Anda di halaman 1dari 7

Drama : Di Sini Bakti Bersemadi

Masa : Waktu siang


Tempat : Di tempat ternakan ayam
T : Wah, rajin betul penternak kita ni !
A : Eh, Tini ! mana tunang kau?
T : Dia kerja. Takkan nak ajak dia pula.
A : Kenapa tiba-tiba datang?
T : Takda apa-apa. Hanya nak melihat keadaan di sini sahaja.
A : Engkau bagaimana sekarang? Tak belajar lagi?
T : Sudah tamat, min. Sebab tu aku balik.
A : Habis tu nak kerja apa?
T : Sebenarnya aku ingin buat kerja kampung seperti kau. Aku kagum dengan
semangat dan usaha kau. Sebab tu aku ada keinginan untuk berusaha
sendiri.
A : Aku hargai semangat dan cita-cita kau. Memang tulah harapanku, agar
ada anak muda mengikut jejak langkahku.
Masa : Waktu siang
Tempat : Di rumah Tini
Ayah : (keras)Aku tak suka kau bertindak sendiri, Tini. Ayah hantar kau belajar
kerana tak mau kau terus menetap di sini. Kerja begitu akan memalukan
ayah dan keluarga kita. Kau itu perempuan. Bukan layak untuk kau lakukan.
T : Ayah, walaupun saya dari golongan lemah, semangat saya tidak lemah,
ayah. Sepatutnya ayah bangga.
Ayah : (mengeluh)Baiklah, Tini. Ayah tidak dapat berbuat apa- apa. Ini
keputusan kau. Tapi kau harus ingat tunang kau.
T : Okay, ayah.

Masa : Waktu siang


Tempat : Di rumah Tini

K : Kenapa kau tak beritahu aku awal-awal lagi? Kau tak boleh bertindak
sendirian begini? Seharusnya kau berbincang dengan aku dulu.
T : Aku tak mau mengharapkan bantuan, Mal. Aku ingin berdikari. Aku pilih
bidang ni kerana rasa sesuai dengan jiwaku.
K : Engkau silap memilih, Tini. Engkau tak layak melakukannya.
T : Jangan merendah-rendahkan kemampuanku. Walaupun aku perempuan
tapi aku akan buktikan kemampuanku nanti.
K : Habis tu bagaimana tentang masa depan kita?
T : Itu tiada kaitan dengan apa-apa yang aku kerjakan. Pokoknya kau harus
memahami keinginan dan cita-citaku.
Masa : Waktu siang
Tempat : Di Kilang
Amin : Wah , kerja keras Nampak! Bagaimana sekarang?
T : agak memuaskan juga. Dulu tidak teratur tapi sekarang tak kelam-kabut
lagi.
A : Syukurlah Tini. Tak sia-sia kau bertungkus-lumus mendirikan perusahaan
ni.
T : Semua ni berkat bantuan kau juga, Min. Ya, engkau hendak ke mana ni?
A : Oh, aku ada temu janji dengan pegawai perikanan. Ada perkara yang
hendak aku bincang dengannya. Buat masa ini, biarlah aku rahsiakan dulu.
Kalau ada lampu hijau nanti, aku baru beritahu kau, Ohya aku pergi dulu
ya?
T : Yalah , Min.
Masa : Waktu siang
Tempat : Di rumah Tini
K : Mana Tini, pak cik?
Ayah : (mengeluh) Entahlah. Sejak dia buka kilang, jarang-jarang dia di
rumah. Aku pun tak kuasa nak menasihatnya.
K : Beginilah pakcik. Saya telah berbincang dengan ayah dan emak. Mereka
bersetuju untuk mempercepat hari

perkahwinan saya dan Tini. Saya hendak persetujuan pakcik.


A : Bagiku takda apa-apa halangan. Tapi Biarlah saya berbincang dengan
Tini dulu.
K : Terpulanglah, saya berharap pakcik dapat memujuknya.
Masa : Waktu siang
Tempat : Di rumah Tini
Ayah : Siang tadi Kamal datang.
T : Kenapa dia datang?
A : Dia datang membincangkan hari perkahwinan kau berdua.Ibu bapanya
telah bersetuju.Bagaimana dengan kau, setuju?
T : Saya belum bercadang nak berkahwin. Berilah saya masa. Saya nak
bangunkan perusahaan saya dahulu.
A : Terpulanglah pada kau, Tini.

Masa : Waktu siang


Tempat : Di tempat ternakan ayam
A : Dei Malek ! Kau ni memang dah melampau ! Diberi betis, minta paha lagi.
M : Eh, Min! Kenapa lah? Lepaskan bajuku !
A : Lepaskan kau? Sudah berapa kali aku beri amaran, kau tak ambil peduli.
Ayam tu aku beli tau?! Sekarang ikut aku ke balai polis !
M : (takut) A.A.Aku tak mencuri ayam kau lah! Percayalah. Sumpah Min,
aku tak curi !
T : Kenapa ni, Min?
A : Dia curi ayam aku lagi. Aku nak bawa dia ke balai polis. Biar dia rasa
macam mana tidur dalam lokap.
Masa : Waktu petang
Tempat : Di jalan

Amin : Assalamualaikum
Ayah : Waalaikumussalam. Bagaimana perniagaan kau sekarang?
Amin : Alhamdulillah, pakcik. Setakat ni tiada masalah.
Ayah : Baguslah Min. Kau patut dicontohi anak muda kampung ni.
Amin : Tini juga apa kurangnya. Walaupun dia perempuan tapi saya kagum
akan kebolehannya. Saya pasti suatu hari nanti dia akan berjaya mengejar
cita-citanya.
Ayah : Ya, Amin. Pak cik sedar sekarang. Walaupun Tini perempuan tapi dia
bersemangat waja. Pak cik nak minta diri dulu ya. Dah senja besar ni.
Amin : Baiklah pakcik.
Ayah : Assalamualaikum!
Amin : Waalaikumussalam. (lega) Syukur Alhamdulillah.
Masa : Waktu siang
Tempat : Di luar b.polis
K : Malek! Aku sudah bebaskan kau. Sekarang ni kau mesti buat perkara yang
aku suruh.
M : Ya Encik Kamal ! Saya sedia turut !
K : Ingat. Aku tak mahu rancangan ni gagal. Faham>
M : Faham Encik Kamal !
K : Nah, ini wang pendahuluan! Apabila sudah selesai kerja, kau datang
jumpa aku,
M : Baiklah Encik Kamal.
Masa : Waktu Malam
Tempat : Di tempat ternakan ayam dan kilang
Amin : Binatang apa pula yang mengacau ayam-ayam ni? Jangan-jangan ada
orang mencuri? ( KENA PUKUL) Aduh ! x2
T : (merungut) Siapakah pula yang sabotaj mesin saya ni! (geram) Ini tak
boleh jadi !

Ayah : Tini ! Tini ! Mari cepat ! Amin dipukul orang malam tadi! Marilah cepat
ke sana !
T : I I Iyalah!
Masa : Waktu siang
Tempat : Di rumah Amin
T : Jangan banyak bergerak, Min
Ayah : Bagaimana boleh jadi begini?
Amin : (Perlahan) Malam tadi saya ke raban ayam kerana terdengar ayamayam macam diganggu. Belum sempat saya
Nak buat apa-apa, aku dipukul kuat di belakang.
T : Kerja ni mesti kerja orang yang tak suka melihat kejayaan kita. Mesin aku
pun kena sabotaj orang.
Ayah : Sudahlah. Nanti pak cik siasat siapa yang melakukannya. Berehatlah.
Masa : Waktu Siang
Tempat : Di Jalan
M : (Bersiul) Hai, Senangnya dalam hati !
Ayah : Hai Malek ! Tunggu dulu !
M : Eh Pak Hamid?
A : Kau tahu kejadian malam tadi ? Amin dipukul orang.
M : (Tergagap-gagap) Sa.. sa.saya tak tahu. Malam tadi saya tak balik. Saya
tidur di rumah kawan.
A : Jangan berbohong Malek ! Cakap terus-terang! Ke mana kau malam tadi?
M : Sasasaya tidur di rumah kawan, pakcik. Takkan saya nak berbohong
pula.
A : Bila kau keluar lokap?
M : semalam. Kawan yang jamin.
A : Eh, dari mana kau dapat barang-barang tu?
M : Sasa saya beli..

A : Kau beli? Mana kau dapat duit?


M : Du..duduit saya buat kerja sambilan, upahnya saya beli ini.
A : Apa betul cakap kau ni?
M : Ya, pakcik. Saya tak bohong.
Ayah : Dari percakapan kau, aku dapat mengagak ada sesuata yang kau
sembunyikan, Sekarang ikut saya !
M : Ke.. Ke mana?!
Ayah : Jangan Tanya. Ikut Saja !
Masa : waktu siang
Tempat : Di tempat kerja Kamal
T : ( Geram ) Tak aku sangka Kamal. Selama ini aku kau bohongi.
K : Kenapa Tini? Kalau ya pun perlahankan suara..
T : Kau sanggup memperalatkan orang lain untuk kepentingan kau sendiri.
K : Aku tak faham perkara yang kamu cakapkan, Tini
T : Usah hendak berpura-pura. Malek orang suruhan kau telah ditahan polis.
Dia telah mengaku segalanya. Kenapa
Kau bertindak begitu? Aku malu kerana perbuatan kau !
K : Maafkanku, Tini. Aku tak berniat utk menyusahkan kau. Aku hanya mau
kau berhenti mengusahakan kerja.
Aku menyesal, Tini.
T : Sudah terlambat, Mal. Nasi sudah menjadi bubur.
(Wrecking Ball Music)
T : Kita terpaksa berpisah. Kita tak sehaluan lagi.
K : Tini ! Jangan Tini! Aku tak mahu kehilangan kau, Maafkan aku, Tini!
(Tini berjalan pergi, Kamal sedih)- Titanic music
Masa : Waktu siang
Temapt: Rumah Amin

T : Bagaimana dengan kau?


A : Alhamdulillah. Sakitnya beransur kurang.. Em.. Bagaimana dengan Kamal?
T : Pertunangan kami sudah putus. Sudah bukan jodoh kami.
A : Aku tak sangka akan jadi begitu. Aku rasa bersalah, Tini.
T : Sudahlah Min. Yang sudah biarlah lalu. Kita masih mempunyai
tanggungjawab yang belum selesai.
A : (ketawa) Tini! Tini! Tak sia-sia kau dilahirkan di tanah ini. Di sebalik
kelemahan kau, ada kekuatan yang luar biasa.
Tini : Memang sudah ditakdirkan aku berbakti di tempat lahirku, Di mana aku
berpijak, di situlah langit aku junjung !
A : Ya, DI SITU BAKTI BERSEMADI!

Anda mungkin juga menyukai