHASA
1. Simile
Bagaikan gadis-gadis yang sedang menari-nari mempesonakan

2. Metafora
Berkilau-kemilau digilap sinar mentari

3. Paradoks
Langit cerah dan angin kencang

4. Anafora
Yang ada hanyalah sungai ini, Yang ada hanyalah hutan, Yang ada ada hanyalah bukit

5. Epifora
Allah menjadikan sungai ini untuk kita, Maka disinilah dunia kita dan disinilah kehidupan kita
TEKNIK
PENULISAN
1. Teknik Pemerian@huraian
• Kita memang dijadikan berjenis-jenis rupa dan bentuk. Namun, kita merupakan ikan. Apalah sangat
kita ini, makhluk Allah. Allah Maha Berkuasa, Maha Pencipta Alam dan segala isinya. Kita dijadikan
berjenis rupa supaya saling kenal-mengenal, berkasih sayang, bekerjasama dan bantu-membantu
untuk kebahagiaan hidup di dunia.
2. Teknik Imbas Kembali
• Tetapi arah ke hulu sungai, lain pula jadinya, Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh tersusup-sasap
berjalan di tepi sungai. Mereka menggalas seberkas akar. Kerja yang akan dibuat itu nanti, sudah
dibincang dua hari lalu.
3.Teknik Dialog
• Cerita rekaan atau benar?” Soal Baung bagaikan tidak percaya mendengar cerita itu. Ini cerita
benar, bukan khabar angin,”Sahut Sebarau menajamkan matanya ke arah Baung yang berlenggok-
lenggok dengan janggutnya yang jarang.
LATA
R
Latar
Latar tempat Latar masa
Masyarakat
• Kampung sungai Tengas • Waktu pagi • Masyarakat ikan yang tinggal
• Lagun Rodrigo De Fritas • Waktu petang di sungai Tengas
(Pusat pelancongan di Rio De • Masyarakat manusia di
Janerio) kampong sungai Tengas
• Kuala Dingin(Sebelah Hilir
Sungai)
• Balai Lintang
NILAI MURNI
1. Nilai Kasih Sayang
• Nilai kasih sayang ini digambarkan kepada watak aku iaitu Haruan yang menyayangi rakan ikan lain
dengan sentiasa memberi nasihat dan peringatan agar berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan
perangkap manusia.
2. Nilai Toleransi
• Nilai toleransi ini digambarkan kepada anak buahnya/rakan ikan lain yang bertolak ansur dalam
menerima nasihat dan peringatan dari haruan.
3. Nilai Komuniti(Bersama)
• Nilai ini digambarkan kepada haruan dan rakan ikan lain yang menjalani kehidupan di sungai Tengas
secara bersama setiap hari walaupun mempunyai bentuk dan rupa berbeza.
4. Nilai Keinsafan
• Nilai ini digambarkan kepada Pak Kasa, Mat Dali dan Awang Cik Leh yang berasa insaf di atas
perbuatan menuba air sungai Tengas itu apabila melihat anak-anak mereka sendiri sakit dengan
keadaan pening dan muntah yang teruk akibat terminum air tuba ketika mandi di sungai tersebut.
PENGAJARAN
1. Kita seharusnya menyayangi antara 1 sama lain.
• Perkara ini merujuk kepada haruan dan rakan ikan lain yang menyayangi satu sama lain.
2. Kita hendaklah berwaspada dalam menjalani kehidupan.
• Hal ini menjelaskan haruan yang sentiasa menasihati rakan ikan lain supaya berhati-hati
agar tidak termasuk dalam perangkap manusia.
3. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan.
• Perkara ini berlaku di mana haruan yang mengucup syukur kepada Tuhan atas kerana
menciptakan dirinya dan rakan lain yang mempunyai pelbagai jenis rupa dan bentuk.
Malah, haruan juga mengucap syukur kerana telah mengurniakan sungai Tengas
sebagai rumah kediaman dan tempat tinggal mereka untuk meneruskan kehidupan
Noorjaya Dalam Kenangan
• Noorjaya atau nama sebenarnya Mohd Noor Bin Salleh dilahirkan
pada 12 November 1931 di kampung Sungai Tengas, Kulim Kedah.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Serdang.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Noorjaya bertugas sebagai guru di
Sekolah Rakyat Mergong selama empat tahun. Namun pada awal
tahun 1950-an beliau memilih bidang kepolisan hingga ke usia
persaraan. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 19 Ogos
2004 pada usia 73 tahun.

Anda mungkin juga menyukai