Anda di halaman 1dari 11

Putera

Katak
Pada zaman dahulu,terdapat
seorang puteri yang comel, Dia
mempunyai sebiji bola emas
yang elok. Dia suka bermain bola
emas itu di tepi kolam yang
terletak di istana. Pada suatu hari,
bola emas itu terjatuh ke dalam
kolam.
Puteri menanggis dengan sedih.
Tiba-tiba, dia terdengar sesuatu
suara yang berkata bahawa :
“Kenapa puteri menanggis?”
Puteri pandang - memandang ke
sekelilingnya,rupa-rupanya
seekor katak yang hodoh. Puteri
memberitahu Si Katak apa yang
telah berlaku. “ Eh, aku boleh
tolong kamu untuk mendapatkan
bola emas itu , tapi aku ada satu
permintaan,”kata Si Katak. “
Baiklah, saya akan menunaikan
segala perjanjianmu,”kata puteri.
Tidak lama kemudian, Si Katak
pun keluar dari kolam dan
menghulurkan bola itu kepada
puteri.

Setelah mendapat bola emas


itu, puteri pun berlari masuk ke
dalam istananya. “ Wahai,puteri!
kamu sudah lupa akan janji
kamu,bukan?”jerit Si Katak.
Pada petang itu, Puteri dan
ayahandanya terdengar suara
mengetuk pintu semasa mereka
sedang menjamu selera. Raja itu
mendapati anakandanya
kelihatan cemas , baginda pun
bertanya-tanya puteri. Selepas
puteri menerangkan peristiwa
yang telah berlaku tadi, raja pun
berkata: “ Biar Si Katak itu
masuk.” Si Katak itu masuk lalu
makan bersama-sama dengan
puteri.
Selepas makan malam, puteri
terpaksa membawa si Katak yang
hodoh itu masuk ke bilik
tidurnya. Puteri meletakkannya
di atas bantal, tiba-tiba katak itu
menjadi seorang putera yang
kacak. Putera itu
memberitahunya bahawa rupa-
rupanya dia telah diubah kepada
seekor katak oleh seorang
penyihir yang jahat. Jika puteri
dapat menunaikan janji itu, sihir
itu akan hilang.
Selepas itu, puteri berkahwin
dengan putera itu. Mereka berdua
hidup dengan bahagia.
Cerita ini telah memberitahu
kita bahawa janganlah terlalu
mementingkan wajar orang lain
dan kita mesti menunaikan segala
perjanjian yang telah dibuat.

Anda mungkin juga menyukai